✨ [21] INGATAN KEMBALI

2K 143 11
                                    

"Lebih baik kamu semua jangan pergi sana..." arah Permaisuri Hawa dengan tegas.

"Kenapa?" soal Gopal.

"Sebab, tempat tu berbahaya..." jawab Permaisuri Hawa sambil berpeluk tubuh.

"Tapi, kite perlu selamatkan Rudy! Walaupun kitorang tak rapat mane, tapi, dia tetap kawan kitorang!" tegas Solar.

"Sudah, bonda suruh jangan pergi... Tok Aba, tolong tunjukkan bilik mereka semua.. Beta nak bersiram sekejap.." ujar Permaisuri Hawa lalu beredar dari situ.

Tok Aba hanya mengangguk.

"Hmmm..." Elemental Brothers mendiamkan diri.

"Maaf kalau bonda dah sakitkan hati kamu semua.." balas Gempa dengan perasaan yang bersalah.

"Takpelah..." jawab Thorn sambil tersenyum kecil.

"Kenape... Korang beria sangat nak selamatkan Rudy?" tanya Khai sambil memandang ke arah Elemental Brothers.

"Sebab, kitorang pernah hampir kehilangan Taufan.." ujar Ais.

"Kehilangan?"

"Betul... Mase tu, aku dan Gempa pergi ke kedai... Tapi, aku pergi beli aiskrim kat tepi jalan dan makan sampai habis.. Dan Gempa memang dah habis beli barang.. Aku panggil dia suruh main kejar-kejar... Tapi, aku diculik oleh seorang lelaki.." terang Taufan.

"Jadi, kitorang tak nak benda yang sama berlaku pada korang.." balas Halilintar sambil berpeluk tubuh.

Secara tiba-tiba, Gempa menjerit. "Aghhh!!!" Dia memegang kepalanya.

"Gempa! Kau okey?!" tanya Tok Aba di sebelahnya dengan panik.

"Kenape dengan dia atok?!" tanya Solar yang turut cemas.

"Aghh!!" Gempa mengerang kesakitan. Tak lama selepas itu, Gempa pengsan.

"Gempa!!" jerit Elemental Brothers. Mereka meluru ke arah Gempa.

Taufan yang memangku Gempa segera menyentuh dahinya. "Atok, dahi Gempa panas! Dia demam ni!"

"Hah, kalau macam tu, tolong atok bawa dia ke bilik!" arah Tok Aba.

Tanpa membuang masa, Elemental Brothers membawa Gempa ke bilik.

"Korang tunggu sini.." pinta Tok Aba.

Yang lain mengangguk tanda akur. Tok Aba turut mengikuti Elemental Brothers.

√√√√√√√

Kelihatan Gempa sedang berbaring di sebuah katil yang besar berwarna kuning hitam. Elemental Brothers, Tok Aba dan yang lain turut berada dalam bilik Gempa.

Elemental Brothers dan Tok Aba berada di sisi Gempa manakala yang lain hanya duduk di sebuah meja milik Gempa.

"Macam mana dengan Gempa?" tanya Ali.

"Demam dia dah turun sedikit.." jawab Ais lalu memandang ke arah Gempa.

Secara tiba-tiba, pintu dibuka dengan luas. Rupanya, kelihatan Permaisuri Hawa bersama Geetha masuk ke dalam bilik Gempa.

"Gempa kenapa?! Dia okey?!" soal Permaisuri Hawa sebaik sahaja mendekati katil Gempa, diikuti oleh Geetha.

"Macam mana boleh jadi macam ni?!" tanya Geetha yang berada di sebelah kanan Permaisuri Hawa.

"Dia dah okey.. Mungkin perlukan rehat..." jawab Tok Aba sambil memandang ke arah mereka berdua.

"Haih, kan bonda dah pesan jangan paksa diri kamu semua untuk pergi ke penjara tu.." keluh Permaisuri Hawa.

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS [C]Where stories live. Discover now