Part 1

13 0 0
                                    

       

Fazira yang tergesa-gesa keluar dari toilet terpaku apabila melihat seorang jejaka yang bertubuh tinggi lampai itu. Pertama kali melihat jejaka itu, dia sudahpun berdebar. Tidak pernah langsung terjadi kepadanya sebelum ini.

"Yes Miss?" Soal jejaka tersebut.

"Nothing. Tak ada apa-apa. Sorry," kata Fazira lalu berjalan laju menuju kearah rakannya.

"Zira, lambatnya. Buat air kencing apa dalam tu?" Khadijah yang tergelak-gelak dengan soalannya sendiri itu sudah buat muka jahat.

"Eiiii selekeh lah kau ni Jah. Aku campak kau belakang gaung tu nanti" kataku geram. Mulut Khadijah ni tak sah kalau tak celupar.

"Yelah maaf. Aku tunggu kau lama kot. Jomlah cepat nanti kene marah pula lambat masuk meeting. Meeting penting ni Zira oi. Profit berjuta."

Tangan Zira ditarik laju oleh Khadijah. Namun banyangan lelaki yang yang dijumpai tadi masih tersimpan kemas dalam ingatannya. Hatinya melarang keras untuk bertanya kepada Khadijah kerana tahu dia bakal diketawakan kemudian.

...................................................................................................................

"Oleh kerana semua dah ada dalam bilik ni, marilah kita mulakan acara kita. Saya menjemput sesiapa untuk wakilkan bacaan doa," sejurus Hj Karim bersuara meminta bacaan doa, terdengar  satu suara yang tidak asing dalam diri Zira.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Ssup, jantung Zira bagai dipukul kayu hoki dia punya bergetar. Suara yang baru didengarinya setengah jam yang lalu. Namun yang lainnya jejaka itu kini siap memakai kopiah.

Semangat Zira menurun apabila melihat personaliti jejaka itu. Sangat alim, sopan, malah nampak seperti lelaki yang bertanggungjawab. Sedangkan dirinya? Berpakaian tidak menutup aurat malah pakaian pendek paras lutut menjadi kegemarannya saban hari.

"Berkopiah hah abang Fatih kita ni. Thanks Fatih," ucap Hj Karim sambil menepuk perlahan bahu Fatih.

"Allah Hj, saya baru lepas solat tadi. Lupa nak bukak," katanya sambil tergelak kecil lalu meletakkan kopiahnya di atas meja.

Pandangannya perlahan melilau ke arah pekerja-pekerja yang lain. Terlihat akan anak matanya wanita yang memandangnya tanpa kelip dihadapan tandas sebentar tadi. Wajah wanita itu nampak gusar mungkin sedang memikirkan sesuatu.

Meeting berjalan seperti biasa. Tugas dibahagi antara satu sama lain.

"Aku kalau kahwin dengan En. Fatih tu, confirm jadi bini yang solehah,"

"Sebab?"

"Kau tak Nampak ke Zira punya la alim macam tu, Allah luluh hati saya kak oi,"

'Nama dia Fatih, boss baru dekat Finance department gantikan En Halim.' Segala yang diberitahu oleh Khadijah disimpan kemas dalam ingatannya. Bukan itu sahaja malah dia sudah bergelar Haji pada usia yang sangat muda.

"Orang yang baik hanya akan dijodohkan dengan orang yang baik sahaja Jah. Siapalah kita kalau hendak dibandingkan dengan dia.

       

"Wow, sentapnya ayat kau Zira. "

Zira sedar siapa dirinya. Malah lelaki itu terlalu sempurna. Terlalu......

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 10, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ARAHWhere stories live. Discover now