Asy dengan Fira boleh dianggap sebagai couple hampir sebulan. Sekarang dah bulan 6 ada lagi 5 bulan sebelum spm bermula.
" Firaaaaaaa nak dengar cerita tak " Nadia yang muncul entah dari mana menerpa ke arah Fira.
" ish kau ni. dah lah tak bagi salam main terjah aje " rungut Fira
" hehe sorrylah. ada berita panas ni!!! "
" apa dia " teruja pulak si Fira bila dengar si Nadia cakap begitu.
" ada budak perempuan baru. budak tingkatan 4. serius aku cakap memang la sihhh satu kelas dengan pakwe kau tu si Asy. " Nadia dah teruja sangat sebabnya dia baru saja terserempak budak baru tu
" ouh ...." Fira terus senyap apabila Nadia berkata begitu. hatinya jadi was-was dan takut. Cikgu Syahiza telah masuk ke kelas tetapi Fira langsung tidak dapat menumpukan perhatian.
waktu balik
" Asy ....." baru sahaja Fira teruja mahu menegur Asy tetapi dia melihat Asy begitu mesra dengan seorang budak perempuan
hmm mungkin tu kot budak baru tu ...lawa juga ...dah kurus comel tak macam aku gemuk tak comel langsung hmm..
hati Fira bertambah remuk apabila melihat budak perempuan tersebut dengan selambanya memeluk Asy dan Asy pula tidak ambil kisah langsung dengan perbuatan perempuan itu.
fine kau ingat kau sorang je boleh buat aku tak boleh?!
Fira laju berjalan ke arah motorsikalnya. Fira perasan Asy memandangnya tetapi Asy bukan hendak menegurnya malah buat-buat tak nampak pula tu.
Fira membawa motor dengan sangat laju sampai sahaja di rumah Fira terus mandi dan menyalin baju untuk pergi melepaskan stress nya.
" Fira ...nak pergi ke mana tu? " mak Fira bertanya. risau apabila melihat personaliti anaknya itu tiba-tiba berubah.
lebih kurang macam ni Fira pakai tapi Fira pakai tudung okayyy
" Takde apa mak ..Fira nak keluar ya mak. Fira bawak motor arwah ayah ya mak " Fira cuba mengukir senyuman tetapi gagal apabila Fira merasakan air matanya mahu mengalir.
" Hati-hati sayang. jangan ikut sangat perasaan takut nanti membahayakan mental " mak Fira hanya senyum dan mencium dahi anaknya itu.
Fira keluar dari rumah dan membawa motor kawasaki hitam merah milik arwah ayahnya. Fira membawa diri ke tasik untuk menenangkan diri tetapi tak sangka ada kejutan di sana yang membuatkan hatinya sakit sekali lagi.
how dare you Asy do this to me. kau sama macam semua lelaki. dasar playboy!!!!!
Asy sedang bergelak ketawa dengan budak baru di sekolah tadi sambil makan aiskrim dan siap bercuit-cuit bagai. Fira terus berlalu pergi dari tasik itu.
Asy menoleh dan terlihat Fira. terkejut juga bila dia lihat Fira membawa motor besar. tetapi Asy hanya mengambil kisah tentang budak baru yang sangat cantik yang berada di sebelahnya sekarang.
tbc 💕
YOU ARE READING
Semuanya Tentang Kau
Short Story"Wei kau okay tak" punyalah cemas aku bila van sekolah yang aku naik langgar budak pergh ...aku tak nak masuk penjara wei ...aku baru nak SPM tahun ni "Ha? Saya okay je" perempuan ni macam aku kenal tapi ...entahlah -Syafira teringat kisah...