SELASA 💙" Okay bagusnya . Kedudukan pokok ini memang strategik " Jimin berasa teruja ketika mengetahui terdapat sebuah rumah pokok yang dibina di atas pokok besar berhampiran dengan kedai bunga itu .
Dia terbaring kebosanan . Tiba - tiba , dia mendapat idea . Dia mengambil sehelai kertas berwarna ungu dan beberapa batang pen yang berlainan warna lalu dikumpulkan bersama . Dia tersenyum lebar seorang diri .
" Walaupun agak sukar untuk memahaminya , tetapi saya dah sukakan awak Kim Yuha ! " getus hatinya perlahan . Bibirnya tidak henti menguntumkan sebuah senyuman yang mampu mencairkan mana - mana yeoja yang melihatnya .
Dia mula menulis nota ringkas pada helaian kertas itu yang mengatakan bahawa dia jatuh cinta terhadap Yuha .
Kemudian , dia mula melipat helaian kertas ungu tadi menjadi sebuah kapal terbang kertas . Hanya beberapa saat sahaja dia dah menyiapkannya . Kini , dia menunggu kemunculan gadis bunga itu .
" Hah itu dia ! Harapnya dia baca " Jimin bersiap sedia meniup kapal terbang kertasnya itu lalu diterbangkan menuju ke arah Yuha yang sibuk menyiram bunga seperti biasa .
" yESH JATUH BETUL - BETUL BERHAMPIRAN KAKINYA " Jimin tersenyum puas .
Perkara indah tak selalunya menjadi ~
Lain yang diharap , lain yang jadi .
Gadis bunga itu langsung tidak nampak akan kapal terbang itu ,
sebaliknya seorang kanak - kanak yang kebetulan lalu berdekatan terhibur dengannya lalu membawa lari kertas yang berisi kata - kata hati dari Jimin ." hEYY PULANGKAN KAPAL TERBANG ITU !! ITU HYUNG PUNYA " Jimin menjerit kecil sambil mengejar kanak - kanak yang berlari memegang kapal terbang itu bersungguh - sungguh .
Apalah nasib .
YOU ARE READING
❝ 𝗦𝗘𝗩𝗘𝗡 𝗗𝗔𝗬𝗦 ❞ ㅡ 𝗝𝗜𝗠𝗜𝗡
Fanfictionㅡ hanya tujuh hari , jimin dah jumpa kebahagiaan dia , iaitu awak , yuha ! ♡ published on : ㅡ 04/12/2017