Aku pandang lama bunga rose.ini dah ke-24hari aku dapat bunga dan sticky note.Kali ni memang aku nak tahu siapa orang yang bagi aku bunga ni
Setiap hari aku akan dapat hadiah yang sama.
Mr.bunny
Siapakah kau?
Apa makna di sebalik semua ini?
Apa makna bunga rose ini?
Apa yang cuba kau nak sampai kan wahai mr.bunny
Aku pandang bunga rose yang tersusun di balang yang aku sediakan untuk menyimpan bunga tersebut.
Pintu bilik aku dibuka,aku menoleh
"Buat apa tu?" Tanya hoseok.
Aku menggeleng,hoseok mendekati aku yang lalu duduk di birai katil.
"Masih fikir lagi pasal lelaki tu?" Tanya hoseok.
Aku mengeluh,daguku aku tongkat menggunakan belakang tanganku,mataku tidak lepas memandang bunga yang tersusun cantik di balang.
"Hyung rasa,apa motif dia bagi rin bunga rose ni?"tanyaku.hoseok tertawa kecil.
Hoseok mendekatiku,rambutku di usap.
"Rose merah,melambangkan cinta dan kasih sayang,rose putih melambangkan keikhlasan dan kemulian,rin dapat rose merah menandakan orang tu cintakan rin"
Aku pandang hoseok yang tersenyum lebar,sekuntum bunga rose di ambil lalu di letakkan di telapak tanganku.
"Kalau betul apa yang hyung cakap tu,hyung harapkan sangat kat rin,bukalah pintu hati rin tu,tak semua lelaki jahat macam appa tu"
Rambutku di usap sekali lagi sebelum dikucup lembut.
Selepas itu hoseok keluar dari bilikku berseorangan.
Apa yang hoseok hyung cakap tu ada betul juga
Mataku tertancap ke arah bingkai gambar.
Gambar aku dan hoseok dengan kedua ibu bapaku.
Aku tersenyum bila mengenangkan semua kenangan kami sekeluarga sebelum keadaan berubah selepas appa menceraikan omma semata-mata seorang perempuan.
Aku benci appa aku masa tu,sebab dia lah omma aku pergi tinggalkan kami dan dunia ni.
Tanpa aku sedar,air mataku jatuh.
Air mata tersebut aku kesat dengan kasar.aku dah janji dengan diriku,yang aku takkan menangis sebab dia lagi.
WHO IS?
YOU ARE READING
WHO IS? (Jeon Jungkook)
Short Storyakibat personaliti aku yang bukan perempuan sejati menyebabkan aku takde namchin kawan-kawan pun tak ramai ada pun seorang je kim hana tapi tu pun bukan ikhlas nak kawan dengan aku. tapi satu hari,segalanya berubah apabila locker aku yang dihuni den...