I LOVE YOU.

146 14 15
                                    

I LOVE YOU.

Latar tempat: Kebanyakannya kawasan universiti.

Bunyi kamera berdecit dan gambar kabur. Akhirnya, rakaman itu menunjukkan seorang gadis sedang membelek beberapa helai kertas ditangannya sambil manusia dihadapannya merakam.

Rakaman itu berlatarbelakangkan suara kereta yang sedang meluncur di jalan raya belakang gadis tersebut.

Gadis itu menoleh kearah perakam tersebut dengan jelingan. "Apa kau ni Sehun, rakam rakam." Gadis itu kelihatan sedikit geram.

"Dahlah tu...", ucap gadis itu lagi sambil menutup wajahnya dengan kertas yang dipegangnya, "Eee taknaklah."

"Taknak. Taknak." kata gadis itu lagi sambil cuba menutup lensa kamera yang merakamnya. Rakaman itu terfokus masuk dan keluar beberapa kali dek perbuatan gadis tersebut.

"Stop. Stop. Aku ada sesuatu nak bagi." ujar gadis tersebut lalu rakaman itu hanya menunjukkan tangan gadis tersebut yang memegang helaian kertas.

"Bagi apa?" kata si jejaka yang merakam dan rakaman itu tiba-tiba terhenti disitu.

I LOVE YOU.

•••

Sehun meneliti rakaman yang diambilnya melalui camcorder miliknya. Tersengih dia sendiri sambil melihat rakaman itu.

Rakaman itu menunjukkan dirinya dan Hyunmi, Sehun yang merakam diri mereka sendiri sambil mereka berdua tersenyum memandang kamera.

Rakaman terpotong menunjukkan Hyunmi sedang mengambil camcorder itu dari tangan Sehun lalu merakam Sehun.

Rakaman seterusnya menunjukkan Sehun yang sedang merakam dirinya dan Hyunmi sedang terbaring diatas lantai yang ditutupi karpet rumput bersama sama.

Kemudian, rakaman itu terpotong kepada Sehun sedang membuat signal peace munggunakan jarinya seorang diri manakala Hyunmi yang merakam.



Mungkin kita pernah rasa, tentang cinta, yang takdirnya bukan untuk kita



Sehun sedang menulis sesuatu didalam sebuah buku manakala Hyunmi hanya memandang sekeliling. Tetapi, pandangan Hyunmi teralih kearah Sehun yang sedang menulis.

Hyunmi menongkat dahinya, memandang Sehun sambil tersenyum.



Mungkin ini adalah cara, meluah cinta tanpa berkata atau berpandang mata



•••

Satu hari di perpustakaan.

Hyunmi, Sehun dan seorang rakan perempuan Hyunmi sedang mengulangkaji di perpustakaan.

Tiba-tiba, datang seorang jejaka lalu menepuk bahu Sehun dengan senyuman lebar. Sehun kelihatan sedikit terkejut tetapi gembira. Serta-merta Sehun berjabat tangan dengan jejaka tersebut.

Rupa-rupanya, nama jejaka itu ialah Byun Baekhyun dan merupakan kawan lama Sehun.

Sehun memperkenalkan Hyunmi dan rakannya kepada Baekhyun. Hyunmi hanya tersenyum manakala rakan Hyunmi hanya tersenyum sambil mengangkat tangannya tanda sapaan.

Baekhyun lalu mengambil tempat untuk duduk menghadap dengan Hyunmi. Hyunmi memandang sekilas Baekhyun dihadapannya lalu menyambung kembali tugasannya.



Mungkin aku, mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu


I LOVE YOU. » oh sehunWhere stories live. Discover now