Aku melangkah masuk ke Artsic Highchool. Mata ku melihat sekeliling. Hmm pelik.
Biasanya akan ada pelajar perempuan terjerit jerit nama aku. Tapi harini tak de. Aku mengangkat bahu.
Hmm lantaklah. Amanlah aku harini.
Kaki aku laju menuju ke arah kelas.
Tok! Tok! Tok
" Assalamualaikum "
Tiada seorang pun yang menjawab salam aku. Aku lihat semua pelajar di dalam kelas sibuk menelaah. Aku menggeleng kepala melihat gelagat rakan sekelas ku.
Kot yer pun jawablah salam aku. Aku masuk ke dalam kelas dan menuju ke tempat duduk ku di tepi tingkap. Well tempat favourite aku tu.
Seusai sahaja aku meletakkan beg sekolah di kerusi terus aku duduk. Mataku merenung ke luar tingkap melihat keindahan ciptaan tuhan.
Seketika kemudian guru mata pelajaran Mat, puan zila memasuki kelas dengan tergesa-gesa.
" Assalamualaikum guys sorry lambat" ucap guru itu seraya meminta maaf atas kelewatannya.
" Waalaikumussalam. Kami maafkan" jawab keseluruhan kelas itu.
Aku ketawa kecil melihat gelagat mereka.
" Hmm baiklah. Sekarang saya nak ketua kelas hadir kehadapan sila beri saya kehadiran murid harini"
Ketua kelas angguk kepala. Bingkas dia bangun dari duduknya dan bergerak kehadapan.
Ketua kelas menghulurkan kertas kehadiran murid kepada puan zila. Dia menyambut huluran itu dan melihat semua nama yang pelajar yang hadir." Hmm jadi yang tak hadir harini Danish sorang je ke"
" Yerp"
Telinga aku yang dapat menangkap bicara puan Zila dan ketua kelas tercengang. Srsly aku kat sini takkan tak nampak kot!
Aku cuba untuk memberi tahu tentang kehadiran ku tetapi terhalang akibat puan Zila mendapat satu panggilan.
Cis! tak sempat. Lantaklah.
Dan terus aku menuju ke meja ketua kelas. Arif.
" Arif asal kau cakap aku tak datang harini" ujar ku marah.
Tetapi tiada balasan dari Arif. Eh! mamat ni tak pernah pun buat aku macam ni.
Dia pandang aku pun tidak. Aku mencuba sekali lagi.
" Arif kau dengar tak cakap aku"
Langsung tiada respon. Hish! ni yang buat aku bengang ni.
" Apa masalah kau ni Rif. Aku cakap dengan kau jawablah"
Dia mendongak memandang ku. Aku dah tersenyum gembira bila dia memandang ku.
" Amir kau nak apa?"
Aku like srsly. Aku Danish la. Aku memandang kebelakang kelihatan Amir memandang Arif pelik.
" Masa lak aku panggil aku kau gila?"
"Abis tu yang cakap dengan aku tu sape."
Aku tercengang. Tanganku hayunkan dihadapan muka Arif.
Dia tidak menepis langsung tangan aku. Pelik.
Saat tu baru aku sedar.Tiada sorang pun boleh melihat aku. Pada mulanya aku fikir aku ni ada kuasa invisible. Hahaha.
Tapi beberapa minit kemudian puan Zila memasuki kekelas dengan muka yang penuh kerisauan.
" Guys, Cg baru dapat panggilan dari ibu bapa danish......" mereka menunggu guru itu menyambung kata-katanya.
" Mereka beritahu Danish kemalangan dan koma "
Seisi kelas terkejut dengan berita tu termasuk sekali aku.
" T-Tak mungkin."
YOU ARE READING
Dia
Short StoryStart: 21/11/2017 End:??? " give my phone back! " " Nope, kalau nak kejarla " Dhia mendengus geram. Dan bermulalah sesi kejar mengejar. " Cis, dia tu hantu boleh terbang lain la aku manusia. Tak aci betul!" " Aci kat india. Hahaha " Kebetulan ada...