Excited Taehyung

2 1 0
                                    

Malam itu setelah mereka kekenyangan menjamu selera, namjoon selaku leader memanggil mereka berkumpul di ruangan tamu. Kononnya ada hal penting.

TAP!

" apeni? " soal jhope kepada jin setelah melihat hyungnya melempar seakan sebuah manuskrip di hadapan bangtan di atas meja.

" new job. " jawab jin sepatah.

" mende pulak lahai nak kene hadap ni? Aku ni sudahlah letih pasal konsert dekat jepun seminggu lepas tak habis lagi. Bukannya si bang PD tu kasi kita rehat dua minggu ke? Ni bala apa pulak yang datang ni? Duhh.. " komen suga sambil menggaru punggungnya. Dia cukup tak berkenan bila ada saja orang datang mengganggu rehatnya.

Baru nak mimpi lady gaga. Ish !

" diam yoongi. Sebelum aku lastik bibir kau. "

Terus terdiam bebelan suga setelah mendapat amaran daripada jin. Ahli lain hanya ketawa melihat telatah suga. Memang tak dinafikan, sikap lepas laku dan makian dia cepat sahaja dipintas oleh jin. Bukan dia takut dengan jin, actually dia hormat jin as a hyung in this bangtan.

Emm well ada laa jugak takut sikit dengan jin tu. SIKIT JE EK !

" sebenarnya petang tadi ada sorang noona datang dan kasi dekat hyung manuskrip ni. Dia kata bang PD setuju even kita sebenarnya tengah rehat sekarang ni kan. So better sekarang korang gi kemas pakaian korang. " sambung jin.

Manakala ahli bangtan terpinga pinga dengan arahan jin kecuali namjoon.

" pe bende sia tetibe suruh kami kemaskan baju . Keling betul la hyung ni. " komen jungkook tak puas hati.

" ouh. Maaf maaf. Maksud hyung, next week kita akan terlibat dalam sebuah rancangan iaitu The House. Korang tau kan show tu ? So next week kita akan berangkat ke Pulau Jeju untuk membuat pengambaran di sana. Get it? "

" Jeju-do? " soal taehyung ceria.

Angguk jin kepada taehyung. Faham sangat reaksi extra budak itu. Sebut sahaja jeju melompat sakan si taehyung. Gila tak teruja, tahun lepas dia berpeluang pergi bercuti dengan si Bogum tu. Minat sungguh taehyung dengan pelakon tersebut.

Ingat lagi seminggu sebelum dia dikhabarkan untuk bercuti dengan lelaki itu, tak tenang ahli bangtan dengan si taehyung sebabnya hampir setiap minit dia cerita pasal perancangan yang hendak dibuat olehnya dan Bogum di sana. Sampai naik muak mereka mendengarnya.

So, harap kali ini dia tak start buat perangai macam tahun lepas dah lah eh.

" macam best je The House ni. " kata jungkook. Selalu jugak la dia menonton rancangan tersebut dekat tv. Tambah tambah episode yang dia tak pernah missed ialah episode family noona emma maembong. Comel sangat ! Aumm

" okay. Better korang pergi packing baju baju korang sekarang. Show tu next week. Harini pulak hari khamis. Malam jumaat. Time is runnin' . Dah pergi! " halau namjoon kepala mereka mereka yang bermalasan di sofa.

" hyung tak halau pun tae memang nak pergi dah.. " kata taehyung kemudian laju kakinya berlari memijak anak tangga ke tingkat atas menuju ke biliknya.

" slow slow la tae, jatuh kang! " marah jin kemudian menggelengkan kepalanya.

" tengoklah kawan hyung tu. Kalut macam bangang jek. " perli jungkook kepada jimin kemudian dia berlalu mendaki anak tangga sambil bersiul. Kecik beso kecik beso aje jimin pandang jungkook dari jauh. 

" jungkook. Nak rasa bontot lembu lagi ke? " laung jin.

Cepat cepat kaki jungkook memijak anak tangga meninggalkan ruangan tamu. Takut !

12.00 AM
Di dalam bilik yang didiami oleh jimin, taehyung dan jungkook.

Taehyung masih lagi bersila dihadapan bagasinya. Dia seorang sahaja masih berjaga manakala yang lain sudah terbongkang tidur diulit mimpi.

Taehyung kini konfius hendak membawa baju apa yang perlu dipakai di sana. Dia mengambil tshirt oren yang dilipat kemudian memasukkan kedalam bagasi. Tak lama selepas itu, dia keluarkan balik baju orennya.

" tae buat apa tak tidur lagi ni? "

" mak hang kepala hantu ju-on! "

Hamek kau !

Eh taktau pulak yang taehyung ni jenis melatah orangnya.[ joke ] adehdeh, memalam ni jin hyung dok main test jantung dia pulak. Masakan tak terkejut, tetiba elok je kepala jin  tersembul di pintu dorm mereka. Nasib taehyung tak bukak silat cekak dekat tengah tengah dorm ini.

" hyunggg.. nasib tak luruh jantung tae. Buat apa datang sini? " soalan berbalas soalan.

" hyung just datang nak pulangkan charger kook ni jek. Hyung pinjam tadi. Hah yang kau tu buatpe tak tido lagi? " terus jin mendekati taehyung yang bersila itu.

" ni haa.. tae tengah konpius nak bawak baju apa untuk minggu depan. "

Tajam mata jin menikam memandang maknae dihadapannya ini. Bebal betul budak sorang ni. Nasib baik hensem tapi dia punya tahap bangangnya tu memang tak boleh blah.

" sayang.. bodoh tu simpan la dekat tempat lain boleh tak? Dah kenapa nak konfius segala bagai. Packing jela apa yang ada. Kita pergi sana bukan nak buat fashion show pun. Aduh! " sehabis lembut jin menslowkan suaranya agar tidak menggangu lena maknae yang lain.

" at least nama dia show jugak kan? Kita nak mucul dekat tv kut. Takkan nak pakai sememeh habis? Even tae bengap macam lembu, tapi fans tae lagi ramai dari hyung. Tahu?! " komplein taehyung beserta perlian.

" yang kau over terlebih sangat ni kenapa? Tidak kau yang kemain sememeh habis bila muncul depan kamera. Dengan style baju koyak koyak kau tu takpe pulak. Dah dah! Packing jelah apa yang ada. Hyung blah dulu. Malas nak bertekak dengan kau pasal benda yang tak berfaedah macamni. "

Jin berlalu meninggalkan taehyung. Manakala mata taehyung menyorot mengikut langkah hyungnya itu sehingga keluar.

" hyung ni tak memahami langsung! " rungut taehyung sambil mengemas segala peralatan yang berselerak lalu menyumbat semua kedalam bagasinya itu.

Tak sabar sebenarnya nak berangkat ke pulau jeju minggu depan. Pelbagai perancangan dia hendak lakukan ketika berada di sana bersama dengan ahli bangtan yang lain.

Setelah menyimpan bagasinya di bawah katil, terus taehyung terjun meniarap di atas tilamnya yang empuk itu. Kemudian dia mencapai sebuah buku yang disimpan di bawah bantalnya lalu membuka helaian buku nota nipis itu.

Pen yang diselit pada buku tersebut diambil lalu dia menulis sesuatu di atas buku nota tersebut. Senyuman petak menghiasi wajahnya yang over excited itu.

Senarai aktiviti yang hendak dibuat di jeju-do !❤

Kyahhh~ tak sabar !







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The House : Bangtan SeoyeondanWhere stories live. Discover now