ISNIN 💙" Ahhhh ~ segarnya udara pagi ini ! " Jimin menjerit keriangan sambil menunggang basikal di sekitar perkampungan daerah Busan . Aman dan damai .
Pelbagai jenis kedai yang berbeza dilaluinya . Ada kedai runcit , ada kedai yang menjual pakaian , ada kedai macam pasar mini alololo sehinggalah dia menghampiri sebuah kedai daripada jauh sudah terhidu bau haruman bunga yang dijual di sana .
Kedai si gadis bunga !
Jimin tersenyum lebar apabila melihat gadis yang menjadi pujaannya tiap kali dia lalu di situ menonjolkan dirinya . Kelihatan gadis itu sedang menyiram pokok - pokok bunga yang membesar dengan baik .
Jimin tersedar daripada lamunannya . Brek basikal ditarik beberapa kali . Ah sudah !
" Cik ketepi ! " Jimin menjerit kecil meminta agar gadis bunga itu bergerak ke tepi . Malangnya , dia tidak mendengar jeritan Jimin .
" Auch ! "
" Maafkan saya , saya tak sengaja . Awak okay ke ? " soal Jimin penuh kerisauan . Akibat brek basikalnya yang meroyan sebentar tadi , dia turun daripada basikalnya lalu terlanggar gadis itu .
Gadis itu merengus kecil lalu masuk ke dalam kedai bunga itu tanpa menoleh ke belakang . Jimin terkedu . Apa boleh buat ? Dah salah dia .
Jimin mengambil basikalnya kembali sebelum menyepaknya beberapa kali , melepaskan geramnya kerana terlanggar gadis pujaan hatinya sendiri .
Baru sahaja hendak beredar , dia ternampak sekeping kad di atas tanah . Jimin tersenyum riang .
" Yey , saya dah tahu nama awak . Nama awak comel sangat Yuha sshi ~ "
YOU ARE READING
❝ 𝗦𝗘𝗩𝗘𝗡 𝗗𝗔𝗬𝗦 ❞ ㅡ 𝗝𝗜𝗠𝗜𝗡
Fanfictionㅡ hanya tujuh hari , jimin dah jumpa kebahagiaan dia , iaitu awak , yuha ! ♡ published on : ㅡ 04/12/2017