BAB 1

262 13 7
                                    

''Crush adalah cinta yang dirahsiakan untuk seseorang dengan harapan dia akan menyedarinya. Istilah crush wujud disebabkan sembilan puluh lapan peratus orang yang kita minat itu tidak mengetahui perasaan minat kita terhadapnya yang kita simpan didalam hati.'' kata seorang lelaki yang merupakan pelajar sekolah menengah.

''Ouh, baru aku faham'' Aku mengangguk-angguk, tanda faham. Kagum benar diriku apabila mendengar definisi crush daripada Shaz.

''Kenapa kau nak tahu maksud crush? Kau suka aku eh?'' usik Shaz

''Hello Mr.Shafiq Rizuan a.k.a Shaz poyo. Kau kata sembilan puluh lapan peratus orang yang kita minat tidak mengetahuikan. Jadi bermakna bukan kaulah'' jawab aku sambil mengerakkan mata sembilan puluh darjah.

''Habistu? Siapa?'' soal Shaz dengan wajah ingin tahu.

''Crushkan, cinta yang dirahsiakan'' sindir diriku dengan senyuman.

''Kau suka senior tingkatan lima itukan'' usik Shaz lagi sambil bergegas ke kantin sekolah.

''Tak guna Shaz'' omel aku didalam hati. Aku tersengih sinis apabila terdengar perkataan senior tingkatan lima itu. Tiada apa yang bermain dalam fikiranku sewaktu itu selain, pengarang jantung hatiku iaitu Senior tingkatan lima itu!

Puteri Eryna binti Yusuf, atau nama panggilanku, Eryna. Aku seorang gadis berusia 16 tahun. Aku merupakan anak bongsu atau anak kedua pasangan ibubapaku iaitu Encik Yusuf dan Puan Anisa. Sejak kecil lagi aku berkawan rapat dan berjiran dengan Shafiq Rizuan atau nama panggilanya Shaz. Shaz merupakan anak tunggal pasangan Dr.Hafiz dan Puan Amira.

Waktu rehat di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting meriah dengan suasana bising para pelajarnya yang sedang berbual sambil menjamu selera. Kantin sekolah seakan-akan menjadi sebuah kenduri dengan suara para pelajar lelaki mahupun perempuan yang muncul segenap sudup. Mereka semua berkumpul di kantin sekolah bagi berkongsi cerita dan menjamu juadah makan tengah hari.

''Shaz!''

''Oh,mak kau!'' Terkejut Shaz apabila disergah sebegitu rupa oleh diriku.

''Sampai hati kau tinggalkan gadis comel ini sorang-sorang dalam kelas'' sapa aku dengan nada sedikit manja.

''Er, aku bergegas pergi beli nasi lemak supreme lah. Nah! untuk kau. Aku tahu feveret kau nasi lemak supreme.'' ujar Shaz sambil menghulurkan sebungkus nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang kepada diriku

''Awwww so sweetlah kau Shaz. Thanks Shaz.'' Aku berterima kasih kepada Shaz kerana membelikan nasi lemak kegemaranku.

''Mestilah, aku kan bakal suami kau. Kenalah tahu feveret wife dia'' usik Shaz sambil menyudahkan suapan nasi lemak yang terakhir ke dalam mulutnya.

''Mengada-ngada ah kau!'' Satu tumbukan wanita hinggap pada bahu Shaz.

''Aduh, sakitlah!'' Shaz mengaduh kesakitan sambil mengusap-usap bahunya.

''Itulah, main-main lagi dengan aku. Akukan ahli silat sekolah'' gesa diriku yang merupakan ahli silat sekolah walaupun jarang datang ke gelanggang silat untuk menyetai aktiviti persilatan.

''Er, setakat ahli buat apa kalau selalu ponteng'' ujar Shaz. Dia tahu benar sikap diriku yang malas menghadiri aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah.

''Nak kena satu tumbukan lagi?'' soal aku kepada Shaz.

''Terima kasih je lah! Simpan je penumbuk kau tu. Daaa.'' jawab Shaz sambil meninggalkan aku yang belum habis menjamu nasi lemak supreme.

''Shaz! Kau tinggalkan aku lagi. Siap kau nanti!'' Jerit hatiku dengan perasaan geram terhadap Shaz yang meninggalkan aku keseorang di kantin sekolah.

Kau Crush AkuWhere stories live. Discover now