N

12 0 0
                                    

Assalammualaikum, Bismillah ..

     Hari ni aku rasa takkuat sangat untuk tahan apa aku rasa sekarang. Okey aku nak cerita pasal orang yang paling istimewa dalam hidup aku. Bukan istimewa cacat eh,tapi perangai dia cacat.. hehehehehe

              Aku ade ramai kawan, kawan baik, kawan rapat dan betfriends. Semua aku rasa berbeza. Kawan baik, dia baiklah kan.. Kawan rapat dia rapat dengan aku happykn aku,ketawakan aku,kutuk aku dan buat semua benda yang aku taksuka dan suka. Tapi membahagiakan. Dan dengar kisah pahit manis hidup aku. BESTFRIEND pulak lain, memang aku anggap yang paling special antara yg special, dan Alhamdulillah, sampai hari ni aku hanya ada dua orang kawan baik yang aku takut diorang hilang. Si J dan Si H .. si J tu, biase2 sahaja, tak setaraf lagi dengan si H ni.


okey hari ni, aku nak cerita pasal Si H ni, kau nak tahu,antara gaduh dengan pakwe dengan gaduh dengan bestfriend, lagi sakit, lagi sedih, lagi kecewa gaduh dengan Bestfriend weyh. Sumpah aku tak tipu!
            
Weyh, kau nak tahu tak... aku sayang gila dekat si H ni.. sayang sangat2 tapi aku rasa tak layak nak bagitahu dia, nak cakap dekat dia. Memang aku rasa aku taklayak.Sebab aku takut, dia kata aku penipu, dan aku tahu dia takkan percaya tu. Tapi percayalah, aku memang sayang dia.

Aku taktahulah,walaupun aku ade 30+ kawan yang boleh buat aku gelak, ketawa, beza dengan dia sorang yang buat aku gelak, ketawa. Dan lain sangat, dengan kalau aku gelak tanpa dia. Dia pandai, dia bijak, lagi lagi math atau addmath, dia selalu tolong aku.. Alhamdulillah hihihiii .. terima kasih H ! Aku taktahu macam mana nak bagitahu dia, yang aku sayang dia dan perlukan dia.

Tapi,
sejak akhir ni,.aku rasa dia berubah. Kalau nk kata sebab dia dah suka suka sangat dengan KPOP sangat, dulu pon dia pernah suka suka sangat dengan KPOP..tapi masih sama je. Emmmm ... entahlah. Tu aku takkesah sangat :)

Ade yang paling sangat kecewa,
aku nampak dia berbisik dengan ade sorang budak kelas sebelah ni namanya si A, hati aku waktu nengok tu, Ya ALLAH apalah diorang bisikkan. (Sampai hari ni aku taktahu) tapi sumpah, dia buat aku rasa macam aku dah bukan terbaik untuk dia, ye lah aku tahu, budak tu kan kawan dia dari kecik, takpe:') .. tapi dah banyak kali aku nengok dia bisik dengan si A tu, bercerita ketawa di depan aku. Aku nampak, aku nengok, aku rasa, kecewa! sedih! cukup menyedihkan! Buat aku rasa bukan apa apa lagi untuk dia, ye takpe aku terima. :'))

Tapi sesungguhnya, sumpah aku cemburu! H,andai kau tahu apa isi hati aku, itulah perkara yang aku syukurkan. Aku bukan jenis suka meluahkan, aku takreti nak cakap perasaan sebenar aku pada orang..

Aku rindu kau, aku minta maaf andai kau kata aku ego, bukan aku ego,aku cuma taktahu macam mana nak memujuk. Dalam hati dan fikiran aku hanya kau yang memenuhi. Maafkan aku buat kali keberapa aku mohon maaf aku pon taktahu. Tapi sayang hanya dalam hati pohonan aku ini (n_n) .... aku sayang kau sahabat ! yang tulus ikhlas, wawa .. dari hati

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 14, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rasa Saat inWhere stories live. Discover now