"lately ni aku tengok kau macam busy. kau buat apa hoseok ?"
aku tersenyum.
kalini ikhlas.
tak macam dulu.
"aku nak sambung belajar."
suga tersenyum sinis.
"jilat ludah sendiri balik ke ?"
kasar.
namun tidak bagi hoseok.
"aku tahu. tapi kau sendiri yang sedarkan aku. bahagia itu pilihan. ia terpulang dekat aku sama ada nak terus duduk mengenang nasib atau bangun cari bahagia tu sendiri."
hoseok tersenyum lagi.
"jadi teruskan kalau kau nak hina aku. sebab aku tahu dulu memang aku salah. tapi sekarang aku dah sedar semuanya atas bantuan kau."
hoseok senyum pada suga.
dan di sudut hati kecil suga terasa sangat bahagia kerana dia dah berjaya sedarkan kawan yang sangat dia sayang.
"jangan terima kasih dekat aku. tapi terima kasih pada diri kau yang mampu bangun semula. aku hanya berikan kau nasihat dan keputusannya terletak pada kau. jadi ia semua atas usaha kau seorang tak termasuk aku."
aku senyum lagi.
sekarang aku sedar.
yanh sebenarnya aku dah lama ada rasa bahagia.
cuma aku sendiri yang tepis.
dan menafikan segala galanya.
aku lupa.
yang bahagia itu datangnya dalam pelbagai bentuk.
dan salah satu bahagia aku adalah dia yang ada didepan mata aku.
dia mungkin kasar.
kata katanya agak kesat.
namun penuh dengan kata yang tersirat yang sangat bermakna.
"bahagia itu akan datang bila kau mula mencarinya."
YOU ARE READING
[C] 행복+hoseok
Short Storyaku hanya seorang lelaki biasa yang juga inginkan rasa bahagia - hoseok strictly originally written by @lmaotaegucci Do not copy any of the ideas cover edited by ; @baejiaemin