01

12 0 0
                                    

Aku mengaku. Aku gila. Gila? ya..dengan seorang insan. Tegap di depan mata, seakan-akan tiada cacat cela. Indah di depan mata, hati berpaut tak mahu lepas. 

Siapa? Aku baru budak sekolah, dah miang-miang keladi mahu bercinta. Tapi, aku tak cakap nak bercinta. I'm a normal person. Being love with another person tak salah. Cuma sakit sikit. Bila ia bertepuk sebelah. Dan aku tahu yang tidak akan berbunyi. Memang, aku tak harapkan yang ia berbunyi.

Hariz Rizqi. Inilah mahkluk ALLAH S.W.T yang aku dambakan. Tak perlu bertahun, malah sesaat mampu jatuh cinta jika berpampasan mata. Perhatiannya, bagaikan emas yang berkilauan. Berharga. Namun aku tahu, ia tak akan pernah untukku. Siapalah aku. Bagai kuman di kandang gajah. Lumrah..

Tapi, aku tak pernah menangis sebab dia. Sebab aku tahu. Buat apa menangis untuk sesuatu yang tidak akan kita dapat. Air mataku terlalu berharga untuk jatuh. Biar sahaja hati simpan nama Hariz, sebagai insan yang aku sayang. Seumur hidup. Biarlah. Aku mengalah. Mengalah tak bererti kalah. 

Lama aku bermenung, datanglah insan yang jadi topik perbualanku dari tadi. Dia berjalan di depanku. Mata makin tertarik. Laju anak mataku melirik ke arah dia. Wah! Dah kronik aku ni.

Dan, tak disangka-sangka,dia berjalan ke arah dia. Bibirnya pecah dengan senyuman. Segaris khas buat aku. Anak matanya berpampasan dengan aku. Terasa jantungku berombak kuat. Terasa semua isi dalaman bagai hendak keluar.

Dia menggamit ke arah aku. Betul-betul depan aku. Jariku terketar-ketar. It's normal. Dalam dia menung aku, terdengarlah satu suara asing.

"Hoi..hoi..hoi..hoi!!!!!!!!!!!"

Aku membuka mata. Tersembul satu wajah. Bayangan Hariz ku terbang entah ke mana. Tergantilah dengan wajah yang dah naik muak aku pandang. Hidayat. Abang tiri aku. Apa dia nak ni? Menganggu betul mimpi prince charming aku.

"Oi ticah, pergi tutup kipas bilik. Membazir elektrik." Aku mendengus. Itu je? Dia ni ada tangan tak? Tolonglah tutupkan. Pahala free pun taknak. Dosa free, hem..laju je!

"Abang yat..tadi kan..Ticah mimpi yang abang yat terlentang dekat ruang tamu lepastu ada orang datang bacakan yaasin. Sebelum benda tu jadikan kenyataan, baik abang kumpul amalan banyak-banyak. Contohnya..macam tolong tutupkan suis kipas bilik adik  kesayangan abang ni.." Autaku. Sebenarnya, kaki ni rasa berat nak melangkah. Secara spesifiknya, aku malas.

Hidungku dicuit. Kuat pulak tu. Sakit tau! Aduh..merana dapat abang yang ada penyepit ketam . Sekali dicubit, meraung sampai subuh esok.

Hidayat hanya tayang muka tak puas hati. Terus dia melangkah geram. Aku tahu dia dah kehilangan kata-kata. Berani lawanlah aku, the queen of loyar buruk. Heh! Kembang semangkuk pulak!

Sedang dia melangkah, sempat aku menjerit, "Thanks abang! Adik saaaaaaaaaaayang abang!" Hidayat hanya tersenyum senang.

***

"Atasya! Aku ada berita super duper power! Nak tau tak?" Suara Eleya kedengaran jelas. Menggangu rutin pagiku. Menstalk Hariz prince charmingku! Aku hanya mengangguk sambil kepala dah panjang zirafah. Mencari seseorang

Eleya mengerut pelik melihat kelakuanku. Or..my habit. Terus dia tersenyum mengejek.

"Ermm..manalah prince  charming kau tu. Entah-entah tengah lepak ngan Tisya dan.." Aku mengerut memandang dia. Jelas urat di keningku terangkat.

Terus ayatnya tergantung. Hanya senyuman manis mengalahkan gula kat dalam air gas tu. Aku hanya tayang muka menyampah tahap 10! 

"Hah..apa tadi berita super duper kau tadi tu?" Cuba aku alih topik. Dan masih anak mata mencari si prince charming. Aku rasa dia tak datang. Kini telinga menadah mendengar fokus suara Eleya

"Ada budak baru masuk kelas kita! Katanya, bolehlah berganding dengan Hariz kau tu. Dia dari Kay L" Suaranya digedikkan sedikit. Macam-macamlah kau, leya!

" Aku tak kesah. Hanya Hariz yang mampu bertahta di hatiku! Nobody can't replace him!" Aku naik muka. Budak baru? Dari Kay L? Berganding dengan Hariz? Huissh..nak jugak tengok siapakah gerangannya!

***

Hari ni. Hariz tak datang. Pilu hatiku. Seakan-akan hari yang diterangi sang suria pudar menjadi hujan lebat. Kosong jiwaku! Oh! Dramaqueen!

Di dalam kelas, hiruk-pikuk mengalahkan pasar tani depan rumah aku. Tengoklah, kalau cikgu Nor masuk, senyap mengalahkan tanah perkuburan! Malangnya, para guru sedang bermesyuarat.

Aku macam biasa, baca novel. Nak buat apa lagi? Malas aku nak membazir air liur cakap kosong. Tapi kalau cakap pasal Hariz, aku sanggup! 

Aku ni, bukannya pandai sangat. Kelas ke-3. Bolehlah. Tahun lepas aku kelas pertama. Tah macam mana aku boleh merudum jatuh. Tak macam Hariz, Menten jer kelas number 1! Aku ni Sekali jer pernah aku merasa dapat kelas no. 1. Time aku dapat kelas no.1, Hariz pulak takda! Pergi London, tinggal setahun. Lepastu datang sekolah balik. Aku pula dah kelas ke-3. Warrgh! Apalah nasib.

Dalam aku bermonolog, datang sebuah susuk tubuh di sebelahku menarik kerusi kosong. Buatkan aku hampir terkejut. Anak mataku beralih ke kiri. Memandang siapa. Tak sempat mulut berkata, dia telah bersua dulu

                      "Sorry for disturbing you. May I have a seat?" Senyum semanis gula diberi. Eh, mat salleh sesat mana ni? Otakku masih cuba mentafsir

                      " Erm...hello?" Aku terhenjut sekejap. Terkejut. Sekali lagi dia menghadiahkan segaris senyuman. Wah, mau bikin jantung berdebar!

Aku hanya menganguk laju. Malas nak berkata. Aku sedar beberapa pasang mata sedang khusyuk melihat kami. Aku hanya buat bodoh aja. Terus aku menyambung kembali ke arah novelku

                       "What's your name?" Aku menoleh. Sempat keningku terangkat seperti Ziana Zain gitu. Dia..tanya..nama..aku?

                      "Err..Atasya Aulia. " Aku menjawab dengan air liur tersekat-sekat. Menahan dari tersekat di kerongkong

 Dia hanya menganguk. Kemudian senyum lagi. Eh, tak penat ke dari tadi asyik semail jer dari tadi?

                     "Apa nama awak?" Aku menutup mulut. Argh! Terlepas cakap! Matanya memandang aku. Kemudian..senyum. Lagi.

                    "Oh..Ryan Athmar. Just call me Ryan. " Aku hanya mengeyakan. Hanya senyuman nipis ku beri. Nak tanya lebih-lebih pulak, segan.

                    Agak kekok. Aku cuba mengalihkan pandangan selain wajahnya. Tak tipu..dia memang boleh setanding dengan Hariz. Gaya dia, kehensemannya, auranya, macam kembar seiras! Cuba mencari si Eleya yang berdating dengan cik toilet. Lama gila. Entah mesyuarat apa dalam tu.

                Mataku gatal memandang sebelah. Kelihatan dia sedang ditemu-ramah beberapa orang. Dan surely, perempuan! Anak mataku hanya memandang wajahnya dia sahaja. Ini kah budak baru yang datang dari Kay L tu? Boleh tahan.. Eh! Tak! Aku hanya akan setia dengan Hariz. Just Hariz! Oh tidak..

_____________________







I AM NOT AN ANGLE | ONGOINGWhere stories live. Discover now