Hujan baru sahaja reda,hanya tinggal titis-titis halus. Namun,langit di atas sana masih kelabu. Tanah masih terasa lembap. Bau basahnya menguar ke sekitar kawasan perkuburan yang sepi itu
Akan tetapi,dia masih juga berteleku di sisi sebuah pusara. Tatapan mata coklat gelapnya terus melekat pada batu nisan. Dia langsung tidak menghiraukan dirinya yang basah kuyup ditimpa hujan sebentar tadi. Dia tidak peduli pada udara dingin yang menyentuh kulit putihnya. Dibiarkan sahaja angin membelai rambutnya.
Nama yang tertulis pada batu nisan itu,tidak akan pernah dia lupakan. Tidak akan pernah dia lupa bagaimana senyuman insan itu. Tidak akan pernah dia lupa bagaimana senyuman insan itu. Dia tidak akan pernah lupa bagaimana suara insan itu setiap kali memujuk dan menenangkan dirinya. Dia tidak akan pernah lupa rasa hangat saat dia memeluk insan kesayangan itu.
Paling penting,dia tudak akan pernah lupa betapa besar cintanya pada insan itu sehingga sekarang.
'Berkali-kali aku berjanji,mencuba tidak menangis. Tetapi,sering kali bayangan itu hadir lagi. Sumpah,aku tidak berdaya menentang perasaan ini. Aku terus memikirkannya sehingga membuatkan imaginasiku semakin terusik oleh kenangan lalu. Kisa tidah terlupakan bersamanya. Entah bila perasaan ini akan hilang. Untuk kali terakhir, aku cuba bertahan. Menangkis segala perasaan sakit yang aku rasakan selama ini.....'