Aku baring di atas kasurku dengan harapan yang tinggi untuk mengambil keputusan ujian akhir tahun ini pada esok hari.
Semasa ku sudah lena, aku mimpi yang sungguh indah dimana aku menjadi seorang puteri raja dan mempunyai sayap! Dalam mimpi ku itu juga pemandangannya cantik sekali, bagaikan lukisan yang pernah kulihat di galeri milik keluarga temanku.
Terdapat air terjun 7 peringkat penurunan di mana bahagian atas air terjun itu ialah air bersih sebagai sumber utama minuman, mereka mengambil air itu dengan menggunakan turbin air yang berputar seperti roda farris ,cuma bezanya roda farris membawa manusia tapi roda yang ini membawa air bersih yang boleh diminum begitu sahaja.
Tingkat keenam air terjun itu ialah tempat raja bersiram. Manakala tingkat kelima air terjun itu tempat puteri dan pembesar mandi. Tingkat ke tiga pula tempat istanawati dan dayang dayangnya mandi,mereka sungguh cantik seperti bidadari.tambahan pula mereka menyanyi semasa mandi .
Tingkat kedua ialah tempat dayang mencuci baju,mereka kelihatan harmoni sekali dek kerana nyanyian yang gemersik dan kerjanya kelihatan lancar sekali.dan tingkat pertama ialah tempat orang berburu dan menangkat ikan.
Dengan keadaan yang hiruk pikuk di bahagian itu aku tahu lah bahawa di situ sangat bahaya untuk melepak.
Kringgggggggg
Bunyi penggera sudah bunyi dan ia mengganggu lena ku. Tapi sungguh aku hairan kenapa bunyinya jauh sekali , tidak sekuat selalu. Lalu aku pun menyelak selimut ku dan tiba tiba aku rasa seperti hmm pijak sesuatu yang tiba -tiba rasa nak terjatuh tapi tidak terjatuh tidak memijak lantai...aku lihat ke bawah dan ya! Aku memang tidah memijak lantai.
Lalu aku pun menjerit memangil adikku yang sedang lena di atas kasurnya.
"Adikkk, tolong kakak!!" Kata ku sambil mengapai sesuatu supaya tidak terbang merata. Aku sungguh pelik ! Di sini tiada graviti kah?"
"Hah, kak kau kat mana?. Tak nampak pun" kata adik ku sambil menenyeh pasang matanya yang bulat itu.
"Pandang atas dekat almari" kata ku tenang.
"Astagfirullah apa jadi ni kak!!"jerit adikku.
"Lekas, panggil ibu! Kakak tak tahu kenapa" kata ku bernada panik.
"Ibuuuu!!!, kakak terapung!!" Jerit adik ku..suaranya lebih lantang jadi ibu akan mudah mendengarnya.
___________________________________
Vote × comment💕