Cik Kaunselor

561 17 1
                                    


"Tak! Cik tak akan faham! " Nazri membangkang sekeras-kerasnya. Hatinya yang sakit menjadi semakin sakit walaupun cuba ditenangkan oleh Cik Afrina , kaunselornya.

Segala sumpah seranah bertahmid di dalam hati. Menyesal sungguh dia bersetuju dengan cadangan keluarganya. Baginya, jumpa kaunselor ataupun tidak, sama sahaja. Tunangnya tetap tak akan hidup balik.

Kenapalah keluarga aku berkeras sangat suruh aku jumpa kaunselor. Perempuan ni bukan faham pun maksud kehilangan.

" Encik sabar, ini semua dugaan Allah. Apabila kita diuji, itu maksudnya Allah sayangkan kita. "

" Cik cakap senanglah. Tunang saya yang mati bukan tunang cik! Cuba Cik fikir kalau Cik ada kat tempat saya! "

Aku lihat dia beristigfar perlahan. Cuba mengekalkan ketenangan dalam diri apabila berhadapan dengan orang macam aku. Heh. Padan muka. Nak sangat jadi kaunselor!

" Cuba Encik pula fikir, rasa-rasaya.. Dia gembira atau tak kalau tengok keadaan Encik sekarang. " tanya Cik Kaunselor.

Aku diam. Terfikir seketika. Kalau arwah tunang aku nampak aku macam ni.. Dia gembira atau tak?!?.... Mana aku tahu! Huh.

" Dah lah. Cik ni buang masa saya sahaja.   " Aku bangun dan keluar dari bilik khas tersebut. Pintu dihempas kuat. Jangan harap aku akan datang sini lagi! Paksalah macam mana sekalipun!

Tak ada siapa yang akan faham. Dia ingat senang ke berdepan dengan berita kematian orang yang dicintai?

Lagi beberapa bulan sahaja kami akan melansungkan perkahwinan, tapi dia.. Dia pergi tinggalkan aku.

Pertengahan bulan lepas, bas yang dinaiki tunang aku telah terlibat dalam kemalangan. Bas merempuh kereta. Ramai jugalah yang terkorban. Termasuklah dia, tunang aku.

Selepas kehilangan dia, aku jadi hilang arah. Tak tentu hala. Lansung tak nampak sebarang cahaya dalam hidup. Itu yang sampai kena paksa jumpa kaunselor.

Tapi tengok sekarang! Sama je keadaan aku! Tak ada beza pun kalau aku jumpa kaunselor ataupun tidak.

Aku tak tahu apa dosa aku sampai Tuhan hukum aku seberat ini! Semua orang tak faham aku! Semua orang!!

<><><><><><><><>

Beberapa hari kemudian...

"Aminnn.... " Kedua-dua tapak tangan menyapu muka. Kubur yang baru disirami air dan ditaburi bunga aku tenung.

Kalaulah awak ada lagi, mesti kita sedang bergembira sekarang. Aku tersenyum paksa. Air mata yang mengalir dikesat dengan telapak tangan.

Guruh berdentum. Hurm.. Nampak macam dah nak hujan. Nak tak nak terpaksalah aku balik.

Seluar ditepuk-tepuk untuk menghilangkan habuk. Sayang, saya pergi dulu. Aku tersenyum ke arah kubur tersebut buat kali terakhir sebelum berjalan pergi.

Dari jauh aku lihat, ada satu susuk tubuh sedang duduk bercangkung di hadapan sebuah kubur. Wajahnya ditutup menggunakan telapak tangan. Aku melihat langit. Dah nak hujan ni, tak akanlah dia tak nak balik.

Aku mendekatinya perlahan-lahan. "Cik..?"

Tiada saluting . Aduh, guruh dah berdentang-dentung ni.

"Cik.. "

Panggilan yang kedua turut dibawa angin. Dia ni.. Tidur ke apa? Ke dah.... Innalillah.

" Cik! " Aku terpaksa menggerakkan bahunya. Bahunya terhinjut. Ouhh, hidup lagi.

Cik, KAUNSELOR!Where stories live. Discover now