L 1

60.2K 190 4
                                    

Natalie memandang cermin untuk yang kesekian kalinya. Dia ingin kelihatan perfect kerana hari ini adalah hari pertama dia bekerja. Tak sia-sia dia mencuba nasib di syarikat besar itu.Natalie adalah pelajar lulusan degree dalam kesetiausahaan. Malah Natalie bersyukur yang teramat apabila dia akhirnya dapat bekerja mengikut bidangnya sendiri. Hampir enam bulan dia menjadi tukang kebun tanam anggur.

Untuk terakhir kali dia menggayakan diri di hadapan cermin. Dia terangguk angguk sambil jarinya diputar di cermin dan menunjuk dirinya dari atas ke bawah. Natalie tersenyum puas dengan penampilan dirinya. Hari ini, Natalie menggenakan kemeja putih dan memakai skirt berwarna hitam, digayakan dengan kasut tumit tinggi. Itu merupakan etika pemakaian yang mereka tetapkan.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

" Selamat datang ke Stardustechnology. Sebelum tu, biar saya perkenalkan diri..Nama saya cik Adora Lee dan saya merupakan Chief Secretary. Ini bermaksud semua setiausaha di sini adalah dibawah jagaan saya. Faham?"

"Faham Cik Adora." Serentak kelima-lima mereka menjawab.

Natalie memerhatikan pemakaian keempat gadis tersebut. Berkerut dahi Natalie melihat mereka memakai baju kurung, slack hitam dan kemeja.

Kenapa dorang pakai macam tu eh? Bukan diwajibkan pakai skirt ka? Fikir Natalie.

"Ini adalah fail mengenai bos korang. Dalam fail tersebut ada semua jadual kerja mereka. Kalau takda apa-apa pertanyaan. Silakan ikut encik Abraham ke tingkat 4 dan 5, Abraham akan tunjukkan tempat korang." Arah cik Adora.

Natalie ingin mengikuti yang lain sebelum cik Adora menahannya.

"Cik Natalie, awak akan ikut saya dan dari tadi saya nampak awak macam keliru. Ada apa-apa yang awak tak faham?" Tanya cik Adora.

"Kenapa saya tak ikut dorang semua?"

Cik Adora hanya tersenyum. " Sebab awak punya tugas "special" sikit.

"Special?? Saya tak faham." Balas Natalie berkerut.

"Maksud saya..cuba awak buka fail yang kat tangan awak tu dan baca siapa bos awak tu." Arah Adora.

Natalie terus membuka fail dan membaca nama bos tersebut. Natalie bertambah berkerut apabila dia masih tak faham apa.yang specialnya. Okay..bos dia.ni merupakan Pemilik Stardustechonology iaitu Encik Adrian Mccollen.

"So..apa yang special? Ooo..sebab dia bos syarikat ni ke?" Dia tanya dia sendiri yang jawab.

Duh..Natalie..of course la tu yang special..sebab dia merupakan setiausaha kepada pemilik syarikat ni.

"Erm..itu..salah satunya..dan yang lain..you will see for yourself. Jom cik Natalie." Terang Adora tersenyum penuh makna.

Natalie mengangkat kedua bahu nya. "O...kay."

Dia dan Adora sudah masuk ke dalam perut lif. Adora terus menekan butang yang menunjukkan tingkat 12 iaitu tingkat paling atas.

Banyak persoalan yang berada dalam.minda Natalie saat ini. Seperti kenapa dia seorang yang diwajibkan memakai skirt dan high heel?? Kenapa dorang kol bagitau itu adalah etika pemakaian di syarikat ini untuk pekerja wanita? Tapi kenapa empat gadis yang lain boleh pulak pakai baju kurung dan seluar slack.

"Cik Adora.."

"Please..just call me Adora."

"Erm..okey..erm..Adora..kenapa kita pergi tingkat 12? Dan kenapa saya tengok yang lain ada yang memakai baju kurung dan seluar slack? Bukan kat sini pekerja perempuan wajib memakai skirt?? Kata..Etika Pemakaian."

Adora menaikkan kening sebelah kirinya. "Erm..sebab bos cik Natalie berada kat tingkat tu dan untul Etika Pemakaian ini hanya dituju khas kepada mana-mana setiausaha Encik Adrian iaitu awak Angie." Senyum Adora.

Obviously Natalie..Cuba tanya soalan yang mencabar minda sikit..aduh..aduh!

"Hehe..oo..tapi...dan Adora..panggil je saya angie." Pesan Natalie ramah dan soalan yang ingin ditanya kepada Adora hanya dibiarkan saja.

"Angie??" Soal Adora.

"Haah..nama panggilan saya kat rumah.hehe.."

"Owh..okey..Angie." Adora senyum lagi. Natalie ralit memandang Adora. Wajah dia yang manis, alis mata lentik lebat, bibir mungil dan paling penting Adora ni lembut je orangnya..memang calon isteri yang terbaik la.

"Ehem..kenapa pandang saya macam tu? Ada yang tak kena ke dengan muka saya??"

"Eh. Tak..tak..cantik..cantik."

"Hah??"

"Eh...maksud..maksud saya Adora ni cantik..hehe..nak tanya boleh?" Hangat rasa wajah Natalie apabila ditegur oleh Adora. Kantoi pulak kita peratikan dia. "Emm..Adora ni dah berpunya tak?? Umur berapa??" Sambung Natalie.

Adora menggeleng kepala..terlampau ramah pulak Angie ni.

"Masih solo...umur 27 tahun dan straight."

"Straight?? Ah?Eh..Adora jangan salah faham..saya pun straight juga..erm..saya tanyakan untuk abang saya..haha..dia pun solo soli..30 tahun..tapi..takde awek..ishh..ish.....eh..kalau macam tu..saya kena panggil kak Adora la ni."

"Ada-ada je la Angie ni." Tawa Adora.

Ting!

Tanpa sedar mereka sudah sampai ke timgkat 12. Natalie mengekori Adora dari belakang. Natalie memandang sekeliling dan entah kenapa hatinya berdebar-debar.

"Kak Adora..Kak Adora."

Adora menoleh ke belakang dan mengangkat keningnya menandakan kenapa memanggil dia.

"Erm..nak tanya..kat tingkat ni memang kosong ke?? Memang takda manusia ka?" Tanya Natalie apabila dia menyedari hanya meja kosong terdapat kat luar ni.

Natalie hanya tersenyum dan meneruskan langkahnya. Pelik.

Adora mengetuk pintu beberapa kali apabila tidak ada sahutan. Adora terus membuka pintu dan...

Mata Natalie terbuntang besar..dan dia segera menekup mulut terkejut..terkejut dengan perkara yang tengah berlaku di depan mata.

Bersambung..macam mana bab 1?? Okey tak?? Takde scene tu?rilek la..baru intro kan..jangan lupa add dalam library korang..supaya tahu bila akak nak update okey😚

Love,
D

LIBIDOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang