Pengenalan watak utama
Kai
Berumur 25 tahun. Seorang detektif yg mempunyai daya taakulan yg terbaik. Ibu dan ayahnya terkorban ketika peristiwa Kota Keriangan Ryosuke. Kai dihantar ke rumah anak2 yatim pada usia 5 tahun disebabkan perniagaan pakciknya yg musnah akibat inflasi. Berpewatakan pendiam dan cepat marah jika seseorang menghina keluarganya. Lebih banyak berfikir dari bercakap. Tahap kemahiran seni bela diri tahap 3. Menyimpan perasaan terhadap Lina tetapi malu untuk meluahkan.----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lina
Berumur 25 tahun. Seorang gadis yg lasak, sukakan cabaran dan mahir dalam pelbagai bidang seni mempertahankan diri. Lina juga mahir mengesan jejak penjenayah. Berasal dari rumah anak2 yatim yg sama dengan Kai dan Sam. Sering mempertahankan Kai ketika dibuli. Berpewatakan riang tetapi serius bila berlawan. Suka memberontak dan berkelahi dengan Sam. Menyimpan perasaan terhadap Kai dan tahu Kai juga ada perasaan yg sama.
Tahap kemahiran seni bela diri 4.----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sam
Berumur 32 tahun bertindak sebagai abang kepada Kai dan Lina. Digelar sebagai Genius Sado kerana sering mndapt tempat pertama di dalam kelas dan sering menjuarai segala jenis bidang seni mempertahankan diri. Berpewatakan periang dan suka membuli Kai dan Lina. Suka berbangga diri dan perasan muda. Sam adalah tulang belakang kumpulan 5 penyiasat muda. Berkemahiran merancang strategi untuk melumpuhkan musuh. Tahap kemahiran bela diri 6.----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fiq
Berumur 23 tahun. Perwatakan clumsy, sangat mahir dalam bidang komputer. Murah dengan senyuman dan tak suka mengunakan kekerasan. Mula menyertai kumpulan detektif selepas kagum dengan Kai yg menyelesaikan banyak kes misteri dan pembunuhan. Tahap kemahiran seni bela diri 1. Fiq lebih selesa bekerja disebalik tabir dari mengikuti ahli yg lain.----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zarul
Berumur 22 tahun, ahli termuda dalam kumpulan. Kemahiran berlari parkor dan meminati ilmu escapology. Berpewatakan energetic dan charming.Mempunyai kemahiran taakulan yg setanding dengan Kai. Menyertai kumpulan detektif kerana tertarik dengan cabaran untuk merungkai misteri Pulau Ryosuke. Tahap kemahiran seni bela diri 3.----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
27 Mei 2017 7.00 Pagi.
Dari jauh kelihatan 4 buah bot membelah arus lautan menuju ke pulau Ryosuke. Seramai 20 askar elite diketuai Kapten Hairi lengkap bersenjatakan M16 bersedia menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Riak wajah mereka tidak menunjukkan rasa takut namun perasaan di dalam hati bergolak bagaikan ombak dilautan yg bergelora.
Kai termenung jauh sambil memerhatikan Lina. Lina pula sedang cuba menenangkan diri, memejamkan mata sambil mendengar muzik. Sam duduk dibahagian paling hadapan bot, memegang teropong sambil cuba mencari sesuatu. Fiq dan Zarul membiarkan tangan mereka di tepi bot, menyentuh ombak2 yg terpercik. Ini pengalaman pertama bagi Fiq dan Zarul. Masing2 dengan perasaan mereka sendiri bercampur baur antara keterujaan dan ketakutan.
Berlainan dengan Kapten Hairi, perasaannya lebih kepada penyesalan yg tiada penghujungnya. Walaupun riak wajahnya bengis tapi dia xdpt menyembunyikan perasaannya itu, dia berharap dapat melupakan peristiwa 28 tahun dahulu. "Maafkan aku Ryosuke, aku terlalu mengejar harta dan pangkat.. Maafkan aku. Kerana ketamakan aku keluarga kau terkorban." Kapten Hairi mengetap giginya menahan perasaan.
YOU ARE READING
Ryosuke Island ( Pulau Kematian)
Mistério / Suspense5 org detektif muda cuba merungkai misteri pulau yg disumpah dgn kematian. Sesiapa sahaja yg menjejakkn kaki pasti tak akan kembali.Disebalik sumpahan tersemat dendam kesumat yg xkan pernah padam. Berjayakah mereka merungkai misteri pulau kematian...