Seorang gadis sedang dihias oleh seorang wanita berusia 30an. Gadis cantik itu telah dipakaikan dgn pakaian perkahwinan yang sangat cantik. Gadis itu adalah Zulaikha. Kelihatan wajahnya sangat ceria. Kerana hari itu adalah hari yang sangat istimewa buatnya. Hari itu adalah hari perkahwinannya dengan jejaka yang bernama Amirul.
Kringg!! Kringg!! Kringg!
Telefon bimbit Zulaikha berdering. Tertulis nama Amirul lalu Zulaikha terus menjawab panggilan itu.
"Asalamualaikum... Hello"kata Zulaikha dengan nada yang sungguh teruja.
"Wa'alaikum salam sayang"kata amirul sambil tersenyum sendiri.
"Alah awak ni... Tak payahlah nak sayang sayang sangat.... Malu lah saya"kata Zulaikha.
"Alahh... Tak pelah... Kejap lagikan kite kahwin... Jadi kenelah biasakan mulut ni panggil awak sayang ...kan... "Kata amirul lagi "
"Emmmm.... Yelahh... Mana-mana... Awak kat mana dh sekarang ni? "Tanya Zulaikha.
"Saya dh dekat hati awak sekarang.... Ahaha... Tak delah... Saya dah dekat trafik light.... Kejap lagi saya sampai okay... "Kata Amirul.
"Ish awak ni"kata Zulaikha sambil tersenyum..." Ouhh... Kalau awak dah sampai nanti, jangan lupa call saya ye.. "Kata Zulaikha lagi.
"Okay sayang.... By the way.... Saya nak cakap... Saya sayang sangat kat awak tau.... Dan satu lagi... Kalau lah saya tak sempat sampai... "Kata-kata Amiru terus di potong oleh zulaikha.
"A.. Awak!!... Ape awak cakap ni... Kenape awak cakap macam tu.. Awak akan sampai lah... Inn Syaa Allah.. "Kata Zulaikha.
"Ahaha... Sorry sorry... Yelah... Saya tak cakap macam tu lagi... Okay lh saya nak drive dulu... Tak baik kalau main phone semasa tengah memandu."Kata Amirul.
"Yelahh... Baik baik memandu tu... Bye... Asalamualaikum.. "Kata Zulaikha.
"Wa'alaikum salam... "Jawab Amirul sambil meletak panggilannya.
Amirul meletakkan telefon bimbitnya di dalam laci keretanya, lalu dia melihat ke arah lampu isyarat telah bertukar menjadi warna hijau. Diapun mula memandu. Tiba-tiba, sebuah lari besar di pandu oleh seorang lelaki berjalan sangat pantas sampai tidak sempat untuk berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah. Tanpa menunggu lori besar itu terus melanggar kereta yang dipandu oleh Amirul.
"Aaaaaaaaaaaa!!!!!! "Jerit Amirul.
Booommmmm!!!!
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Zulaikha melihat handphone untuk melihat jam. Dengan perasaan yang bercampur baur yang datang pada Zulaikha.Zulaikha berjalan ke hulu ke hilir kerana tidak dapat duduk diam sahaja akibat perasaan yang risaunya yang setiap detik semakin bertambah.
"Heeyy Zulaikha.... Kenape pulak dengan kamu ni... Ke hulu ke hilir... Tak reti nak duduk diam"kata mak long Zulaikha.
"Heemmhp... Alah mak long... Ish.. Tak tau lah.. Kenape hati Zulaikha ni rasa macam ada yang tak kene..."rungut Zulaikha.
"Ape pulak kamu pikirkan ni sampai tak sedap hati ni... "Tanya mak long.
"Heemhp.. Ish... "Rungut Zulaikha lalu menarik tangan mak long nya lalu mereka berdua duduk di katil.
"Mak long.... Tadi Zulaikha cuma teringat kata-kata Mirul waktu die call Zulaikha tadi. "Terang Zulaikha kepada mak long."Lah!!... Apa yang mirul cakap dengan kamu sampai kamu susah hati sangat nihh? Tanya mak long kepada Zulaikha.
"Emmhp... Tadi dia cakap... "Tidak sempat Zulaikha menghabiskan percakapannya. Tiba-tiba seorang lelaki yang berusia 50-an datang kerumah mereka dan memberi salam dengan suara yang kuat.
"Asalamualaikum!!!! Asalamualaikum!!!.... "Kata lelaki tersebut.
Mak long dan Zulaikha bergegas keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu untuk melihat siapa yang datang .
"Waalaikumsalam!!..?Ouhh... Kamu Samat... Kenapa pulak dengan kamu ni... Kecoh kecoh... "Tanya Mak long kepada Pak Samat. (Pak Samat adalah pak ngah kepada Zulaikha.)
"Zulaikha.... Kalau pak ngah cakap kamu bawak bersabar yee.... "Kata pak Samat yang masih rasa sebersalah.
"Ehh... Ape pulak... Kenapa.... Kenapa ni pak ngah? "Kata Zulaikha kehairanan.
Dengan perasaan yang sebersalah pak Samat ingin mengucapkan kata-katanya.
"Amirul... "Kata pak samat dengan penuh hiba.
"Hah?... Ke.. Ke.. Kenapa dengan mirul pak ngah?? Tanya Zulaikha dengan perasaan risau yang semakin bertambah.
Pak Samat terus memeluk Zulaikha dan berbisik di telinganya.
"Amirul kemalangan dan cedera parah sangat sampai tak dapat di selamatkan"bisik pak Samat lalu melepaskan pelukannya.
"Mayat dia sekarang ada di hospital"kata pak Samat lagi.
Zulaikha terus terpaku dan secara tiba-tiba kaki Zulaikha lemah dan tidak mampu untuk berdiri. Air mata Zulaikha juga turut mula membasahi pipinya.
"Allah.... Allahuakbar!!!! Amirull!! "Kata Zulaikha sambil menangis teresak-esak.
To be continued in part 1 :):)
Macam mana prolog yang saya buat??.. Okay tak??? Kalau okay... Tunggu part 1 lebih dari okay :):)
Harap kamu semua suka dengan cerita niii:):)
YOU ARE READING
terkuncinya hatiku
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Zulaikha farhana yang cantik serta baik hati. Dahulu, Zulaikha pernah bertunang dengan seorang lelaki yang bernama Amirul. Zulaikha sangatlah mencintai lelaki tersebut tetapi hubungan mereka tidak sempa...