Keterlaluan

29 0 0
                                    

Mungkin inilah jalan yang terbaik untuk kita. Meski hati tak rela namun tiada apa yang mustahil. Antara Kau dan aku kini tiada lagi kita. Terlerai sudah kasih kita.

22 November 2017 - Jadi saksi kita meleraikan ikatan yang ternyata takkan mampu lagi dipertahankan. Ya, baru sehari berlalu dan kini aku sudah menyesali.

Aku yang ketika itu penuh dengan rasa marah menguasai diri, melemparkan segala kata cacian, menghemburkan patah hinaan tanpa rasa sesal di hati. Kalaulah waktu itu ada sedikit rasa sesal di fikiran pasti ini takkan terjadi. Ya, kata-kata aku keterlaluan. Tindakan aku keterlaluan. Aku dipenuhi kuasa amarah, yang akhirnya memakan diri. Tiada apa lagi yang dapat aku sesali. Keterlaluan itu aku, penyesalan itu untuk aku. Nah, inilah akibatnya. Beginilah pengakhirannya. Tapi bagaimana pula kesudahannya?

Perlukah aku meminta lagi peluang untuk bersama kembali. Untuk kesekian kalinya?

Aku dengan ego nya menurutkan kehendak dia yang tidak ingin lagi bersama aku. Ya, ego aku yang tengah meninggi kerana menyokong rasa amarah aku ketika itu. Hanya ketika itu. Ego dan marah yang selari membuatkan aku bertindak tanpa berfikir, menjadikan aku berkata tanpa sesal. Kemudian aku tersentak, jauh mana saja aku mampu pergi. Apa saja lagi yang sudah aku lakukan ini. Aku mula rasa takut. Takut dengan keputusan aku sendiri. Takut dengan kehilangan ini. Tapi apa lagi yang boleh aku lakukan. Rasa marah mengatasi segala kasih yang pernah terpatri, lalu akhirnya jadi begini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terlerai sudahWhere stories live. Discover now