5 tahun lepas ..
Semua pelajar berpusu pusu masuk kedalam dewan semasa sesi pendaftaran tingkatan 6 rendah .
Izyan masih lagi lalai dengan menonton perlawanan bola antara manchester menentang chelsea .
Tiba tiba Aleesya menyergah Izyan . Izyan tidak melatah kerana sudah biasa diterjah kawan baiknya itu .
"Kenapa kau ni ?" Soal Izyan selamba
"Ala kau ni . Aku nak buat kau melatah la. Apa lagi" balas Aleesya dengan muka sedikit monyok
"Ala ala kau ni . Jangan la kacau aku . Aku nak tengok perlawanan ni. Kau dah habis daftar ke ?" Izyan menekan button pause pada telefonnya
"Dah . Emm wey , kalau kita pindah sekolah nak ?" Aleesya kelihatan suram
"Kau kenapa ? Kan haritu aku dah tanya .. Kita nak masuk sekolah mana untuk tingkatan 6 ni . Kau ni jangan lah buat hal" Izyan sedikit bengang
"Hehehe . Takde lah. Jangan lah marah. Kau ni . Tutup lah handphone tu. Jom sembang dengan aku" Aleesya menarik tangan Izyan
Disebab kan mereka berdua sudah melapor diri mereka bercadang untuk melepak di kantin , memandangkan ramai lagi pelajar belum melapor diri .
Setibanya di kantin , Aleesya dan Izyan membeli sedikit kudap kudapan
"Kau dengan Firash still lagi ?" Soal Aleesya
"Ofc . aku sayang gila kat dia" Izyan tersenyum
"Kau yakin ke dia tak curang dengan kau ?" Aleesya semakin serious
"Maksud kau ?" Izyan menolak pinggan makan nya yang berisi keropok lekor itu
"2 hari lepas aku nampak Firash dengan sorang perempuan dekat kedai baju yang berjenama tu" Aleesya mencebik muka
"Ouh . Kakak ipar dia kot .. Dah la jangan negatif sangat" kata Izyan
Izyan memang seorang gadis yang tidak suka mengambil tahu hal orang . dia sendiri tidak suka apabila orang lain mengambil tahu pasal teman lelaki nya lebih daripada dirinya ..
"kau ni . jangan positive sangat . bila dah terluka nanti .." Aleesya menasihatkan Izyan
"Kalau dia nak tinggal kan aku .. takpe lah . tu cikgu kat belakang kau tu mesti jadi suami aku kalau Firash tu tinggalkan aku nanti" balas Izyan selamba
hahahahahahaha Izyan tertawa
"kau ni cakap tak fikir lah . cuba kalau nanti jadi doa . kau yang sakit" Aleesya menggelengkan kepalanya
Izyan terdiam ..
haah . bagaimana apa yang dilafazkan itu tadi menjadi doa ..
bagaimana dengan Firash . betul kah dia mempunyai gadis lain selain dari Izyan
Izyan terus mengunyah keropok lekor yang dicicah sos .
setelah sesi pendaftaran selesai ..
Izyan dan Aleesya berkumpul di dewan bersama pelajar pelajar lain
"baiklah . semua pelajar boleh berkumpul , lepas ni ada sesi ice breaking dan penetapan kelas" kata salah seorang guru disitu
setelah beberapa jam .
semua aktiviti telah tamat . mereka boleh pulang ke rumah .
Aleesya dan Izyan berjalan menuju ke arah kereta yang diparkir di luar sekolah
Pada ketika itu dia memandang salah sebuah motosikal yang berada di seberang jalan .
Dia terlihat Firash bersama dengan seorang gadis yang berambut panjang dan perang ..
YOU ARE READING
Sebulat Cinta Kita
RomanceIzyan Aufa seorang pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan STPM dan sedang menunggu keputusan untuk masuk ke Universiti . Wafiq Ziyan adalah seorang guru lelaki yang hampir mencecah umur 30 tahun dan digilai ramai pelajar perempuan terutama kawa...