Hari terakhir peperiksaan, berjalan dengan lancar. Tetapi kenapa hati ini rasa tidak tenteram ehh. Macam ada je benda yang berlaku. Think positive, kau nak ambil exam.
6 jam sudah berlalu....
"Akhirnya!!" laung Aina.
"Alamak kau ni, macam dah habis SPM lak."
"Ala, hidup ni kena chill, babe. Walaupun belum habis SPM. Hahahaha."
"Chill chill gak. Result nanti camne" aku saja mengspoilkan mood Aina. Hahaha. Jahat tak??
"Kau ni kan,Sya. Bab nak deep kan orang, nombor satu." Aina mencebik.
Aku tertawa kecil."Hasya!! Pengetua panggil kau." panggil ketua kelasku.
Aku hanya mengangguk dan terus ke pejabat yang ditemani oleh Aina. Dalam fikiranku puas memikirkan apa yang telah aku buat sepanjang di sekolah. Setahu aku, harini exam. So, kelakuan aku terikat. Takkan kesalahanku meniru time exam. Sorry to say, aku bukan orang macam tu ehh.
Setibanya kami di depan bilik pengetua, terus aku mengetuk pintu tersebut dan membukanya lalu memberi salam.
"Ouh,Hasya,Aina pun ada. Silakan masuk." Pelawa pengetua.
Mukanya tampak serius plus kesedihan. Apa yang sedang berlaku ni. Asal mak sedaraku ada kat sini. Ehh, Mirul pun ada?? Apa yang sudah terjadi ni?
"Hasya, harap kamu boleh bertenang dengan apa yang saya mahu katakan ini." Kata pegetua.
Aku hanya mengangguk dan memegang erat tangan Aina yang berada di sebelahku.
"Saya nak bagitau bahawa... abang kamu kemalangan tengah hari tadi dan dia... meninggal dunia di tempat kejadian."
Aku terkejut tak terkira.
"Cik..cikgu..tipu..abang saya..hi..hidup lagi..." tergagap-gagap aku berkata.
"Betul, Hasya. Cikgu kamu tak tipu kamu." Kata mak sedaraku.
"Tak mungkin!! Pagi tadi dia okey je Hasya tengok. Dia siap hantar Hasya pergi sekolah lagi."
Aku terus berlari keluar dari bilik tersebut meninggalkan semua orang.
"Hasya!!!!" Panggil Aina. Aku tidak mengendahkannya. Aku lari dan lari sepuasnya.
"Biarkan dia lari. Biarkan dia tenang dulu, baru kita cari dia." Kata pengetua kepada Aina.
"Hasya..."
×××××××××××××××
Aku menangis sepuas-puasnya di belakang sekolah. Tak mungkin abang dah tak ada. Pagi tadi dia elok je. Gembira je macam selalu. Ya Allah, dugaan apa yang telah kau beri kepadaku ini. Abang, Hasya sayang abang. Kenapa abang pergi tinggalkan Hasya. Siapa nak ajar Hasya nanti. Siapa nak pujuk Hasya time Hasya sedih dan marah nanti. Abang, you're the only one that I have selain mummy. Jangan buat Hasya macam ni. Abang... Sorang-sorang pergi dari hidup Hasya, mula-mula daddy dan sekarang abang. Jangan buat Hasya camni.
Aku menangis tak terhingga. Apa yang perlu aku buat. Baru form 4, dah banyak dugaan aku perlu tempuhi. Tiba-tiba aku terdengar ada orang memanggil namaku.
"Hasya!! Hasya!! Mana kau..jawablah wei." Laung Aina.
"Jangan buat orang risau. Hasya!!"
Aku terus menuju ke arah suara tersebut. Nampak kelibat Aina terus aje aku memeluknya. Aku menangis dalam pelukannya.
"Sabar, Sya. Allah lagi sayangkan dia. Sabar, sabar." Aina menenangkanku.
"Jom..semua risaukan kau tu. Dorang semua kat pejabat tunggu kau."
Aku dengan tidak bermaya menuju ke pejabat bersama Aina.
×××××××××××××××
"Alhamdulillah..semuanya sudah selesai. Harap puan dan adik redha dengan pemergiaannya. Kasi dia tenang kat sana." Kata Pak Rasyid selaku imam di kawasan ini.
Aku terus menuju ke bilikku tanpa menghiraukan semua tetamu yang datang. Abang... kenapa buat Hasya macamni. Abang... tak sayang Hasya ke. Abang kata abang akan sentiasa dengan Hasya selama-lamanya. Abang...
Apa boleh buat, Allah lebih sayangkan abang. Mummy tentu lagi sedih dari aku. Tapi mummy seorang yang tabah. Bukan macam aku, lembik. Aku menangis lagi.
Aku terlena dalam tangisanku.
YOU ARE READING
Remember Me
Teen Fiction"You are the only one in my heart." "You are my first love." "You are my sunshine in this world." "I cannot live without you." "I'm sorry about it." -Wan "Yahh! You are such a liar!" -Hasya ---------------------------------- Aku budak nakal yang te...