Min Yoongi mencampakkan badannya di atas katil. Lengannya diletakkan di atas dahi. Dia mengeluh perlahan memikirkan nasib members dan dirinya sendiri.
Apa yang patut mereka lakukan? Walaupun mereka baru saja debut, mereka tetap perlu bersaing untuk mengekalkan diri mereka dalam dunia hiburan ini. Semakin lama, semakin banyak syarikat dan agensi yang melahirkan idol-idol muda dan berkemampuan. Bukan sekadar itu, kebanyakan idol baru juga mempunyai rupa paras yang tiada siapa boleh nafikan, menawan!
'Ah,Serabut otak aku!'
Jarang otak si Yoongi ni serabut. Biasanya otak dia la yang paling genius dan matang dalam kalangan member. Bagi Yoongi, masalah members nya mudah sungguh untuk dia selesaikan tapi masalah yang berkaitan dengan diri sendiri, tunggu bertahun-tahun dulu baru boleh dapat keputusan.
Dia mengeluh untuk kedua kalinya.
Dia pusingkan badan ke sebelah kiri pula, bersedia untuk lelap. 'masalah macam ni aku tak boleh selesaikan sorang diri'. Dia cuba menenangkan hatinya dengan kata- kata yang baginya 'membina'. Akhirnya, selepas menyebut beberapa kata- kata 'membina' dia berjaya melaksanakan hobi yang digemarinnya, tidur.
-
-"Yoongi!"
Buaian yang aku main aku perlahankan. Aku pusingkan kepala aku untuk melihat pemilik suara.
Yoonji. Hero aku.
Aku tahu aku ni lelaki dan Yoonji tu perempuan. Tapi disebabkan Park Yoonji, kekuatan aku datang. Aku jadi semangat untuk teruskan hidup aku.
Ya. Teruskan hidup. Kalau nak diikutkan tanpa Yoonji di sisi aku, dah lama aku tak wujud sekarang ni.
Hidup aku miskin. Aku ada mak bapak aku, dan abang aku ja. Mak bapak aku kerah abang aku dan aku supaya belajar rajin-rajin, tak nak hidup miskin kita ni berterusan dan bersambung keturunan.
Tapi tulah masalahnya. Aku ni walaupun masih mentah, aku tahu apa yang aku minat dan apa yang aku tak minat.
Aku minat muzik, tak minat belajar.Aku ingat lagi, first time aku bagi tahu mak bapak aku pasal minat aku, habis teruk aku kena. Paham2 lah aku kena apa yek.
Ok jauh aku berangan. Sambung balik.
"Yow Yoonster! Aku rindu kau. Apa kau bawak untuk aku harini?"
" Ini rindu aku ke rindu makanan ni? Btw Ish kau ni! brpa kali aku cakap? Aku Yoonji bukan Yoonster." Usik Yoonji. Dia meletakkan plastik yang dibawanya di atas rumput lalu menyilangkan tangannya.
"Kau Yoon-gengsterla~ lagipun nama kita dah nak dekat.. mana boleh aku panggil Yoonji. Nanti aku terperasan pulak. Hehe" Kata aku dengan nada gembira.
Kan aku dah cakap, kalau dia ada aku terus gembira. Dia ialah definisi bagi kegembiraan aku.
Aku terus hentikan buaian yang aku main tadi dan menuju ke Yoonji.
18 tahun pun still main buaian hahha.
"Aku rindu dua2 la. Yoonji aku rindu, makanan pun aku rindu."
Aku dan Yoonji duduk di bawah pokok yang rendang, our favorite spot dekat taman ni dan Yoonji macam biasa, bukak bekal yang dia bawa dari rumahnya dan hulurkan dekat aku.
Aku terima tanpa malu-malu dan makan dengan lahap. Buat apa nak malu. Rezeki depan mata tok sah nak malu bagai. Lagipun Yoonji yang cakap dia nak kawan dengan aku dan nak jaga aku baik-baik.
Yoonji jela kawan yang aku ada. Aku ni introvert. Nak cari kawan susah. Nasib baik Yoonji ada.Sedang aku lahap, aku nampak dari sudut mata yang Yoonji sedang pandang aku sambil tersenyum. Tapi senyuman dia.. Macam ada yang tak kena je.
"Uit asal senyum macam tak ikhlas tu? Aku ade buat salah ka? " Tanya aku risau.Gile kau tak risau.. Yoonji ni bukannya jenis yang cepat merajuk or sedih.
Yoonji menyandarkan dirinya dan alihkan pandangannya melihat awan. "Weh.. Kita dah kenal 14 tahun dah kan.. sekarang aku dah 17 tahun, kau dah 18 tahun. Cepatkan kita membesar?"
"Yelah.. tapi asal tetiba je kau cakap mcm ni? Ada apapa ke?"
Tiba-tiba aku rasa tak senang nak makan pulak.
"Hahhahaha tak da papa la Yoongi.. Aku cuma nak kau tau yang aku sayang kau. Ingat, aku sentiasa ada dekat sisi kau walaupun kita ni berjauhan."
"Ehh engkau ni kenapa? Neves pulak aku dibuatnya."
"Takde pape la.. Weh aku gerak lu. Pape roger ek, babai muah muah." Dia tiba-tiba bangun. Dia mengambil beberapa langkah kemudian dia berhenti.
Dia pusingkan kepalanya sedikit "Walau apa pun yang terjadi, don't you ever give up dengan impian kau."
Itulah kata-kata terakhir dari Yoonji. Yoonji mula berlari tinggalkan aku yang tengah blur tk paham situasi. Dia lari tinggalkan aku.
Dia tinggalkan aku sampai sekarang.
-
-Aku tersedar dari mimpi. Aku dapat rasakan dahi aku penuh dengan peluh.
Yoonji.. Kenapa aku mimpi dia pulak ni. Dah 8 tahun berlalu dah kot.. Tak kan tak boleh move on lagi.
Ish tak boleh jadi nih.
Aku lihat katil yang berdekatan dengan aku, Jin hyung masih tidur.Aku lihat jam di dinding, 11malam..
Aku bangun dari katil dan segera ke bilik air untuk basuh muka.
Selesai basuh muka, aku senyap2 keluar dari biik tidur kongsi aku dengan member2 lain.
Terus aku menuju ke ruang tamu, sambung kerja aku. Tulis lirik.
______________
Saya ni baruu sangat2 dgn dunia ff ni so kalau ada salah silap, ayat cam sampah ke sorry la ye.
N also sorry pendek semacam aje haha
-¶eace-
YOU ARE READING
Back then •Min YoonGi•
Fanfiction"Aku tak akan lupakan kau. Tak akan." -YoonGi 2Yoon ff