Arghhhh...
Bunyi jeritan sana sini di sebuah kampung yang selalu dipenuhi oleh warna merah iaitu darah...
Pada masa dahulu,kampung Nanaki pernah diserang oleh raja syaitan dan 10 pahlawan arathabia telah menyelamatkan kampung itu lalu membunuh raja syaitan.
1000 tahun pun berlalu. Penduduk dikejutkan dengan berita Raja Maru menaiki takhta.Raja Maru ialah raja yang menaiki takhta selepas kematian Raja Shiro iaitu ayah kepada Raja Maru yang mentadbir kampung Nanaki,Raja Shiro dikurniakan 2 Orang anak iaitu anak sulungnya Raja Aruma dan anak keduanya ialah Raja Maru.Raja Aruma seorang yang baik hati dan pemurah manakala Raja Maru seorang yang pemarah dan pendendam.
Raja Maru tidak puas hati lalu membuat perjanjian dengan Raja Syaitan.Raja Maru menjanjikan perjanjian yang tidak dapat ditolak oleh Raja Syaitan,Raja Maru ingin Raja Syaitan membunuh ayahnya dan abangnya kerana ingin menaiki takhta dengan segera.Raja Syaitan mengotakan janjinya lalu Raja Maru menaiki takhta dengan segera.
Selepas Raja Maru menaiki takhta dan mentadbir kampung Nanaki,ramai penduduk telah berpindah kerana tidak tahan dengan pemerintahannya.Ramai anak perempuan dijadikan isterinya dan ramai anak lelaki dibunuh kerana takut akan takhtanya hilang.Kampung Nanaki sering dimasuki oleh syaitan dan tidak ditentang oleh Raja Maru.
YOU ARE READING
10 Pahlawan Arathabia
FantasyPada abad ke 2 ada sebuah kampung yang selalu dipenuhi oleh darah-darah orang yang tidak bersalah kerana kezaliman dan kelemahan raja yang memerintah serta ancaman dari puak syaitan.10 orang pahlawan yang dipanggil "arathabia"yang gagah berani mencu...