Dulu , waktu kau tak punya apa2. Aku hadir memberikan kau segalanya.
Waktu kau hilang arah tuju , aku yang tetap membantu.
Waktu kau dibuang , aku kutip kau dan berikan kasih sayang.
Tapi sekarang kenapa kau pergi ?
Di saat hati ini sudah sepenuhnya milik kau?
Kenapa kau taburkan pelbagai janji palsu?
"Aku janji takkan tinggalkan kau"
"Aku sayang kau sorang je sayang"
"Jangan risau sayang , aku setia dengan kau sorang je"
"I love you so so much "
"Saya nak awak je "
Aku masih ingat setiap satu janji kau.
Sayang,
Adakah aku terlalu membosankan bagi kau ?
Atau aku hanya sekadar tempat kau hilangkan semua rasa bosan kau ?
Sayang,
Andainya kau tahu yang sayang aku pada kau takkan pernah berakhir.
Andainya kau tahu berapa banyak perkara yang telah aku korbankan demi kau.
Andainya kau tahu berapa ribu titisan air mata yang telah aku hasilkan kerana kau.
Andainya kau tahu bahawa kau adalah dunia aku.
Andainya kau tahu bahawa tanpa kau hati aku mati.
Adakah kau masih memilih untuk pergi ?
Iya. Aku mungkin tak secantik dia.
Tak sebaik dia.
Atau mungkin sepandai dia.
Tapi aku mampu untuk terus setia .
Ah sayang.
Cinta yang telah lama kita bina akhirnya musnah jua.

KAMU SEDANG MEMBACA
Sakit
Random- I wish I could give you my pain just for one moment, not to hurt you , but so that you can finally understand how much you hurt me -