[01]

15 3 0
                                    

Tokyo, Jepun

Kagawa membelek-belek setiap muka surat sebuah majalah yang dibelinya tadi. Pergerakkannya terhenti apabila Kagawa terlihat ada sebuah artikel yang mengatakan bahawa terdapat sebuah rumah yang paling berhantu di Korea.

Dengan cepat Kagawa memanggil kawan serumahnya iaitu Mimiko dan Hakita yang sedang sibuk menghidang makan malam didapur.

"Hakita..Mimiko" panggil Kagawa sambil berlari-lari anak menuju kearah kawan baiknya itu. "Ada apa Kagawa?" soal Hakita. Tuala kecil yang dipegangnya terus dimasukkan kedalam poket apron.

Kagawa terus meletakkan majalah tersebut diatas meja lalu ditunjukkan kepada kawan-kawannya. "Ni...ada sebuah rumah yang paling berhantu di Korea Selatan..korang percaya tak?"

Apabila mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut Kagawa. Mimiko terus memberhentikan sebentar kerja mambasuh pinggan lalu berjalan menuju kearah Hakita dan Kagawa.

"Aku tak percaya..hantu mana wujud" kata Mimiko. Kerusi kosong ditarik olehnya.

"Kalau tak wujud..macam mana rumah ni boleh berhantu?" soal Kagawa. Hakita hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan soalan yang diajukan oleh Kagawa.

Mimiko mengeluh "cuba korang fikir..di Jepun juga ada tempat-tempat yang macam ni.. Tapi result yang pemburu hantu dapat?.. Tak ada apa.."

"Tapi Mimiko..itu di Jepun..ini di Korea.. Manalah kita tahu yang hantu di Korea lebih aktiv dari hantu di negara kita" Hakita masih lagi memujuk sahabatnya supaya percaya akan benda-benda yang sering dikatakan benda karut.

"Ok..kalau macam tu..biar aku sendiri pergi ke Korea untuk membuktikan bahawa rumah itu tidak berhantu"

Hakita dan Kagawa terkedu. Inilah perangai Mimiko. Langsung tidak percaya akan benda-benda ini. Dia sanggup menghabiskan tenaga dan wang untuk membuktikan sesuatu benda.

"Ish..janganlah Mimiko.. Bahaya..." Kagawa menghalang Mimiko. Tetapi larangannya tidak diendahkan oleh Mimiko. Mimiko masih berdegil dan akan tetap ke Korea.

Kagawa dan Hakita sudah tidak tahu bagaimana untuk menghalang Mimiko daripada meneruskan kerja 'gila'nya itu.

Vote
Comment

The House[SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now