Hello~ ni sambunagan untuk cerita sebelum ni..😁
*****************************
Selepas beberapa lama diam, mama bersuara memecahkan sunyi....
"Ayilah.."panggil mama. Aku yang dari tadi asyik menambah makanan memandang mama.
"Yee mama.. Ada apa?" tanyaku lembut apabila melihat wajah mama yang begitu serius..
"Waktu cuti nanti, Ayilah akan dipinang." kata ayah apabila melihat mama hanya diamkan diri.. Aku yang sedang sedap makan tersedak. Abangku Ashrul menghulurkan segelas air kepadaku.
"Takkan lah mama.." kata pertamaku apabila selesai meminum air tadi.. Selera makanku pum hilang apabila mendengarnya.
"Bulan disember nanti, Ayilah akan melangsungkan pernikahan Ayilah dengan dia." kata mama tanpa memandang muka aku.
"Ma.. Ayilah baru je 17 tahun. Ayilah tak sedia lagi nak jadi isteri oranglah ma.." Suara aku agak meninggi..
"Mama tahu.. Tapi ini jalan yang terbaik untuk Ayilah.." Belum lagi mama menghabiskan ayatnya, aku sudah memotong..
"Terbaik?! Kenapa ma? Terbaik apa pula?! Kenapa pula terbaik?!" Suara aku sudah mulai meninggi. Abah memandang aku dengan wajah yang serius apabila aku aku meninggikan suara aku dengan mama.. "Ayilah tak baik tinggikan suara dengan mama! Ini sudah menjadi pilihan mama dan abah. Ayilah tak boleh menolak!" Kata Abah.. " Ayilah tu skolah jauh.. Kami tak tahu pun Ayilah buat apa kat sana, dengan sape Ayilah berkawan.. Sekurang-kurangnya, ada yang menjaga Ayilah nanti." Sambung abah swngan wajah yang serius.
Aku terkesan sangat dengan kata-kata mama dan abah tadi. Air mata mulai jatuh membasahi pipi. Latas, aku bangun dari tempat duduk aku dan terus menuju ke dalam bilikku.
" mama minta maaf Ayilah.. Mama buat semua ni ada sebabnya. Mama tak mahu sesuatu yang tak baik berlaku dengan Ayilah nanti." Kata mama dalam nada yang perlahan namun masih dapat aku dengari..
YOU ARE READING
Ustaz Itu Suami Aku
RomanceMenceritakan tentang pernikahan awal Ayilah dengan seseorang yang tidak pernah dikenalinya... Ayilah yang mulanya tidak mahu akhirnya menerima.. Di waktu pernikahan Ayilah, dia amat terkejut melihat orang yang akan menjadi suaminya ialah ustaz baru...