"Assalamuaikum Aisha oh Aisha" jeritan ibu kedengaran dari pintu utama rumah kami. "Ye mak kejap" jeritku semula sambil berlari dari dapur. "Kau ni pekak ke ape haa? Nak kena aku jerit melolong baru nak bukak pintu. Dah tau aku nak datang tu takpayah la kunci2 pintu bagai. Takde siapa la nak culik perempuan bodoh macam kau, bukan dapat apa pun" Jerkah ibu setelah memasuki rumah. "Maaf ibu. Adib yang suruh kunci pintu. Maaf ye. Mak duduk dulu Aisha buatkan air".
Itulah ibu mertuaku. Ibu kandung kepada adib. Wanita yang tidak pernah sukakan ku. Baginya perkahwinan Adib denganku akan mendatangkan suwe dalam keluarganya. Andainya dia tahu pengorbanan ku mempetaruhkan nyawa demi menyelamatkannya. Hm aku tak boleh mengungkit. Ianya win-win situation. Itu bahagiannya dan aku sendiri telah mendapat bahagianku iaitu berkahwin dengan Adib Faudzan. Itu janji Adib kepadaku. Katanya dia akan menyara hidupku jika aku sanggup membantunya. Dan aku bersetuju. Mungkin kerana kasihan melihat seorang anak yang tak sanggup kehilangan ibu. Aku setuju.
"Menung apa lagi?! Kau ni memang bodoh kan. Buat air pun lembab. Aku haus tau tak!!" Jerkah ibu dibelakang ku. "Maaf ibu, ni air dah siap". Tak cukup dengan perangai dingin Adib, kelakuan ibu juga sedikit sebanyak mempengaruhi emosiku. Apa yang mampu aku lakukan, SABAR.
....
"Ibu pelik betullah dengan kamu ni Dib, apa yang kamu pandang sangat entah pada perempuan tu. Dah lah tak cantik mana kalau nak dibandingkan Syirah tu. Dahlah cantik, berduit." dengus Puan Salimah di pagi hari.
"Adib bukan apa ibu, buat masa sekarang takde sebab untuk Adib ceraikan dia. Lagipun ibu bukannya taktau proses penceraian itu macam mana. Leceh". Bila bercakap berkaitan cerai terus Adib terbayangkan dirinya yang akan turun naik mahkamah, mendengar kaunseling lagi. Huh lecehnya.
"Kalau macam tu apa susah, kamu kahwin je 1 lagi. Kamu tu mampu Dib, nak tunggu hak tengah membongkang kat atas tu beranak entah sampai bila"
Tanpa mereka sedar, ada sepasang telinga yang dapat menangkap perbualan yang menyebabkan hati Nuraisha terluka."Adib nak kahwin lain?"
....
"Kau ni bodoh tau tak?! Patutlah mak ayah kau tinggalkan kau sebab kau ni anak yang menyusahkan. Kau dah cukup menyusahkan mak bapak kau sekarang kau nak susahkan aku pulak?!" Marah sungguh Adib padaku ketika ini. Aku dimarahi hanya sebab terjatuhkan dulang berisi air kopi untuk sarapan kami berdua.
Nasib baik sahaja ibu sudah pulang ke rumahnya. Kalau tidak, malu aku jika ibu melihat aku dimarahi sebegitu rupa.
"Maaf Adib, tangan Aisha licin. Aisha takl sengaja". balas Aisha sambil mengutip serpihan kaca yang bertaburan. "Pagi-pagi dah buat aku hilang mood. Nak tunggu kau buat air baru lagi, dah lah aku sarapan kat office jelah". Tak sempat aku menahannya, Adib dengan pantas berlalu ke keretanya dan mula bergerak ke office. Aisha mengeluh. Sampai bila keadaan akan terus begini. Sampai dirinya bertemu Illahi?
..."Aunty dah bincang ke dengan Adib pasal apa yang kita borakkan semalam?". Terus Puan Salimah terimbau perbincangan mereka tentang rancangan untuk menjadikan Syirah isteri kedua Adib. Bukannya Puan Salimah tidak mencuba tetapi kelihatan Adib seperti berat hati untuk menduakan Nuraisha apatah lagi untuk menceraikan perempuan sundal itu. Apa entah yang dilakukan oleh pada perempuan itu sehinggakan Adib berbuat tak endah atas permintaannya untuk mengahwini Syirah. Syirah ni pun satu hal, tidak boleh bersabar. Apa dia ingat Adib itu budak- budak kecil yang akan buat apa yang disuruh setelah diberi gula-gula? Merepek. Kadang tu naik muak juga Puan Salimah melayan kerenah Syirah yang seperti kanak-kanak yang akan mengamuk jika kehendaknya tidak dituruti. "Aunty, oh aunty Sally. Are you here?". Petikan jari Syirah menyentak lamunan Puan Salimah yang sedang mengelamun jauh. " Haa iye Syirah, aunty dah bercakap dengan Adib dan dia cakap dia akan fikirkan semula. Katanya dia jugak sukakan Syirah sudah lama. Jadi apa salahnya untuk memperisterikan Syirah kan?". tambah Puan Salimah seolah-olah ingin menyakinkan Syirah bahawa Adib juga sukakannya. Padahal perasaan Adib adalah sebaliknya. Adib pernah memberitahu yang dia sayangkan Syirah tak lebih daripada sayangnya seorang abang kepada adiknya. Tak pernah lebih dan takkan lebih dari itu. "Hm tak sabar rasanya nak duduk atas pelamin dengan lelaki idaman Syirah. Mesti kitorang nampak sesuai je kan? Tak macam isteri dia yang buruk kat rumah tu. Rupa tak ada apatah lagi harta. Kerja meyusahkan Adib je" rungut Syirah sambil membuat memek muka menyampah seolah-olah Nuraisha pernah berbuat jahat kepadanya. Entah apa yang didengkikan sangat pun tidak tahu.
...
Hi. Ini ialah hasil kerja saya yang pertama. Jadi ianya macam agak messy tapi inshaallah akan ada improvement untuk chapter akan datang. Selamat membaca.
YOU ARE READING
Noktah Cinta
RandomPerkahwinan tanpa cinta. Tidak juga kerana nafsu. Semuanya berdasarkan duit dan ketidaksanggupan seorang anak untuk kehilangan ibunya. "Tolong jangan harapkan apa-apa dari aku. Aku bukan suami dalam dunia fantasi kau" - Adib Faudzan "Saya dah tiad...