♡1♡
******MALAIKAT tidak akan melalui meski bayang kehidupan seseorang itu jika terbukti telah melakukan kesalahan walau pun dosanya hanya sebesar biji zarah sahaja sekali pun. Dalam keseronokan mengharungi kehidupan mewah di sebuah bandaraya di satu ketika dahulu kini dirinya seolah olah terdampar sepi serta sunyi sendirian tanpa teman. Yang tinggal hanyalah sebuah kenangan. Anniesa Anis kadang kala terfikir hendak mengulanginya semula tetapi waktu seakan begitu mencemburui dirinya pula. Hidupnya sehari hari pun masih bergantung harap dari tuah pada sebuah nama yang saban waktu saja akan diiring berlalu pergi. Begitulah Dunia Kehidupan seorang Model sepertinya.
Walau pun usianya bakal mencecah hampir ke 30an menjelang tahun hadapan dia atau nama panggilannya Niesha tetap kelihatan tidak ada banyak perubahan pada wajah serta susuk tubuhnya itu. Namun begitu Niesha kelihatan seakan kurang bermaya sejak kebelakangan ini. Papanya sudah acap kali berpesan supaya dia menjaga sedikit kesihatan dirinya agar tidak terganggu. Tambah tambah lagi semenjak dia kembali ke sini sejak lima bulan yang lalu. Encik Romzi tidak menampakkan langsung tanda tanda kerisauannya terutama di hadapan mata anak tunggalnya seorang itu. Kini meski pun anak daranya itu sudah terlerak di rumah namun dia tetap tidak berputus asa dalam merencanakan hasrat serta harapan anak gadisnya itu. Bapa mana di Dunia ini yang ingin melihat anak mereka gagal. Niesha pula seolah olah sudah putus harap selama dia di sini. Walau pun sehari hari Puan Zamiah sentiasa ada di samping anaknya namun kadang kadang dia terpaksa membiarkan Niesha bersendirian di rumah. Lagi pun anaknya itu bukannya seorang anak kecil lagi. Mereka masih lagi berharap anaknya itu terus mampu dalam melayari kehidupannya di dalam Dunia Kerjaya Fesyen yang diceburinya itu. Sebagai seorang Model berkelas sederhana tinggi sudah pasti Niesha tahu dan sedar sebarang kelemahan serta kekurangan yang terdapat pada dirinya di ketika ini. Prestasinya dilihat sedikit menurun dan kurang memberangsangkan pula semenjak hampir setahun lalu. Jelas amat ketara sekali ketika dia menghadirkan diri untuk memberikan persembahan di TTM Privillage & Heritage Garden Resort baru baru ini. Kenyataannya Niesha semenjak itu telah banyak kehilangan peluang untuk membuat persembahan setelah kebanyakan para penganjur merasa kurang yakin pula dengan dirinya.
Dengan pengalaman selama lebih sepuluh tahun itu Niesha sekali sekala ada juga merisik risik tanya teman teman rapatnya tentang peluang kerjayanya itu di sini. Manalah tahu jika terdapat sebarang show atau tawaran dari mana mana Promoter dan badan penganjur di sekitar Daerah Kuala Semerang ini. Kehampaan jelas terbayang di seraut wajahnya di pagi ini bilamana Sherry temannya telah memberitahu yang Mickhaeil seorang Promoter dari Colourfull Art & Advertise Management telah memilih orang lain. Namun dia tidak berkecil hati dengan keputusan itu setelah menyedari kemampuan diri semakin terbatas. Kenyataannya Niesha terpaksa menerima hakikat dirinya kini memerlukan satu momentum baru bagi meneruskan servivel kerjayanya sendiri itu dalam menentukan masa depan dirinya sendiri. Niesha seakan perlu memulakan kerjaya Dunia Fesyennya dari awal semula. Atau dia samada mahu atau terpaksa perlu mencari satu alternatif baru bagi dirinya. Keputusan Mickhaeil itu sedikit memberi kesan dan cukup menyedarkan dirinya kini. Hari hari mendatang dirasakannya seakan kabur dan sudah tidak bermaya lagi untuknya meneruskan karier yang telah menaikkan nama baiknya di dalam Dunia Fesyen. Namun dia tidak cepat berputus asa dan tidak pula merasa terkilan rasa dengan perkara itu. Malah Niesha bertekad akan membuktikan keupayaan serta pengalamannya itu selama ini mampu untuk membawa dirinya lebih berjaya di dalam Dunia Modeling tempatan di sini. Dengan Mazda Intra Fullginated 1.6i miliknya Niesha meluncur kenderaan dengan laju sambil menghala ke Utara Bandar. Tiba di satu tempat dia memberhentikan kenderaannya di birai jalan. Dia berjalan menuju ke sebuah premis perniagaan ada terletak di bangunan lima tingkat di situ. Tiba di hadapan pintu tiba tiba seseorang menegurnya dari arah belakang. Niesha berpaling seketika dan dapati lelaki kacak dan bergaya bernama Ramon sedang menegurnya. Dia lantas menegur kembali lelaki itu dengan berkata."Eh! Hai!"
"Awak...rupanya!"Sambil segan segan Niesha berkata. Dia cepat cepat membuang perasaan segannya itu jauh jauh. Bimbang pula dia kalau kalau temannya itu perasaan dengan perubahan di wajahnya sebentar tadi.
"Lama tak nampak! Apa...awak buat sekarang?"
Satu soalan yang mampu mencemaskan dirinya. Niesha tidak dapat mengelak lagi daripada berhadapan dengan situasi yang cukup menghantui emosinya itu sekarang. Dia lalu berkata kepada Ramon sambil bertanya kembali.
"Saya?"
"Saya...memang tinggal di sini sekarang!"
"Habis...awak?"Jawab Niesha sedikit mengelak pula gayanya dia. Tapi dia juga sedar yang lelaki sedang berdiri di hadapannya itu mungkin dapat membantunya. Niesha memerhatikan kepada Ramon seketika. Lama dia merenung kepada lelaki kacak itu. Sebentar dia bersuara dengan bertanya kepada pengusaha fesyen terkenal itu dengan berkata lagi.
"Awak tak ada peluang peluang lain ke untuk orang macam saya ni?"
"Yalah kan! Maklum sajalah! Dah berusia macam ni kan!"Niesha cuba mengumpan temannya itu dengan satu sikap merendah diri pula. Jika di satu ketika dahulu Ramon adalah merupakan salah seorang sanggup bertegang urat dengan sesiapa sahaja asal dia dapat menggunakan perkhidmatan gadis di hadapannya itu. Niesha kembali merasa yakin dengan kemampuan dirinya setelah terpandang Ramon sebentar tadi. Jadi dia tahu yang lelaki itu memang masih menaruh harapan kepada dirinya. Ramon pula kelihatan seolah olah tercari cari sesuatu melihat pada gayanya dia. Niesha tidak berkeberatan mana jika bersama Ramon. Lagi pun bukan dia tidak pernah bekerja dengan lelaki kacak berkulit putih bersih itu. Melihat pada raut wajahnya jelas menampakkan dia seolah olah sedang menunggu seseorang. Lantas Niesha memberanikan hati untuk bertanya sambil bergurau kepadanya.
"Awak menanti seseorang?"
"I'd guest!"Duganya, sambil memandang kepada Ramon. Lelaki itu pun berpaling memandangnya. Seketika dia berkata.
"Awaklah yang saya cari! Mana ada orang lain!"
"Saya ada bisnes untuk awak tau!"Niesha tertawa mendengarnya. Sambil itu dia benci untuk berharap. Niesha memerhatikan Ramon seketika. Lama sudah dia tidak bersama Ramon. Seakan ada keserasian pula mereka berdua. Niesha berfikir sejenak. Dalam pada itu besarlah harapannya juga jika benar kata kata temannya itu. Dia lalu bersuara dengan berkata sambil bersahaja pula bunyinya.
"Why not?"
"I'm so pleased...don't you know that?"Sambutnya seraya bertanya sambil sedikit menduga pula kepada temannya itu.
"No...I'd meant it! Really!"
"You'd never know...how much you'd needed!"
"And...I'd hope you'll consider!"Ramon seakan Oportunis pula melihat pada gaya percakapannya kepada Gadis itu. Sambil sambil itu dia berharap juga. Itu pun jika Niesha masih berminat untuk melanjutkan perbualan mereka berdua. Setahunya Niesha pernah merasa kecewa dengan dirinya di satu waktu dahulu. Semuanya gara gara dia tidak mengundang Gadis itu untuk satu persembahan fesyen anjurannya yang terakhir. Semenjak itu Ramon terpaksa bergolok bergadai untuk menebus kembali empayar modeling yang dibinanya sebelum ini. Masih dia teringat lagi bagaimana segala kemewahan dan kemegahannya seolah olah telah diragut pergi dalam sekelip mata sahaja. Tambah pula masalah kelembapan ekonomi teruk sedang melanda Negara pada ketika itu. Dengan kesempatan yang ada Ramon cuba merapatkan kembali perhubungan mereka berdua. Di samping itu dia mengharapkan Niesha akan menghargai segala gala ini demi masa depannya serta bidang kerjaya yang mereka telah terokai sejak sekian lama ini. Oleh kerana masing masing mempunyai urusan masing masing. Jadi mereka berdua telah berjanji untuk bertemu semula. Sebelum berpisah.
"It's just never ever seing before! You'd just amazing...!"
YOU ARE READING
I'D DO EVER HEARD
Random@Qalby.com @HasanatulQalby.com prevent.com @prevention2008.com Mokhtar6981 @mokhtar_en mokhtarabdullah@69gmail.com @idsideal.com @metoo.com @same2u.com SAME2U.COM "Anniesa! Please don't cry it!" "I'll be with you...!" "If you wan't!" Niesha tiada ke...