Realiti Seorang Pemegang Ijazah Masa Kini

73 7 0
                                    

"Kau kerja part time ke? Berapa dia orang bayar?" tanya kakaknya, Dewi. Yuna sedang menggosok baju kerja. Esok adalah hari pertama nya.

"Dalam RM4.50 je sejam." balas Yuna.

"Asal tak mintak lebih? Rugi je."

Yuna terdiam. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba menahan amarah yang tiba-tiba datang. Semalam apabila dia diterima sebagai part time dan dia menolak, Dewi menyatakan dia tidak bijak kerana menolak kerja. Apabila dia menyatakan bahawa kerja itu meminta dia bekerja part time sehingga februari 2018, Dewi menyatakan tidak salah. Sedangkan Yuna sendiri tidak boleh bekerja selama itu sebagai seorang part time. Kemudian hari ini apabila dia menerima tawaran part time dan dibayar RM4.50 satu jam, dia dikatakan bodoh. Hatinya merintih.

Sudah empat bulan Yuna tamat ijazah. Sebelum ini dia sempat bekerja selama dua minggu. Pada awalnya ibunya tidak mengizinkan, tetapi Yuna berkeras kerana dia perlukan wang. Selepas dia diganggu ketika balik lewat malam, ibunya menyuruh Yuna berhenti. Dia memberi notis satu minggu tetapi dia diberhentikan serta merta. Selepas itu Yuna tidak lagi bekerja. Dalam tempoh itu juga ibunya mendesak Yuna meminta gaji kerja selama dua minggu. Meski rasa malu kerana asyik meminya, Yuna tetap teruskan.

Sepanjang tempoh empat bulan itu, Yuna membenci dirinya sendiri. Dia tidak mempunyai kerja dan tidak berwang. Ibu dan kakaknya mula mendesak dia untuk bekerja. Kakaknya tidak putus-putus mention dan tag kerja kosong di facebook.  Tetapi semuanya Yuna tolak kerana gaji terlalu sikit tak berbaloi dengan waktu kerja, syarat sebagai ahli parti politik tertentu, menjadi cikgu kepada budak tadika yang mana Yuna sendiri tidak suka dengan budak, dan bermacam-macam lagi. Kebanyakkannya ditolak kerana memerlukan akaun, sedangkan dia tidak berlatar belakang akaun.

Dalam pada kakaknya tag dan mention, Yuna mempunyai inisiatif sendiri. Dia sign up maukerja dan jobstreet untuk mencari kerja online. Selepas sebulan mencuba akhirnya dia mendapat interview. Tetapi malangnya, ibu dan kakaknya menghalang. Khuatir syarikat yang menawarkan pekerjaan itu bahaya dan terlalu jauh dari rumah. Yuna terus tidak menghadiri interview.

Dalam 30 permohonan yang dia lakukan 28 darinya ditolak, manakala dua lagi dia terima respond. Atas 'nasihat' ibu dan kakaknya dia menolak satu tawaran kerja dan satu interview.

Dan apabila dia mendengar soalan sebegitu dari Dewi malam itu, dia rasa ingin memberontak. Perasaan marah membuak-buak. Dia melampiaskan perasaan amarahnya kepada Dewi. Dia memarahi Dewi yang selalu complaint dengan apa yang dilakukan. Kemudian dikatakan kurang ajar dan dikatakan pemegang degree angkuh. Hatinya menangis.

Yuna merenung siling sebelum melelapkan mata. Dalam dirinya terdapat sedikit putus asa untuk terus mencari kerja. Dalam banyak-banyak kerja yang dipohon, kebanyakannya ditolak. Meskipun CGPA-nya 3.58, tidak menjanjikan apa-apa. Puas dia fikir dimana silapnya. Segala jenis kerja dia cuba. Tetapi tidak berhasil. Selepas puas memohon secara talian, Yuna sendiri telah walk in dan hasilnya dia mendapat kerja part time di Mall.

Perasaan yang dirasainya sekarang bercampur antara sedih kerana tidak mempunyai kerja dan wang, marah kerana kakak dan ibunya yang mengongkong dan tidak memahami dan dirinya sendiri. Dan ego kerana bergaji kecil. Dia menangis semahunya.

Selepas puas menangis, Yuna bangkit dari baringnya. Pintu bilik dibuka dan dia menuju ke dapur. Dia menarik laci dan mencapai sebilah pisau.

Malam itu Yuna cuma ingin mati.

Certot KetotWhere stories live. Discover now