Kota Keriangan Ryosuke.
6 September 1994 Jam 3.46 Petang.Kota keriangan Ryosuke yg sebentar tadi penuh dgn gelak tawa tiba2 bertukar menjadi mimpi ngeri. Org ramai bertempiaran lari,jeritan bagaikan histeria memenuhi atmosfera. Mayat bergelimpangan tidak mengira usia. Bunyi tembakan serata tempat peluru menembusi setiap apa yg dilaluinya, tubuh dirobek tanpa ihsan, api menjulang marak meratah segala yg tercapai dan akhirnya semuanya sunyi tidak berbunyi.Tidak ada yg terselamat.
Berdasarkan siasatan yg dijalankan punca kepada peristiwa berdarah itu tak dapat dipastikan, tiada suspek, tiada litar pintas. Mereka seolah-olah berbunuhan sesama sendiri menembak, membakar dan merusuh sesama mereka dan akhirnya menembak diri sendiri. Tetapi 1 jam sebelum peristiwa berdarah itu semua telekomunikasi pulau terputus seolah2 pulau itu sendiri yg memutuskannya dan seterusnya sumpahan kematian menyusul melenyapkan semua.
Selepas peristiwa itu berlaku pulau Ryosuke dibiarkan kosong, tiada yg berani menjejakkan kaki ke pulau itu lagi. Masyarakat setempat memberikan ia gelaran Pulau Kematian. Sehingga kini misteri Pulau Ryosuke masih belum dapat dirungkai.
Hari ini..
Tepat jam 2 petang waktu tempatan. Sidang akhbar tergempar sedang berlangsung di pejabat Kumpulan Penyiasat Muda. 5 org detektif terkenal menawarkan diri untuk menyiasat kes Pulau Ryosuke yg masih belum terungkai."En Kai, kamu selaku ketua penyiasat wajar ke mempertaruhkan nyawa kamu semua utk misi ni?. Kamu tahukan misi ni sangat merbahaya dan tak mungkin kamu semua akan selamat".
"Saya yakin kami akan dapat selesaiksn kes ni, tentang keselamatan kami, kamu semua jangan bimbang. Kerajaan akan menghantar 20 org askar elite utk melindungi kami, jadi saya rasa keselamatan bukanlah isu yg besar." Kai kelihatan tenang manjawab soalan dari wartawan.
"Lagipun teknologi sekarang dah canggih, mcm2 peralatan telah kami sediakan semata2 utk merungkai misteri Pulau berhantu ni", Lina mencelah sambil tersenyum yakin. Lina merupakan org kanan Kai, detektif kedua yg paling handal dlm seni bela diri.
"Baiklah soalan terakhir sebelum kita closed session ni" Kai segera mencapai fail bersiap utk meninggalkan meja persidangan.
"En Kai.. sy difahamkan keluarga En Kai terbunuh dalam peristiwa berdarah tu. Adakah ini misi utk membalas dendam? untuk mencari dalang yg membunuh semua pengunjung Kota Keriangan Ryosuke, ataupun En Kai masih tak dapat menerima realiti yg keluarga En Kai mati membunuh diri sendiri?," wartawan tersenyum sinis tanda sengaja mencetuskan api dari bara yg menyala.
Kai merenung tajam wartawan tersebut sambil mencapai mikrofon dihadapannya. "Ya misi ni ada kaitan dengan keluarga aku , aku akan bersihkan nama keluarga aku dan aku yakin mereka tak bunuh diri!! Mereka DIBUNUH!!". Kai bingkas bangun dan meninggalkan meja persidangan diikuti Lina dan 3 lagi rakan detektif.
Kemarah Kai telah sampai ke tahap maksimum, jika tidak dibendung pasti akan meletus. Kai menjadi anak yatim piatu seawal usia 2 tahun, dia kehilangan semua anggota keluarganya dalam peristiwa Kota Keriangan Ryosuke. Kai bernasib baik kerana ketika peristiwa berdarah itu berlaku, dia berada dibawah jagaan keluarga pakciknya. Dia berazam untuk mencari kebenaran dan menuntut bela kematian keluarganya.
to be continue...
YOU ARE READING
Ryosuke Island ( Pulau Kematian)
Mystery / Thriller5 org detektif muda cuba merungkai misteri pulau yg disumpah dgn kematian. Sesiapa sahaja yg menjejakkn kaki pasti tak akan kembali.Disebalik sumpahan tersemat dendam kesumat yg xkan pernah padam. Berjayakah mereka merungkai misteri pulau kematian...