CUMS 4

623 30 0
                                    

Eizarn berjalan disetiap rak perubatan bagai sedang mengira setiap stock yang ada..

"Cik Ash tak tengok fail ke?selalunya Encik Alil akan meneliti semua stock sambil tick laporan didalam fail.." terang Amber sambil melihat adik kepada Pengarah syarikat tempatnya bekerja..

"oh..saya boleh hafal dengan semua ini,jadi jangan risau sebentar lagi saya akan tulis berapa bilangan stock yang tinggal disini sebelum kita pindahkan setiap barang kedalam rak ini.." Amber mengangguk kepala sebelum berjalan kearah rak lain..

Eizarn menyambung semakkannya,fail putih yang berada ditangannya dibuka tanpa melihat isi dalam butiran tersebut sebelum matanya ditunduk untuk membaca butiran laporan itu..terbuntang matanya luas dek kerna terkejut..

"Eh?!ni fail siapa aku ambil?takkan la.." kata-katanya tersekat dikerongkong sebelum dia melepaskan keluhan berat..kenapa la dia boleh tersalah ambil fail ini la padahnya bila terlalu tergesa-gesa.. kepalanya digelengkan perlahan..

"Cik Ash okay?" soal Amber yang tiba-tiba muncul entah dari mana.. Eizarn menggaru kepala perlahan..

"Err..erm.. Amber, awak tahu dekat mana pejabat atau mana-mana bilik Doktor Smurf tidak?" akhirnya keluar juga soalan itu dari mulutnya..

"Ha?siapa pula Doktor Smurf tu Cik Ash?" terkerut dahinya memikirkan jawapan kini soalan berbalas soalan..

"Saya tak tahu tapi yang saya tahu dia Doktor.."

"Doktor?tapi mengapa Cik Ash panggil dia Doktor Smurf?"

"sebab biru.." jawabnya dua patah perkataan..

"err.. begini saja Cik Ash,apa kata Cik Ash minta bantuan para petugas hospital disini minta tunjukkan dimana bilik Doktor Smurf tu berapa?mungkin nanti Cik Ash boleh tahu dekat mana biliknya dan boleh tahu namanya.." Amber memberi cadangan sambil mengusik adik majikannya itu...

Eizarn yang tidak faham dengan gurauan itu sekadar mengangguk kepala lalu meminta izin terlebih dahulu untuk mendapatkan fail miliknya semula pada Doktor Smurf..

Dia melangkah sehingga tiba dikaunter pertanyaan yang berada dihadapan pintu masuk hospital sempat juga dia memerhati keadaan sekeliling sememangnya berbeza dari yang lain..

"ya Cik boleh saya bantu?" soal pekerja yang berada dikaunter itu..

Eizarn menggaru kepalanya seketika sebelum bersuara

"Erm.. saya nak tahu dimana ya terletaknya bilik Doktor Smurf?" soalan darinya membuat keadaan disekitar kaunter pertanyaan menjadi sunyi sepi seketika,manakala pekerja kaunter itu terkebil-kebil..

Kepala digaru sebelum dia bersuara.. "Doktor Smurf? saya rasa tiada pula nama Doktor Smurf disini.." tergelak kecil dirinya seketika..

Eizarn menggaru kepala menahan malu,nampak sangat dia tersalah kata,hujung bibirnya digigit menahan malu..

"Err.. maksud saya.." tiba-tiba matanya tertacap pada sekujur tubuh yang berada dijauh dihadapannya lantas fail yang berada diatas meja kaunter pertanyaan itu ditarik dan digenggam..

"tak apa la cik saya dah jumpa Smurf yang saya cari.." terus kakinya melangkah laju kearah lelaki yang dikatakan olehnya..

pekerja tadi memandang kearah Eizarn yang sedang mengejar sesuatu sebelumnya matanya tertacap pada seorang doktor..

"Takkan Doktor Fery yang dimaksudkan gadis tadi?" soalnya sendirian sebelum menyambung semula kerjanya..

Eizarn melajukan langkahnya kehadapan,matanya masih memandang kearah Doktor Smurf yang dikatakan itu,sebaik saja dia tiba disisi lelaki itu pantas dua orang doktor memandangnya serentak termasuk Doktor Smurf itu..

Cinta Untuk Mr.SmurfWhere stories live. Discover now