" Adib, bangun. Siap2 awak kena pergi kerja harini. " kejut Nuraisha sambil duduk di hujung katil. Dia teringat akan pesanan Adib Faudzan yang tidak mahu dirinya disentuh oleh Nuraisha walau berlapik baju sekalipun .
" Dah pukul berapa ni?" tanya Adib sambil menenyeh matanya untuk menghilangkan rasa mengantuk. " 6:00 pagi. Adib suruh Aisha kejutkan awal pagi ni kan, sebab Adib ada meeting dengan klien dekat SetiaAlam jadinya Adib kena bangun aw " tak sempat hendak menghabiskan percakapan, ayatnya dipangkah Adib " aku tanya pukul berapa je kan, yang kau bercakap panjang lebar tu kenapa?! Pagi2 dah buat aku marah. Dah pergi keluar aku nak mandi." Kasar. Itulah halwa telinga untuk Nuraisha setiap kali ingin mengejutkan Adib bangun untuk pergi kerja.
"Ok baju kerja Adib Aisha dah siapkan, kat bilik menggosok. Aisha turun dulu ye," kata Aisha sambil berlalu menuju ke ruangan bawah. Itulah rutin harian Nuraisha. Tak pernah lalai dalam menyempurnakan nafkah zahir suaminya. Dia bangun seawal jam 5 pagi setiap hari untuk menyiapkan segala keperluan Adib dipagi hari.
"Nak sarapan ke nak Aisha siapkan bekal" kata Aisha saat figura Adib terlihat menuruni tangga dan terus berlalu ke pintu " dua-dua taknak. Ingat aku orang susah macam kau ke nak bawak bekal bagai" kecil hati Aisha mendengarkan ayat yang dituturkan oleh Adib. Ye memang dia orang susah. Sangat susah. Dahulu masa dikampung hendak makan ayam pun sebulan sekali. Itupun kalau dapat bekalan ayam, kalau tidak terpaksalah mereka makan nasi berlaukkan ulam2 yang ditanam sendiri dibelakang rumah.
Dalam tempoh 2 bulan mereka bernikah, hanya diminggu pertama pernikahan mereka Adib makan daripada hasil tangan Aisha. Katanya dia tidak mahu makan air tangan perempuan yang tidak tahu asal usulnya. Sepertiku.
FLASHBACK
"Tolong saya ya. Tolong selamatkan ibu saya. Saya akan kahwin dengan awak dan tanggung semua pembelanjaan awak dan anak awak. Saya janji. Tolong saya yer " . aku berasa kasihan melihat lelaki yang berada dihadapanku ini. Dia kelihatan sangat sedih bercampur takut akan kehilangan ibunya. Dia memintaku mendermakan buah pinggangku kepada ibunya yang kini kritikal akibat buah pinggangnya tidak dapat berfungsi lagi. Tapi sebagai syaratnya dia haruslah berkahwin denganku dan menanggung semua perbelanjaan aku dan Muhammad Ali, anakku. Ya. Aku ialah seorang ibu tunggal yang sanggup melakukan apa sahaja demi kesenangan hidup anakku, Ali meskipun harus mendermakan organ kepada orang yang tidak dikenali. Ali seorang anak dari hasil perbuatan keji ayah dan abang tiriku yang sanggup meragut kesucianku. Walaupun ayah dan abang tiriku sudah penjara, aku tetap akan ingat perbuatan keji mereka. Dan sekarang ini aku berusaha untuk meneruskan hidup walaupun aku tidak mempunyai harta selain Ali. Oleh itu aku sanggup melakukan apa sahaja untuk kesenangan Ali yang berusia baru 3 tahun.
END OF FLASHBACK
Lamunan Nuraisha tersentak apabila Adib menarik rambut panjangnya sedikit "kau berangan apa pagi2 ni haa, kau jangan berangan nak jadi mem besar dalam rumah ni. Aku nak kau kemas rumah hari ni sebab ibu nak datang petang nanti. Aku taknak rumah aku berselerak. Kalau aku dengar ibu mengadu rumah kotor ke bersepah ke siap kau. Faham?!!" Hanya anggukkan lemah yang mampu ku beri selepas mendengarkan bahawa ibu mertua akan datang kerumah.
Ibu. Manusia kedua selepas Adib yang seakan membenciku. Apa saja yang aku buat semuanya tidak kena. Katanya perempuan kotor seperti aku ini tidak layak dijadikan isteri. Layaknya aku ini hanya dijadikan orang gaji tanpa gaji. Maruahku dipijak begitu saja namun aku masih menghormatinya sebagai ibu mertuaku selepas mak yang hilang entah kemana.
YOU ARE READING
Noktah Cinta
RandomPerkahwinan tanpa cinta. Tidak juga kerana nafsu. Semuanya berdasarkan duit dan ketidaksanggupan seorang anak untuk kehilangan ibunya. "Tolong jangan harapkan apa-apa dari aku. Aku bukan suami dalam dunia fantasi kau" - Adib Faudzan "Saya dah tiad...