"Alahai..! Hari pertama mengajar. Harap-haraplah semua orang friendly.", luah seorang lagi tenaga pengajar baru. Eh! Sekejap, aku belum perkenalkan diri kan? Maaflah ya. Almaklumlah terlalu teruja untuk melayari alam persekolahan semula. Jangan pandang rendah pada aku ya. Maksud aku, aku akan mengajar di sebuah sekolah yang ramai pelajarnya berbangsa Cina, bukannya belajar semula. Aku ini berasal dari utara tanah air iaitu Kodiang, Alor Setar, Kedah. Tidak sangka pula aku akan mendapat sekolah yang jauhnya 300km dari tempat asalku. Tidak mengapa. Demi mendidik anak bangsa, aku rela. Panjang lebar pula aku mengomel. Aku cuba menenangkan diri yang gusar.
"Selamat pagi cikgu~!". Lamunanku terhenti apabila ucapan selamat diucapkan oleh salah seorang pelajar diikuti oleh pelajar lain di dalam kelas 4 Dinamik. 'Sempat pula aku berangan semasa berjalan tadi.', desisku. "Cikgu, cikgu relief kelas kami ke?", soal seorang pelajar Melayu yang ayu bertudung. "Eh! Taklah. Cikgu pengganti guru BM kamu, Puan Mellina. Dia cuti bersalinkan?", soalku. Pelajar itu hanya menganggukkan kepalanya. Daripada penglihatanku, ditudungnya terjahit nama 'Almera'. "Baiklah pelajar. Tolong senyap! Untuk hari ini, kita hanya akan menjalankan sesi suai kenal. Saya akan perkenalkan diri saya dulu. Nama cikgu Cahaya Jannah 'Alyssa binti Anis Aminee. Boleh panggil cikgu, Cikgu 'Alyssa. Cikgu berasal dari utara. Berkelulusan Bachelor of Education(Hons). Cikgu mengajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Itu saja. Sekarang ini giliran kamu pula Damien Yong dan seterusnya kamu sehinggalah semua pelajar selesai perkenalkan diri.", kataku. Damien Yong mula memperkenalkan diri,"Nama saya....". Sehinggalah tiba giliran pelajar terakhir. Dia hanya bersikap bagai melepaskan batuk di tangga. Dengan bosan dia berkata,"Farique. Tak ada kampung. BENCI mata pelajaran ini.", sengaja dia menekankan perkataan 'benci' agar aku dapat mendengar dengan jelas. Bagiku, itulah satu ayat keramat yang tidak ingin aku dengar sepanjang aku menjadi seorang guru. 'Inilah cabaranku sekarang. Misi bermula!', aku bermonolog dengan penuh semangat.
Setelah hampir tujuh bulan aku mengajar di sini, aku sudah cukup masak dengan perangai anak muridku ini, Farique. Kerap kalinya dia menyakitkan hatiku dengan perilakunya yang tidak sopan. Selalu membuat bising ketika aku mengajar, makan di dalam kelas, kerja rumah yang aku berikan tidak pernah disiapkan, tidur di dalam kelas dan yang paling menyinggung hatiku ialah dia mengumpat tentang diriku kepada rakan-rakannya yang lain. Hati guru mana yang tidak terguris jika terdapat anak didiknya tidak menghormati kita. Hanya Tuhan sahajalah yang tahu perasaan ini. Farique lah pelajar yang paling susah untuk menyelami hatinya. Hatinya keras umpama batu. Dialah pelajar yang paling tercorot di kelas 4 Dinamik. Pernah sekali aku menyuruhnya duduk bersebelahan dengan Almera, pelajar terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Langsung dia terus menempelak aku dan menghina Almera dengan berkata,"Cis! Kononnya kau nak jadi anak emas cikgu. Pergilah dengan markah tertinggi BM kau tu. Kalau setakat satu mata pelajaran tu saja kau dapat menandingi aku. Aku tak hairanlah! Yang pasti pelajaran lain aku bolot semua. And to you Cikgu 'Alyssa, don't you ever try to make me love BM because it will never happen.". Sungguhlah pelajarku yang seorang ini sombong tak bertempat. Geli hati aku dengan gelagatnya yang riak. Inilah lagi satu fenomena yang pelik. Dia boleh mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran lain selain BM. Boleh dikatakan Farique ini ialah pelajar top di sekolah ini. Namun kerana markah BM nya yang kurang menyerlah meyebabkan dia mendapat kedudukan kesepuluh dalam seluruh tingkatan.
Tahap kesabaranku juga seperti manusia yang lain. Aku juga manusia biasa. Sampai suatu tahap aku teus memulangkan paku buah keras kepada pelajar 'kesayanganku' itu. "Farique Adrian bin Mukhriz! Jangan kamu cuba mencabar cikgu untuk melakukan sesuatu yang kamu benci dalam dunia ini! Memandangkan kamu terlebih 'pandai' dalam mata pelajaran ini, cikgu mencabar kamu untuk dapat A+ bagi mata pelajaran yang cikgu mengajar ini. Jika tidak, rahsia yang selama ini cikgu simpan dengan rapi akan terbongkar dalam sekelip mata.", aku berkata sambil menaikkan kening tanda mencabar. Terus berubah riak muka Farique. Mana tidaknya, siapa sangka lelaki yang pada fizikalnya kuat dan gagah, hakikatnya takut pada seekor katak? Jika aku, sudah tentulah aku tidak takut. Akukan orang kampung. Rajin pula ke bendang tiap-tiap petang. Selalu sangat terjumpa dengan binatang kecil itu. "Baiklah. Saya menerima cabaran cikgu. Saya akan tambah lagi syarat cikgu tadi, kalau saya tidak mendapat A+, saya sanggup menjadi kuli cikgu selama mana yang cikgu nak. Okey?", Fafique berkata dengan angkuh. Aku hanya menganggukan kepala dan kemudiannya meneruskan sesi PnP.
Aku hanya mampu tersenyum. Tidak terungkap rasa syukur. Tidak sangka, Farique memang benar-benar ambil serius berkenaan cabaran aku bulan lalu. Dan syukur juga kerana akhirnya aku telah berjaya mengubah persepsinya terhadap mata pelajaran BM. Dia telah berhasil mendapat gred A+ dalam mata pelajaran BM. Seperti anggapanku, Farique bukanlah jahil dalam pelajaran ini. Cuma dia termakan hati dengan kata-kata gurunya sewaktu di sekolah rendah. Cikgunya telah memperlekeh karangannya dengan mengatakan bahawa karangannya amat teruk. Sedangkan dialah yang mendapat markah tertinggi pada masa itu. Semenjak itulah Farique mula membenci mata pelajaran Bahasa Melayu. Aku pun menasihatinya,"Farique, tidak bermakna cikgu kamu berkata seperti itu, kamu terus putus semangat. Kamu seharusnya mengenali cikgu itu dengan lebih mendalam. Hakikatnya, di sebalik kata-katanya yang 'pedas' itu, dia sedang memuji kamu. Jadi, jangan buat andaian dan bertindak melulu. Ingat peribahasa ini, tak kenal maka tak cinta. Faham tak?". Farique mengangguk sambil mengucapkan terima kasih kepadaku. Inilah misiku sebagai seorang guru. 'Misi selesai!',desis hatiku.
********
Bagaimana cerpen tu?
Okey?
Kalau okey, apa lagi! Vote laa..~ hehe <mengharap..~>-_-||
And also please comment..! InsyaAllah untuk penulisan yang seterusnya dapat dibaiki.
Love, Eyna <3 :*
YOU ARE READING
Tak kenal? Maka tak cinta.
Short StoryTak kenal? Maka tak cinta. Cikgu 'Allysa merupakan guru yang baru sahaja memulakan pekerjaan sebagai seorang guru. Namun dia mempunyai sebuah misi. Apakah misinya itu? Teruskan dengan pembacaan anda. :)