Selamat Datang ke Sekolah!

7 1 0
                                    

Daun maple tumbuh rimbun dihadapan sekolah , beterbangan diserata kawasan sekolah , deru angin yang dingin membuatkan kawasan itu kelihatan sangat indah tambahan pula dengan mentari yang baru sahaja menyinsing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daun maple tumbuh rimbun dihadapan sekolah , beterbangan diserata kawasan sekolah , deru angin yang dingin membuatkan kawasan itu kelihatan sangat indah tambahan pula dengan mentari yang baru sahaja menyinsing . Bunyi derapan kaki pelajar-pelajar sekolah memecahkan suasana sunyi di Sekolah Menengah Kebangsaan Citrajaya . Ya , hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan . Hari bermulanya semua kisah yang akan diceritakan . " Semua pelajar sila percepatkan langkah anda kerana perhimpunan pagi akan bermula sebentar sahaja lagi ," arah penolong ketua pengawas , suaranya yang lunak bergema diserata kawasan sekolah . Kegamatan suasana hari pertama disekolah dipecahkan pula dengan kehadiran seorang pelajar lelaki , bertubuh sasa dalam blazer kelabu sekolah . "Okay semua, kita mulakan perhimpunan pagi kita dengan Asmaul Husna dan Doa Pagi ," arahnya .

Perhimpunan berjalan dengan lancar ,dan sekolah pun bermula .Penolong ketua pengawas tadi melucutkan blazer merahnya dan menggantungkannya dibilik Pengawas . "Sarah , sebentar lagi jumpa cikgu ya , cikgu ada sesuatu nak berbincang dengan kamu," .

 Dia mengukirkan senyuman manis sambil membetulkan kacamatanya .

 "Baik cikgu,"

Selepas cikgu itu beredar , Sarah menyambung menyusun barang-barangnya kedalam beg . Tahun ini adalah tahun terakhir dia disekolah itu . Sijil Pelajaran Malaysia adalah matlamat yang paling penting , baginya semua perkara lain buat masa ini hanyalah anasir luar yang cuma mengganggunya untuk mencapai matlamat besar iaitu mendapatkan  14A+ .Namun , ada sahaja suara sumbang yang mengganggu emosinya pada pagi yang tenang ini .

"Eh , itulah dia , perempuan yang clash dengan Johan . Memang patutlah clash , acah acah baik depan orang , tapi belakang perangai macam apa lagi ," suara itu seakan akan dikenalinya . Suara daripada kumpulan kumpulan yang memang tidak pernah menenangkan hatinya , ada sahaja perkara yang mereka tidak puas hatikan , seolah olah cemburu semua yang Sarah lakukan .

Namun Sarah seorang yang pintar , dia tidak menghiraukan perlian mereka  .Seusai menyusun buku , dia terus beredar tanpa peduli dengan kehadiran mereka .Sampai sahaja dikelas dia segera duduk dan kelaspun bermula .

"Kriiing kriiing " bunyi deringan loceng kedua disekolah .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Selamat TinggalWhere stories live. Discover now