Bab 1 🌹

123 7 3
                                    

Bunyi loceng pada pintu kafe mungil Auntie Juni's, bergemerincing menandakan ada pengunjung yang datang. Dari balik daun pintu yang terkuak, muncul seorang jejaka tampan dalam lingkungan usia 18 tahun. Pada bibirnya, tergaris senyuman manis bak madu. Namun sayang, langkahnya sedikit pincang. Kemalangan jalan raya setahun yang lalu mencapikkan kaki kanannya. Jejaka itu bernama Niyaz.

Sebaik sahaja kelibat Niyaz, suara nyaring Auji, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, berkumandang di udara, membelah keheningan suasana kafe. "Yeay! Yeay! Abang Niyaz datang!"

Auji meluru keluar dati kaunter, mendapatkan Niyaz. Dia memeluk pinggang Niyaz. Puan juni, pemilik kafe Auntie Juni's yang sedang duduk di kaunter, tersenyum melihat situasi itu. Niyaz bukan asing lagi kepadanya.

Sambil tetap tersenyum, Niyaz menghulurkan satu uncang gula-gula pelbagai jenis. "Ini untuk Auji. Kongsi dengan Ajad,tahu?"

Muka ceria Auji terus berubah masam,namun tangannya tetap pantas menyambut uncang itu. Dengan mulut termuncung-muncung. Auji brrkata, "Ala,mengapa perlu berkongsi dengan dia? Nanti dia akan ambil semua gula-gula ini. Auji tidak mahu kongsi!"

Senyum niyaz semakin melebar. Timbul keinginan mahu mengusik Auji.
"Bukankan kamu dan Ajad berkongsi uterus dalam perut ibu kamu? Makanya, sebagai kembar kamu bersua perlu berkongsi kemanisab ini juga..."

Auji mula menghentakkan kakinya tanda protes, "Ala! Abang Niyaz ini memang suka kenakan Auji!"

Ketika itu juga, kedengaran suara seorang gadis menegur, "Niyaz, jangan dilayan budak manja itu!"

Niyaz menoleh dan melihat seorang gados sebayanya berdiri di tepi kaunter, tepatnya di sisi Puan Juni.

Mata Niyaz bercahaya seperti sedang melihat matahari pagi. Itu dia, Aiyani, rakan baiknya sejak kecil. Dari darjah satu bersekolah di sekolah yang sama sehinggalah mereka akan melangkah ke alam kolej. Lusa, mereka akan sama-sama mendaftar masuk ke Alam Syah International College atau ASIC dalam jurusan Diploma Multimedia Industry.

Niyaz menghampiri kaunter tanpa menghiraukan pandangan beberapa orang pelanggan yang sedanh menikmati sarapan.

"Selamat pagi, makcik." Begitu santun Niyaz menyapa Puan Juni.

Bersambung..low update😭exam dah nak dekat..wish me luck guys☺️😹✊🏻

Saranghaeyo,ArumiWhere stories live. Discover now