Bab 1

12 1 0
                                    

  Bulan purnama menyinari malam yang gelap gelita itu. Kedengaran suara seorang budak perempuan yang menangis meminta pertolongan. " Tolong ibu ayah, lepaskan saya! Saya tak nak " raung budak itu sambil cuba melepaskan diri tetapi tidak berdaya. " Duduk diam - diam sayang, ianya tak sakit pun, rasanya seperti dicucuk pisau je!" kata seorang lelaki. Terpancar ketakutan di wajah budak perempuan itu. Dia cuba mencapai pisau di sebelahnya lalu menghalakanya ke arah dua susuk tubuh tersebut. "Sayang, letakkan pisau itu kembali, jangan buat begini" kata salah seorang daripada mereka.Dua susuk tubuh tersebut cuba mendekati budak perempuan itu tetepi tidak berjaya apabila mereka telah ditarik oleh satu kelibat. " Tolong! tolong kami" raung mereka berdua apabila kulit mereka disiat dan anggota badan mereka dipotong satu persatu tanpa belas kasihan. Budak permpuan itu melarikan diri tanpa mengendahkan mereka yang meraung kesakitan. Tiba - tiba dia tersadung batu dan kepalanya terhantuk di pokok sehingga terjatuh . Dia tidak lagi berdaya untuk berdiri. Bunyi tapak kaki yang semakin mendekatinya menambahkan lagi kegusaran di dalam hatinya. Terlihat satu susuk tibuh yang dikenali menghampirinya. " Tolong , ibu bapa saya, keluarkan saya dari tempat ini"rayu budak perempuan itu lalu tidak menyedarkan diri

    2017
  Matahari yang memancar ke bumi menyebabkan cuaca pada pagi itu menjadi panas terik. Kegelisahan yang terpancar di setiap wajah pekerja apabila terpaksa duduk di dalam bilik mesyuarat yang dianggap berpuaka itu. Ditambahkan lagi mereka perlu berhadapan dengan bos yang garang  dan kuat meroyan macam perempuan yang hilang anak. Kedengaran dari jauh bunyi tapak kasut yang digeruni semakin menghampiri pintu bilik mesyuarat. Tiba - tiba muncul seorang lelaki dengan wajah yang bengis berdiri si hadapan semua pekerja. " Saya bengang lah apabila syarikat kita mengalami kemerosotan keuntungan sedangkan di sini mempunyai penulis yang berbakat! Apa ni? Saya nak korang semua membuat novel yang mampu menarik minat pembaca , faham! " marah bos itu sambil memandang wajah setiap pekerjanya dengan pandangan yang menakutkan . Para pekerja yang lain hanya mengangguk kepala tanda memahami tanpa berani memandang wajah singa yang sedang mengamuk di hadapan.
                              😡😡😡😡

  Setelah beberapa jam , semua pekerja keluar dari bilik mesyuarat dengan muka yang masam mencuka. Tetapi kelihatan seorang wanita yang masih tersenyum dan teruja. "Amboi, lebarnya senyuman! Best ke kena marah, Afrina? soal kawanya itu. " Aku ada idea yang baik, aku nak hasilkan novel hantu berdasarkan kisah nyata! terang Afrina dengan perasan teruja . "Tak payahlah susah - susah nak cari hantu, tu dekat dalam bilik mesyuarat yang mengamuk tadi tu, hantulah tu! perli  kawannya, Ayuni lalu ketawa terbahak- bahak. Afrina pun segera pulang ke rumah untuk menyiapkan pekerjaannya. Dia cuba mencari kisah misteri di laman web tetapi tiada satu pun yang berjaya menarik minatnya. Tetapi Afrina tertumpu kepada satu artikel yang menarik baginya. Dia segera menekan artikel tersebut menggunakan tetikus dan membacanya dengan penuh perhatian sekali.
                            💻💻💻💻

  Artikel itu menceritakan tentang  pembunuhan kejam yang berlaku terhadap sebuah keluarga di sebuah rumah. Seorang ibu dan ayah yang ditemui mayatnya dalam keadaan teruk. Polis mengesahkan mereka diseksa dengan kejam sebelum dibakar hidup - hidup. Ditambahkan lagi misteri kehilangan anak perempuan keluarga itu sehingga sekarang. Masyarakat menganggap bahawa pembunuh keluarga itu ialah budak perempuan itu. Jiran - jiran yang tinggal berdekatan kawasan kejadian menyatakan bahawa budak perempuan itu mungkin mengalami masalah mental. Hal ini  kerana mereka sentiasa mendengar bunyi  tangisan budak perempuan itu pada setiap malam dan dia sentiasa bersikap agresif  apabila orang lain cuba mendekatinya.
                         👻👻👻👻

  Afrina berasa seram sejuk ditambahkan lagi apabila cuaca tiba - tiba menjadi mendung. "Hish, seramnya aku tengok gambar rumah ni, tak pergi sana lagi " kata Afrina sambil menulis alamat rumah tersebut." Aku mesti siasat kes ni , kalau berjaya untung besar nanti!" fikir dia sambil tersenyum gembira. Pada keesokan harinya, Afrina pergi makan di restoran bersama kawanya ,Ayuni. "Aku rasa tekad nak pergi tempat ni " kata Afrina. "Apa! kau tak takut ke pergi seorang diri, kau je kawan yang aku ada tau" kata Ayuni dengan nada bimbang. "Jangan risau aku dah biasa dari kecil lagi" kata Afrina untuk meredahkan kerisauan kawanya itu.
                           ☠☠☠☠

    Afrina seorang gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim sejak berumur 8 tahun menjadikan dirinya lebih berani dan pandai berdikari. Afrina tersentak daripada lamunannya apabila terlihat kelibat rumah yang dicarinya sejak tadi. " Hah, ni pun rumahnya! harap aku tak silap tempat lah" kata Afrina dengan wajah yang teruja. Tiba - tiba bahunya dipegang oleh seseorang lalu segera dia menoleh. "Assalamualaikum, nak ni datang ke sini untuk apa?" soal seorang pak cik tua. "Waalaikumsalam, saya nak tahu siapa penjaga rumah ini ?" soal Afrina pula. "Saya Pak Mat penjaga rumah ini" jawab lelaki tua itu. " Saya nak minta izin untuk menyewa di sini selama beberapa minggu , bolehkah? " soal Afrina . Pak Mat hanya mengagguk kepala tanda bersetuju lalu berlalu pergi. " Eh, dia tak minta duit sewa kah? Fikir Afrina dengan perasaan pelik. Afrina tidak mengendahkannya dan melangkah masuk ke rumah itu dengan perasaan  teruja.
                       🛠🛠🛠🛠

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NAMPAK ?? Where stories live. Discover now