Malam beransur pagi. Mataku dikonyoh-konyoh kasar. Selimut tebal di suak seraya menarik towel dan pergi mensucikan diri.
Usai solat subuh, aku melangkah keluar dengan tersandang beg sekolah. Berat juga isinya. Inilah namanya orang belajar! Ceh..
Kelihatan abah,umi, Hidayat dan Hafiya a.k.a Piya sedang duduk sambil memandangku yang baru turun dari anak tangga. Bibirku pecah dengan segaris senyuman mesra
"Morning, abah, umi." Umi memandang aku sambil tangannya menyedok nasi goreng. Huwah..cair imanku tengok hidangan favorit aku ni! Lagi-lagi hasil buatan umi
"Morning" Serentak abah dan umi menjawab. Hidayat pula hanya tersenyum nipis. Senipis-nipis kulit bawang. Hafiya pula makan sambil terlentok-lentok kepalanya, ngantok. Itulah! Aku dah suruh tidur awal. Degil! Nasib baik tersembam kepala tu dengan nasi. Meh aku rakam pastu post dekat youtube. Haha.
"Ticah ada paper kan hari ni?" HIdayat mula menyoal. Sambil itu aku hanya suapkan makanan. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Heh, that's my motto!
Aku hanya menggangguk. Tangan tak habis-habis menyuap nasi masuk mulut. Selera tengah on ni!
Tapi, sedari tadi. Aku ada rasa sesuatu. Rasa. Macam. Diperhatikan. Aku memanggung kepala. Kelihatan Hidayat menyorokkan wajahnya. Aku dah jumpa dah gerangannya. Hish, dari tadi ni dia menung aku. Dah kenapa? Buat masa sekarang, aku malas nak ambil tahu
***
EXAM! Warrgh! Malasnya nak buka buku. Aku pasti, inilah perkataan yang akan merundumkan jiwa kanak2. Heh. Jawab jela apa yang ada di dada ini. Malam semalam aku memang nak baca buku. Tapi, niat itu hanya hangat-hangat taik ayam. Resultnya, aku tertido bermimpi indah bersama prince charmingku!
Tapi, hari ni ada juga yang indahnya. Prince Charming ku datang! Yeah..berterbangan burung-burung menyambut kedatangannya. Disamping hatiku berbunga-bunga melihat wajahnya yang amat ku rindu. Oh Hariz, jangan tinggalkan aku! Heh, emo lah kau ni, Atasya.
"Okay, class. Next subject is English. Make sure, all of you score this subject! Kalau tak, siap sedia pakai losyen. Nanti berjemur dekat luar 1 jam. Faham?!" Teacher Suzila mengatur denda. Actually, aku pernah kena. Memang betul. Kena pakai losyen. Kalau tak terbakarlah dikau sel-sel kulit.
Aku hanya tayang muka acah-acah paham. Memang taklah aku nak score subject ni! Susah dowh! Lain lah Hariz, sambil makan popia pun senang kacang jawab! Aku ni? Tersemput-semput nak baca inggeris. Pernah juga aku tertanya. Kenapa kita perlu belajar bahasa orang lain? Mana moto 'Bahasa Jiwa Bangsa'? Mana? Mana? Eih..tak paham aku
Peperiksaan berlansung. Pelbagai riak wajah dapat dilihat time selak muka surat. Ada yang berkerut macam baju tak iron seminggu , ada yang tergaru-garu kepala pakai pensel (Ini aku), ada tayang muka blur , ada yang bincang jawapan. Dasyat kengkawan aku ni..
Dalam aku khusyuk jawab soalan, kedengaran bunyi seperti ular kudung
"Psst.."
"Psstt"
"Psst..Atasya...Psst"Pada mulanya aku biarkan. Tapi, bila terdengar nama aku, terus aku menoleh. Tersembul bola kertas melayang padaku. Dengan tangkas, aku menyahut. Sebaik takde saper perasan.Heh, hebat tak? Pujilah sikit.
Terus aku menoleh si pelaku. Ryan? Keningku terangkat.Dah apa citer baling kertas kat aku ni? Wajahnya pula hanya kaya dengan senyuman. Kekadang tergugat juga dengan senyuman lawa dia tu. Huih..sabar...sabar
Dengan senyap, perlahan-lahan aku membuka bebola kertas itu. Terus anak mataku mengecam setiap huruf. Membentuk perkataan
Need help? -Ryan
Aku menjengilkan mata. Aku menoleh kembali. Dia menjongketkan bahu. Eh, geram pulak aku! Mentang-mentanglah english memang dalam genggaman dia, nak berlagak lah tu! Tapi, kalau dia nak bagi jawapan, aku akan score english. And then, tak payah jemur tengah tengah panas. Lepastu, kulit aku tak sunburn. And...Hariz akan terpikat dengan aku, lamar aku, tunang..lepastu...kahwin!! Woah!! Besar sungguh harapan umat ini.
Aku menulis 'yes' di kertas. Dan, dengan tangkas aku mencampakkannya ke arah genggaman Ryan.Segera dia membuka. Dan aku lihat, dia tersenyum senang.
***
"WEH! Susah tak English tadi? Aku berpeluh-peluh perah otak tadi. Susah gila! Woi..kau dengar tak?" Eleya menggoncang-goncang bahu aku. Kuat. Membuatkan aku tersedar di alam nyata. Jelas kelihatan Eleya tersembul urat dek kerana marahkan aku sebab tak beri fokus. Macam biasa, sengih aku hadiahkan kepada sahabat ku
"Iya..iya..susah juga. Tapi tak pe. Aku rasa, aku boleh lulus!" Kataku dengan penuh bangga. Eleh, kalau takkan si Ryan tawar hati nak membantu, jangan mimpilah nak men- score bagai. Hampeh!
"Huih..Bukan main yakin kawan baik aku sorang ni. Ada apa-apa ke ni?" Soalnya seperti dapat membaca fikiranku. Terus keningnya terangkat sebelah. Curiga. Aku hanya tayang muka selamba berdomba-domba.
"Wahai Eleya sahabatku, kita ni hidup biar harmoni. Aku cakap ni sebab aku dah usaha sebab tu aku yakin aku akan dapat score. Tak de mendenya nak meniru bagai. Berdosa tu!"
Dosa pale hotak kau lah,Tasya. Entah bila masanya aku buka buku pun entahlah. Zaman kuno dulu kot..Aku ni cakap memang tak cermin diri sendiri
Eleya terangguk angguk. Terus dia meneruskan aktiviti makannya yang tergendala sebentar tadi akibat ayat ironi aku. Huh, nasib baik tak kantoi....Pandai otak aku ni buat ayat backup. Nasib.
****
"Err..Thanks eh, sebab tolong saya time ujian hari tu. Disebabkan awak takde lah saya tercegat dekat luar menahan gelora kepanasan yang membahang tu.." Muncung ku terbentuk menghadap ke luar tingkap. Lebih tepat, ke arah rakan sekelas aku yang menahan seksa kepanasan di dunia.Muka semua berembun mengeluarkan titik peluh. Kesian..tabahlah wahai rakan seperjuangan ku..
"Eh. Takpelah. Saya tolongnya ni sebab kesian tengok awak. Muka ketat aje time exam hari tu.." Bibirnya pecah dengan senyuman sweet. Aku hanya mengukir senyuman nipis sebagai pembalasan.
Akhirnya, sepanjang 14 Tahun aku hidup, buat julung kalinya aku dapat score subjek yang paling antonim dengan diri aku. Wah..Kuncup-kuncup hidung ni mengembang. Heh, bangga atas usaha orang lain. Adoyai..
Lebih bagus, aku dapat A, kau! Kau rasa? Mulalah geng-geng gosip buat citer baru.
'PANAS! PANAS! PRINCESS PRINCE CHARMING KITA DAPAT A DALAM ENGLISH ! PELIK TAPI BENAR'
Pelbagai spekulasi yang timbul. Landaklah! Yang penting, sel-sel kulit aku selamat dari panahan sinaran UV yang melampau. Selamat kau, Tash!
Dalam aku termangu-mangu bermenungan, terdengar namaku disahut beberapa kali. Tiba-tiba, tersembul satu wajah. Hariz. My Prince Charming. Memandang sekilas ke arah aku dan kemudian pada wajah guruku. Heh..datang nak meminang aku ke??!
"Assalamualaikum. Cikgu, boleh saya jumpa Nuratasya Auliana Bt. Tahir?"
###
##
#

YOU ARE READING
I AM NOT AN ANGLE | ONGOING
RawakKetidaksempurnaan. Lalai. Leka. Silap Aku tidak sempurna. Aku manusia. Biasa. Tiada campuran lain. Tetap 1 perkataan. BIASA. Alpaku bukan sengaja. Kerana aku tahu, jika aku seorang bidadari, aku akan berada disampingmu di syurga nanti..penemanmu t...