BAB 2

138 8 5
                                    

Kelepuk!

''Tidak pernah tengok orangkah?''

Aku tersentak dengan tamparan buku yang singgah dibahuku. Terasa begitu perit. Segera aku berpaling.

''Seronok dapat melihat dia?'' soal Shaz

''Suka benar aku tengok muka dia tu. Kacak dan tampan.'' luahku

''Er, tapi wajah kau bila termenung sambil mulut teropong tadi nampak hodoh.'' kutuk Shaz tanpa berselindung.

Pandanganku tidak berganjak daripada seraut wajah itu tanpa dia sedari biarpun dari jauh. Langsung tidak terganggu dengan kutukan yang singgah ditelingaku sebentar tadi. Sungguh perlian sedemikian tidak berbekas dihatiku.

Hatiku terpaut pada ketampanan Amirul Rayyan iaitu pelajar tingkatan lima. Kebetulan pula dia adalah ketua pengawas perpustakaan yang menjadi penyuntik semangat aku ingin membaca dan datang ke perpustakaan apabila waktu rehat. Aku tersenyum sendiri. Alangkah bahagia sekiranya dia datang kepada diriku untuk berbual-bual. Tidak perlu aku memendam rindu bagi menantap seraut wajah kacak itu.

''Jom balik kelas!'' suara Shaz memecah kesepian.

Aku melirik jam tanganku. Masih awal. Kemudian padanganku beralih semula pada sudut tempat Amirul Rayyan duduk.

''Aku mahu lepak dekat sini sekejap. Kau baliklah dahulu Shaz.'' arah aku kepada Shaz.

Shaz masih tidak berganjak dari tempat duduknya di hadapanku. Dia begitu setia menemaniku tanpa dipinta.

Shaz tersengih menantapku. ''Baik kau pandang aku je. Mengapa kau tidak boleh jatuh cinta kepada aku sedangkan aku tidak jauh beza dengan Amirul Rayyan? Kalau kau tengok betul-betul, aku lebih kacak daripadanya. Tengok sepasang mata yang tajam dan bulu mata yang melentik ini. Ramai pelajar perempuan disekolah ini tergoda dengan mata aku ini, tahu.'' ujar Shaz mempromosikan dirinya.

''Ewwwwww.'' balas diriku. Aku tertawa besar mendengar kata-kata Shaz. Pandai pula dia melawak. Tapi Shaz apa kurangnya. Dia juga mempunyai wajah yang kacak. Kadang-kadang aku juga suka memandang wajahnya. Namun hatiku tiada untuknya. Aku dengan Shaz adalah persahabatan yang suci murni.

''Kalaulah si Amirul Rayyan itu minat kau. Apa kau akan buat?'' soal Shaz lebih jauh.

''Mungkin aku akan diserang oleh peminat-peminatnya dan menjadi orang paling famous dekat sekolah.'' ujar aku sambil ketawa bersama Shaz.

''Kau rasa dia sudah ada girlfriend?'' soal Shaz yang membuat aku terdiam seketika.

Tidak pernah pula soala itu terlintas dalam fikiranku. Walaupun aku begitu kemaruk minat Amirul Rayyan, tidak pernah pula aku terfikir dia sudah berpunya atau belum. Apa yang aku tahu, aku minat dekat dia. Cinta yang berputik diam. Cinta yang tidak mengharapkan balasan, tetapi sudah cukup membahagiakan hatiku. Mencintainya tidak bermakna memilikinya. Tidak semua pasangan kekasih bersatu dalam cinta mereka. Berfalsafah pula aku! Sejak gila pada Amirul Rayyan ini pandai pula aku berpuitis.

''Kalau ada, aku akan sailang.'' balasku berbaur gurauan.

Aku dan Shaz ketawa. Perasaanku terhadap Amirul Rayyan sudah jelas dan pasti. Malah Shaz dan Nisa juga mengetahuinya. Harap-harap semua ini biarlah menjadi rahsia antara kami bertiga. Perasaanku terhadap Amirul Rayyan cukuplah sekadar menjadi kisah indah dalam hidupku ketika usia remaja kian berganjak. Cinta monyet yang indah untuk aku kenang suatu hari nanti. Ataupun menjadi cinta azali, andaikan ditakdirkan Amirul Rayyan sudi menyambut huluran cinta suciku ini. Amin. Aku tersenyum sendiri.

''Eleh, kalau kita berdua menjadi pasangan kekasih barulah sweet.'' tambah Shaz lagi.

''Er...'' jawab aku sambil sepasang mataku melihat terlantah pujaan hatiku yang sedang berbual-bual dengan rakannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Crush AkuWhere stories live. Discover now