AY'RYN (2)

433 28 16
                                    

Hiluuu!! Sorry lah author lambat update. Bukan apa, apa yang author type ade dekat laptop cuma author malas nak type balik kt handphone. Malas sedang melanda

-------------------L   ❤   V   E---------------------

"So grandpa. What do we do here?" Tanya Airyn. Grandpa berdeham. "Grandpa nak korang berdua tolong pantau sekolah ni macam dulu, tetapi kali ini lebih menarik, korang ada hak untuk memberi apa sahaja hukuman kepada orang yang berbuat salah disekolah" jawab Grandpa ceria. "WHAT?! SERIOUS KE GRANDPA?!!!" jeritku kuat.

Seketika itu aku menutup mulutku menggunakan telapak tangan kanan ku. Sekarang ini kitaorang berada dalam pejabat Grandpa untuk berbincang mengenai kesalahan-kesalahan sekolah.

Grandpa tersenyum "Ya, seronok tak?" Aku dan Airyn mengganguk laju. "Thank you Grandpa! This is even more better than birthday gifts" kata Airyn teruja. Aku mengganguk.

"So you can start your work now. Korang tak payah belajar sebab dekat german dah banyak belajar kan?" Soalnya "ya grandpa, memang banyak, 26 subjek kesemuanya" jawab Airyn.

"Btw korang lebih berkuasa berbanding ketua pengawas tau, As i say korang ada hak untuk memberi hukuman kepada si pesalah tak kira dia pengawas ke ketua pengawas ke cikgu ke, korang memang layak untuk beri hukuman kecil mahupun hukuman besar" Sambung nya.

Aku dan Airyn melopong. "Walaupun cikgu?" Tanyaku tak percaya. Gile kot. Ni macam raja dah ni!

"Ye seorang je korang tak boleh beri hukuman" ucap grandpa serious. Aik tadi ceria no serious pulak dah?

"Siapa?" Tanyaku dan Airyn tidak sabar. "Grandpa lah HAHAHAHA" gelaknya kuat. "Hahaha" ajuk Airyn geram. Aku menahan ketawa. "So you can go now, bilik korang sebelah bangunan ni je" ujar Grandpa.

"Serius ke grandpa? Kitaorang ada bilik? Airyn ni lah masa kita untuk membalas dendam!" Kataku teruja. Airyn melompat-lompat. "Oh my aku tak sabar" ucap Airyn ceria. "Make sure pantau dengan cermat okay? Dah pergi keluar!" Halau grandpa. Aku mencebikkan bibirku.

"Bye grandpa" ucap Airyn. Setelah kitaorang keluar dari pejabatnya. Kitaorang disapa oleh gangster sekolah yang memang perasan gangster. Helo cermin diri kau tu! Aku lagi berkuasa ok?

"Budak baru eh?" Tanya lelaki berambut pacak. "Tak, dah lama" jawabku dingin. "Dah berapa lamanya?" Tanya perempuan disebelah lelaki berambut pacak tersebut. Uishh rambut macam hantu kak limah je. Tak sikat ke rambut tu kak? "Sebelum korang wujud kat sekolah ni lagi" jawab Airyn sinis.

"Wow aku speechless, siapa korang?" Tanya lelaki yang tinggi dan berambut seperti lelaki biasa. Ada style sedikit pada rambutnya. "AY'RYN" jawab aku dan Airyn serentak. Perempuan yang berambut macam hantu kak limah tersentak. Dia membisikkan sesuatu pada telinga lelaki tinggi tersebut.

Aku syak dia ketua ketua grup gangstet ni. Puihh macam la aku tak dengar apa yang perempuan tu cakap. Dah lah suara besar. Tertelan speaker agaknya. Ni namanya bercakap bukan berbisik. Bodo punya gangster tak cukup umur.

"So koranglah AY'RYN yang perasan nak mati tu?" Tanya ketua gangster tersebut.

Aku tersenyum sinis. "Aku nak tanya. Kitaorang ke kau yang perasan bagus ni? Cermin diri kau sikit eh. Kalau kau nak cuba cari gado ngan aku. Game on! Aku tak kesah la wey. Yang aku tau korang memang akan kalah sebab korang tak tahu lagi kitaorang ni siapa" kataku sinis.

Airyn menghadiahkan ketua gangster tersebut dengan senyuman yang mengerikan. Ketua gangster tersebut tertawa sinis. "Garang nya! Mampu ke korang berdua lawan kitaorang? Setakat lawan cakap. Nenek aku pon boleh" ujarnya dengan muka bangga yang tak terkata.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AY'RYNWhere stories live. Discover now