AKU REDHA

153 28 6
                                    


            
Mungkin mereka ada hak untuk berbicara,
Tak pernah fikir hati yang sedang terluka,
Berbicara mengikut selera,
Malah kadang-kadang berkata dusta.

Aku redha dengan kehendak-Nya,
Aku sebenarnya tak terdaya,
Tapi terus cuba,
Mencuba supaya hati kekal bahagia.

Mungkin aku sering berdiam diri,
Walau begitu banyak dilukai,
Mungkin suatu hari,
Aku akan luahkan segalanya,
Sehingga mereka tak terkata.

Aku tahu mereka sedang menunggu aku jatuh,
Menginginkan jatuh yang tidak lagi bangkit,
Tapi,
Mereka silap,
Kerana aku bukan begitu,

Aku letih,
Letih dengan mulut manusia,
Yang tidak bolehku tutup,

Akanku terus berdiri
Kuatkan jiwa dan hati,
Untuk pergi tanpa menoleh ke belakang lagi,
Kerana aku tahu,
Yang Maha esa selalu bersama.

                        AKU REDHA
                        ************

         
Comment/Vote
~Tq so much for the support.~

The Journey Of Life ✓Where stories live. Discover now