Tersebutlah kisah tiga orang sahabat, Kendi, Buyung dan Awang yang sedang mengembara. Mereka membawa bekalan makanan seperti beras, daging, susu dan buah-buahan. Apabila penat berjalan mereka berhenti dan memasak makanan. Jika bertemu kampung, mereka akan singgah membeli makanan untuk dibuat bekal dalam perjalanan.
Pada suatu hari, mereka tiba di kawasan hutan tebal. Di kawasan itu mereka tidak bertemu dusun atau kampung. Mereka berhenti dan berehat di bawah sebatang pokok ara yang rendang. Bekalan makanan pula telah habis. Ketiga-tiga sahabat ini berasa sangat lapar,
“Hai, kalau ada nasi sekawah, aku akan habiskan seorang,” tiba-tiba Kendi mengeluh. Dia mengurut-ngurut perutnya yang lapar. Badannya disandarkan ke perdu pokok ara.
“Kalau lapar begini, ayam panggang sepuluh ekor pun sanggup aku habiskan,” kata Buyung pula.
“Janganlah kamu berdua tamak sangat dan bercakap besar pula. Aku pun lapar juga. Bagi aku, kalau ada nasi sepinggan sudah cukup,” Awang bersuara.
Kendi dan Buyung tertawa mendengar kata-kata Awang.
“Dengan nasi sepinggan, mana boleh kenyang? Perut kita tersangatlah lapar!” ejek Kendi. Buyung mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Kendi.
Perbualan mereka didengar oleh pokok ara. Pokok itu bersimpati apabila mendengar keluhan ketiga-tiga pengembara tersebut lalu menggugurkan tiga helai daun.
Bubb! Kendi, Buyung dan Awang terdengar bunyi seperti benda terjatuh. Mereka segera mencari benda tersebut dicelah-celah semak. Masing-masing menuju ke arah yang berlainan.
“Eh,ada nasi sekawah!” Kendi menjerit kehairanan. Dia menghadap sekawah nasi yang masih berwap. Tanpa berfikir panjang lalu dia menyuap nasi itu dengan lahapnya.
“Ayam panggang sepuluh ekor! Wah, sedapnya!” tiba-tiba Buyung pula melaung dari arah timur. Serta-merta meleleh air liurnya. Seleranya terbuka. Dengan pantas dia mengambil ayam yang paling besar lalu makan dengan gelojoh.
Melihatkan Kendi dan Buyung telah mendapat makanan, Awang semakin pantas meredah semak. Ketika Awang menyelak daun kelembak, dia ternampak sepinggan nasi berlauk yang terhidang. Awang tersenyum dan mengucapkan syukur kerana mendapat rezeki. Dia makan dengan tenang.
Selepas makan, Awang rasa segar. Dia berehat semula di bawah pokok ara sambil memerhatikan Kendi dan Buyung yang sedang meratah makanannya.
“Urgh!” Kendi sendawa. Perutnya amat kenyang. Nasi di dalam kawah masih banyak. Dia tidak mampu menghabiskan nasi itu. “Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba nasi di dalam kawah itu bertanya kepada Kendi.
“Aku sudah kenyang,” jawab Kendi.
“Bukankah kamu telah berjanji akan menghabiskan kami sekawah?” Tanya nasi itu lagi.
“Tapi perut aku sudah kenyang,” jawab Kendi.
Tiba-tiba nasi itu berkumpul dan mengejar Kendi. Kawah itu menyerkup kepala Kendi dan nasi-nasi itu menggigit tubuh Kendi. Kendi menjerit meminta tolong.
Buyung juga kekenyangan. Dia cuma dapat menghabiskan seekor ayam sahaja. Sembilan ekor ayam lagi terbiar di tempat pemanggang. Oleh kerana terlalu banyak makan, tekaknya berasa loya. Melihat baki ayam-ayam panggang itu, dia berasa muak dan hendak muntah. Buyung segera mencampakkan ayam-ayam itu ke dalam semak.
“Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba tanya ayam-ayam panggang itu.
“Aku sudah kenyang,” kata Buyung. “Makan sekor pun perut aku sudah muak,” katanya lagi.
Tiba-tiba muncul sembilan ekor ayam jantan dari celah-celah semak di kawasan itu. Mereka meluru ke arah Buyung.
Ayam-ayam itu mematuk dan menggeletek tubuh Buyung. Buyung melompat-lompat sambil meminta tolong.
Awang bagaikan bermimpi melihat gelagat rakan-rakannya. Kendi terpekik dan terlolong. Buyung pula melompat-lompat dan berguling-guling di atas tanah. Awang tidak dapat berbuat apa-apa. Dia seperti terpukau melihat kejadian itu.
Akhirnya Kendi dan Buyung mati. Tinggallah Awang seorang diri. Dia meneruskan semula perjalanannya.
Sebelum berangkat, Awang mengambil pinggan nasi yang telah bersih. Sebutir nasi pun tidak berbaki di dalam pinggan itu.Terjemahan.
Menurut saya cerita ini berisi tentang:Ada sebuah kisah tiga orang sahabat yang sedang mengembara bernama kendi,buyung dan awang . Mereka juga membawa bekal seperti beras, daging, susu dan buah-buahan. Jika mereka susdah lelah mereka akan berhenti untuk istirahat dan memasak makanan. Jika mereka bertemu kampung mereka akan membeli
makanan untuk bekal mereka. Pada suatu hari mereka melewati hutan lebat dan tidak menemukan perkampungan. Lalu mereka beristirahat di bawah pohon yang rindang. Dan mereka juga kehabisan bekal. Ketiga sahabat ini kelaparan.
lalu tiba-tiba kendi mengeluh dan berkata sambil memegangi perutnya " jika ada nasi yang banyak pasti akan aku habiskan sendiri. Sambil menyandarkan badanya ke batang pohon.
Kalau lapar begini,ayam panggang sepuluh ekorpun akan aku makan menghabiskannya sendiri ucap buyung.
Kalian jangan tamak dan jangan bayank omong. Aku pun juga lapar. Bagi ku jika ada nasi satu piring pun sudah cukup. Awang bersuara. Lalu kedua sahabatnya menertawainya saat mendengar perkataanya.
Lalu kendi mengejek" dengan nasi sepiring mana bisa kenyang. Kita kan sangat lapar. Lalu buyung mengangguk tanda setuju.
Lalu pohon ara itu mendengar keluhan mereka. Ia juga bersimpati karena keluhan mereka lalu pohon itu memggugurkan tiga daun. Lalu tiga sahabatvitu mendengar suara benda jatuh.mereka lalu mencari benda tersebut di celalh-celah semak. Mereka mencari ke arah yang berbeda.eh ada nasi satu piring.kendi menjerit keheranan. Lalu dia membawa nasi yang masih panas itu lalu tanpa pikir panjang dia melahap nasi itu dengan lahap. Lalu tiba-tiba buyung berteriak daribarah timur"wah.. ada sepuluh ayam panggang. enaknnya. Sampai air liurnya menetes. Lalu dia mengambil ayam yang paling besar dan memakanya dengan lahap. Melihat kendi dan buyung mendapat makannan awang sangat bersemangat untuk mencarinya.ketika dia membuka semak dia menemukan satu piring nasi beserta lauknya. Awang tersenyum dan bersyukur karena mendapat rezeki. Dan dia memakanya dengan tenang. Setelah makan ia pun menjadi segar. Ia lalu kembali beristirahat di bawah pohon ara. Sambil memperhatikan dua sahabatnya yang sedang menghabiskan makanan mereka. Kendi kekenyangan padahal nasi yang dimakannya masih banyak. Dia tidak mampu menghabiskanya. Lalau nasi itu bertanya pada kendi"kenapa kau tak menghabiskan kami. Lalu kendi menjawab"aku sudah kenyang.
Tapi kamu sudah berjanji akan menghabiskan kami satu wadah. Kata nasi itu.
Lalu kendi berkata lagi bahwa dia sudah kenyang. Tiba-tiba nasi itu bekumpul kembali ke wadah. Kemudian wadah itu menutpi kepala kendi dan nasi itu meggigiti tubuh kendi.kendi menjerit dan meminta tolong.buyung juga kekenyangan. Dia hanya menghabiskan satu ekor ayam saja.lalu sembilan ekor ayam masih tergeletak di pemanggangan. Karena buyung kekenyangan hingga membuat perutnya menjadi mual.lalu buyung membuang ayam itu ke semak. Lalu ayam itu bertanya. Kenapa kamu tidak menghabiskan kami.
Aku sudah kenyang. Makan satu ekor saja sudah membuatku muak. Katanya lagi. Kemudian munculah sembilan ekor ayam jantan dari semak-semak dan kemudian menghampiri ke arah buyung. Lalu ayam-ayam itu mematuk dan mebcakar tubuh buyung sehingga dia kesakitan berlari dan melompat sambil meminta tolong. Awang seperti bermimpi melihat temanya yang berteriak dan berguling di tanah.awang tidak bisa ber buat apa-apa. Ia sangat terkejut dengan kejadian itu. Akhirnya kendi dan buyung mati.kini hanya tinggal awang. Lalu ia melanjutkan perjalananya. Sebelum itu ia mengambil piring nasi yang sudah bersih.
@Sugih_forever
KAMU SEDANG MEMBACA
pengembara yabg kelaparan
Historical Fictionmenceritakan pengembara yang kelaparan