Life - 10

17 0 0
                                    


Pengalaman pahit pernah aku ada, gagal trial aku untuk sem 1.
Pahit yang aku terpaksa telan.

Kena denda lari tengah blok skolah, yang jadi perhatian junior

Ya Allah.

Malu sangat-sangat.
Belum pernah aku didenda begini.

Tapi aku tak salahkan cikgu kali ni.
Aku tahu salah aku.
Salah aku kerana terlalu fikirkan masalah manusia sampai pelajaran sendiri terabai.
Sampai tak fikirkan diri aku sendiri.

Aku memang layak untuk hukuman itu

Tak pernah kena begini.
Sakit tu,
Perit tu,
Bila tengok cikgu kecewa,
Bila cikgu sebak,
Aku tak sanggup,
Aku sendiri menangis

Semua ni kenangan pahit waktu aku jatuh yang akan aku simpan,
yang akan aku ingat,
yang akan aku jadikan iktibar dalam hidup aku

Dan aku harap,
pengalaman pahit ni,
yang akan buat aku naik pentas untuk akan datang kerana berjaya dapat pointer yg cemerlang nanti. InshaAllah, kalau Allah izinkan dan permudahkan :)

Nota hati :
Doakan saya dan rakan-rakan perjuangan saya yang akan hadapi exam sem 1 kami pada bulan depan.
Doakan usaha kami Allah permudahkan dan Allah berkati.
Semoga pointer cemerlang milik kami, amin :')

Life StoryWhere stories live. Discover now