LELAKI PINJAMAN DIA___TRULY FINALE

1.4K 139 44
                                    

Iris Nahaira

Pandanganku mengabur. Terasa panas. Selama 7 tahun aku meninggalkan dia. Dia meninggalkan aku. Tak ada hubungan untukku tahu tentang perkembangannya.

Tapi sekarang aku nampak Allah memberikanku jawapan. Anak kecil tadi ialah Abigail,bidadari kecil yang ku jaga semasa dia kecil. Lelaki di depan yang menyarungkan songkok sekarang ini..ialah dia yang memiliki cinta ku selama ini.

Betul kata Hyde..

Cintai dulu tuhan.. Baru cintai orang lain.

Saat cinta itu lebih kepadaNya,
DIA kirimkan cintaku kembali.

Dia hadirkan Hyde kembali.

Terima kasih KAU hadirkan dia kembali dalam kesempurnaan. Namun aku tak tahu apa takdir buat kami berdua. Biarlah Allab yang menentukannya. Itu semua bergantung antara nasib dan takdir. Ayatnya berbisik semula ditelingaku..

   Jika tuhan takdirkan kita untuk bertemu sekali lagi, saya harap kita akan bertemu dalam keadaan yang lebih baik dan waktu itu,saya akan lihat seorang Iris yang lebih tabah dan berjaya dalam hidupnya.

Senyumanku perlahan demi perlahan terukir buatnya dan serta merta senyuman kami berbalas.

______________

Muhammad Yusuf Hyde

Aku menapak ke arah Iris yang dilihat mengenakan shawl berwarna biru pastel dan berjubah pink lembut. Senyuman diukirkan buatku. Senyuman seorang insan yang aku rindui. Senyuman cahaya yang menarik hati aku untuk mengenal Islam. Senyuman yang menggetarkan jiwaku.

Tangan Balqis aku genggam perlahan. Langkahku diikuti oleh si kecil,Balqis.

"Papa,tadi auntie nilah yang teman Balqis cari papa. Cantikkan auntie,papa!"

Suara balqis menyedarkan aku dari lamunan.

Aku menarik senyuman kecil dan berdehem.

"Erm,Iris. Lama tak jumpa awak."

Kelihatan Iris tersenyum dan mengangguk.

"Balqis, we're coming to Malaysia to look for your mama,right?"

Aku menyoal balqis. Perlahan-lahan dia mengangguk menjawab pertanyaanku.

"Yes,papa!"

"There you go,she is your mama. Mama Iris Nahaira"

Balqis segera mendepakan tangannya dan memeluk Iris.

"Hoooray! I've got my owm mom. Thank you,papa! Btw,welcome to the family,mama! I love you so much!!!"

Iris tergamam. Tidak menyangka hari ini akan tiba. Hari di mana penat lelahnya menjaga si kecil di hargai. Hari dimana dia layak diberi penghormatan untuk digelar 'mama'.

Perlahan-lahan Iris membalas pelukan balqis. Matanya dilirikkan ke arah Hyde.

"Ye,Iris. Awak akan bergelar mama balqis yang sah. Awak sudi tak jadi isteri saya,Iris."

Iris menekup mulutnya tanda terkejut.

Sekali lagi,cahaya menyinar setelah awan mendung berarak pergi. Setelah perginya dia, kini dia kembali. Membawa rasa hangatnya cinta si dia.

______________

"Iris..Hujung bulan ni kita nikah. Boleh?" Tanya Hyde lembut.

"Tapi,mama dengan Jade macam mana?"

Lelaki Pinjaman Dia♥Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang