"Aira, teman aku ambil baju kat dobi lepas makan malam nanti boleh?"pinta Ijoy
"Okay tapi aku nak aiscream McD", permintaan biasa dari aku. Ijoy merupakan orang yang paling rapat dalam hidup aku. Kami kenal dari zaman remaja dari rumah anak yatim yang sama. Kini sehingga bekerja pon kami sewa rumah di area berdekatan. Tapi Ijoy dengan aku tiada hubungan lebih dari seorang kawan baik. Tunang Ijoy pon juga menjadi kawan baik aku. Baik buruk aku semua Ijoy tahu.
Pejam celik, dalam kurang sebulan Ijoy dan Syaren akan disatukan. Sejak Ijoy melanjutkan pengajian di UKM, Ijoy mengenali Syaren. Dalam masa tiga tahun Ijoy termasuk aku amat rapat dengan famili Syaren. Famili dia pon sudah menganggap aku seperti adik Syaren.
Agak kelam kabut untuk persiapan perkahwinan mereka. Aku turut rasa tempiasnya. Hati kecil aku juga merasa sedih kerana kawan baik aku akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Mungkin lepas ini segala pergaulan dibataskan. Semua akan lain selepas ini. Mungkin aku akan rasa kesepian itu.
Setelah penat menghitung hari, hari ini hari bahagia Ijoy dan Syaren. Aku dan keluarga Syaren telah siap sedia menunggu di Masjid berdekatan rumah Syaren. Syaren akan bergerak dengan kereta bersama pengapit. Ijoy pula dari rumahnya bersama rakan kami yang lain. Aku pula rasa debarannya. Lama pula rasanya menunggu. Aku melihat cermin, cantik pakaian aku harini. " kan best kalau aku juga kahwin harini", getus aku sambil membelek kain.
Tiba-tiba kecoh seketika. Ayah Syaren terjelepok di lantai dan ibu Syaren menangis. Aku blur. Apa dah berlaku??????
"Syaren lari dengan Amar!!!!" jerit Kamal. Amar itu kawan kami juga.
"Whaat de??????", hampir aku mencarut dalam rumah Allah.
Dengan serta merta, aku dapat pesanan ringkas.
"Aira, tau tak selama ini Ijoy sukakan kau, kau yang patut kahwin dengan Ijoy bukan aku. Selama ini Ijoy pendam perasaan kerana dia banyak terhutang budi dengan famili aku. Maafkan aku. Aku harap kau dapat gantikan tempat aku" - Syaren
Aku rase pening. Imam masjid tercengang. Ayah Syaren memegang dadanya, turun naik nafasnya sambil berbisik pada aku supaya aku dapat meneruskan perkahwinan ini. Ini kerana dia terlalu sayangkan Ijoy.
GILA!!!!!!!! Aku tak pernah anggap Ijoy lebih dari kawan baik aku. Ape patut aku buat? Dengan hati yang buntu aku menurut sahaja apa yang disuruh. Perkahwinan itu diteruskan.
"Aira, bukan ini yang kau nak? Seperti dalam drama melayu...kau kena kahwin paksa!!" ejek suara hati aku.
"Yes, tapi bukan dengan Ijoy. Allahhhhhh", rintih hati aku tiada siapa boleh memahami.
Hari itu hari haru biru, semua persiapan kenduri yang sepatutnya milik Ijoy dan Syaren kini bertukar milik. Baju pengantin of course la aku tak muat nak sarung memandang saiz badan aku XL. Maka aku hanya memakai dress dinner. Sumpah pelik sangat tapi warna macam matching pulak dengan baju persalinan Ijoy yang berwarna maroon.
Serius aku kena mandrem. Gila aku tak membantah pun semua ini terjadi. Aku masih blur. Apabila sekali lafaz akad nikah pagi tadi dari Ijoy , lutut aku terus lemah tanpa kata. Aku kaku. Serius aku kena sihir. Asal aku berdiam diri je ni. Ke aku suka apa yang berlaku sekarang???
Tiada sepatah kata pun keluar dari bibir aku sejak pagi tadi. Ijoy pon begitu. Majlis begitu suram kerana tiada senyuman terukir antara kami. Agenda photography telah dibatalkan setelah aku terus masuk ke bilik pengantin. Masa ini aku melihat gambar Ijoy dan Syaren tergantung barulah air mata aku mengalir. Sedih sangat sehingga aku tersedu-sedu. Entah sebab apa aku menangis sedih sangat.
Pintu bilik diketuk tapi aku terlalu penat menangis dan aku biarkan sahaja. Mata aku terlalu penat lalu aku dibuai mimpi.
Dalam mimpi pula aku bermimpi saat perkenalan aku dengan Ijoy. Kami bertegur sewaktu pertama kali Ijoy masuk ke rumah anak yatim. Sejak dari itu kami rapat. Sehingga sesiapa pun kenal kami berdua. Disebabkan perangai aku yang gila-gila kami tak pernah digosipkan bersama. Lagi-lagi Ijoy mempunyai Syarem. Kami gelak, kami menangis, kami graduate, kami bekerja tetiba aku sedar dari mimpi.
Aku berada atas katil pengantin yang asalnya milik Ijoy dan Syaren. Ijoy pula duduk dihujung katil. Ijoy tahu aku telah sedar dari tidur. Ijoy memandang kosong kearah bingkai gambar dan dikumpulkan untuk disimpan. Aku terus bangun dan duduk diam.
"Aira aku mintak maaf, aku tak sangka Syaren boleh tinggalkan aku", Ijoy perlahan mengatur ayat.
Aku hanya membisu lalu aku menghulurkan telefon bimbit dan menunjukkan pesanan ringkas dari Syaren.
Setelah Ijoy membaca masej itu, Ijoy memandang aku. Kini kami dalam posisi yang agak dekat. Perlahan aku mengesot menjauhi Ijoy tapi Ijoy dengan pantas memegang tangan aku.
"Ye Aira aku memang sukakan kau tapi itu dulu. Sebelum aku berjumpa Syaren. Bila aku dah bersetuju untuk berkahwin dengan Syaren perlahan aku dapat terima dengan redha yang aku mesti cintakan Syaren. Aku memang cintakan Syaren", Bad meneran suaranya kelihatan seperti orang yang ingin lepaskan geram.
Ya Allah, macam mana ni? Ijoy cintakan Syaren bukan aku. Maka aku ni sia-sia lah kahwin dengan Ijoy? Kesian Ijoy terpaksa kahwin dengan aku. Aku pun tak tahu apa nak buat sekarang.
"Takpa Aira, aku akan lepaskan kau selepas semuanya reda okay. Aku mintak maaf ..aku akan pulangkan life kau. Jangan risau aku takkan sentuh kau. Kita berlakon ja ya sementara waktu ni. Tolong aku Aira. Aku nak cari Syaren.", pantas Ijoy membuat keputusan.
Gila, dalam umur 24 tahun aku akan jadi janda! Ape ke bangang Ijoy ni? Maruah aku macam mana?
Kami berbincang dengan keluarga Syaren. Kami tidak mahu duduk dirumah mereka. Segan. Sepatutnya anak mereka yang menjadi pengantin. Ijoy kelihatan dingin dengan aku. Setelah majlis selesai, aku mengikuti ijoy pulang ke rumahnya. Aku hanya membatu dalam kereta. Tiba-tiba aku perasan kereta Ijoy melalui jalan menuju ke rumah aku.
Ijoy menghantar aku pulang ke rumah aku, bukan ke rumahnya. Ya Allah, kenapa Ijoy buat macam ni. Aku tahu dia terpaksa kahwin dengan aku atas desakan ayah Syaren. Tapi dia dah jadi suami aku. Berderau darah aku bila aku menyebut perkataan suami. Tah kenapa, aku sedih ditinggalkan Ijoy. Laju kereta Ijoy menghilang. Seperti tiada apa yang berlaku harini. Tiada tempat aku nak luahkan perasaan.
Malam itu aku menangis je. Asal aku pondan sangat menangis tak tahu. Tapi sedih aku dah berkahwin tapi takde suami. Bergitu? Aku pun blur.
Esoknya aku pergi kerja seperti biasa. Tiada seorang pun tahu aku kahwin express. Hari berikutnya berlalu seperti biasa, namun aku rasa kosong. Aku terasa kehilangan Ijoy. Ijoy tak pernah menghubungi aku. Sampai hati Ijoy.
YOU ARE READING
KAHWIN PAKSA (MiNi NoVeL)
RomanceTiga orang sahabat yang mempunyai kisah tersendiri