Aku adalah seorang yang agak berani dan tidak mempercayai akan cerita mistik serta cerita mengarut dunia yang tidak aku lihat dengan mata kasar,walaupun kawan-kawan aku yang duduk dirumah yang sama telah melalui dan penuh dengan cerita seram,aku masih tidak menghiraukan malah aku memang pengemar pulang lewat jam 02:00am – 04:00am,"REMAJA" itu lah ungkapan yang selalu aku gunakan bila orang mempersoalkan kelewatan aku pulang kerumah.
"apoi,malam ni macam biasa ea.aku balik lambat"aku memesan kepada kawan rumahku,nama penuh nya Hasrul dan kami memanggil apoi.
"ok,tau sangat dah time ko"balas apoi seakan memerli.
Aku hanya memandangnya penuh dengan senyuman sinis.tanpa berlengah aku keluar kebandar kerana aku suka melihat sifat manusia,aku pun tak tahu kenapa aku begini,mungkin kerana aku seorang penulis puisi,sajak dan adakala cerita pendek melalui apa yang aku lihat dihadapan mata,macam yang aku bagi tahu aku bukan seorang ilusis makanya aku tidak akan menulis benda yang tidak aku lihat atau merasai apatah lagi melalui.
Aku melihat jam ditangan, 11.20pm waktu itu,tetapi mata ku terasa berat mungkin letih bekerja disiang hari.Aku bangun dari duduk terus masuk kekereta dan menuju balik.Tetapi tiba-tiba jantung aku berdegup kencang.
"kenapa pula jantung aku ni"
"nak kena serangan jantung ke" aku bermonolog sendirian sambil cuba mengabaikan apa yang aku rasai,mungkin juga kerana aku terlalu letih.
Aku mula terfikir benda-benda negative,apatah lagi aku akan melalui jalan yang gelap serta bersemak samun tidak mempunyai lampu dan disitu juga aku mendengar pelbagai cerita mistik."arghhh,tiada apa la"aku berkata sendiri didalam hati sambil tangan ku memutar punat volumeradio kereta ku,nyata aku sekarang dalam ketakutan.
Sampai saja di jalan yang penuh mistik itu aku makin kuatkan volume kereta dan fokus pada jalan sahaja,mata aku langsung tidak memandang tepi kiri kanan atau atas,jantung berdegup kencang semula namun aku gagahkan juga terus kerumah dan kini jarak aku untuk sampai ke rumah hanya tinggal 100meter.Aku mula lega dan tangan pantas perlahankan volume semula,kini cahaya lampu pintu rumah aku, telah kelihatan.Aku parking kereta dan keluar menuju masuk kerumah dengan tenang seakan tiada apa yang aku takutkan tadi,semua perasaan haruk piruk itu hilang bagai mimpi.
"eh,awal kau balik fahin"tegur hasrul,yang pelik melihat aku pulang awal.
"aku rasa letih la,mengantuk"jawab ku tanpa melihat kearah apoi yang sibuk dengan Game Pc nya.
"wei,kau Nampak pucat je.tak sihat ke?"apoi menegur,kali ini dia bangun dari duduknya dan menghampiri aku.
"sihat la,Cuma aku letih je"jawab ku sambil memandang hasrul yang kini duduk disebelah aku.
Apoi meletakkan tangan nya didahi aku,sambil muka dia separuh terkejut.
"kau demam ni,panas"jawab apoi sambil menarik tangannya kembali
"eh mana ada,aku rasa sihat je ni"jawab aku cuba menafikan apa yang apoi katakan.
Tanpa banyak bicara apoi bangun dari duduk sambil menarik tangan aku suruh bangun,aku pun bangun bagai orang bodoh mengikut bangun.
"kita pergi hospital"apoi berkata sambil mencapai sweater nya.
"yelaa"balas aku sekadar melayankan sahaja.
Aku terus menuju ke pintu dan apoi pula masih bersiap didalam bilik,tombol pintu ku pegang perlahan dan lemah aku buka,aku terus menuju kekereta namun setelah 5 langkah dari pintu aku terhenti,kaki kaku,badan bagaikan dipaku jelas dimata kasar ku didalam kereta aku ditempat duduk belakang kelihatan sebonjot besar yang dibalut kain putih sedang duduk sambil melihat kearahku,dengan ikatan diatas kepala serta dimuka terbuka sedikit namun hanya kelihatan gelap aku tahu itulah yang manusia gelarkan POCONG.Aku masih kaku merenung atau aku yang ditenung tubuh yang tadi mampu berjalan terus longlai.