part 4

79 12 12
                                    

"nama awak siapa? " soal omma jimin.

" er haha nama saya alamak malu lah" aku ketawa kecil sambil menutup mulut acacah gedik gitu.

"ehh nak malu apa pulak bakal menantu makcik jugak nanti" puan park mengejek.  Haih puan ni nasib baik cantik plus baik kalau tak saya dah citer dah yang saya ni kena culik dengan anak makcik setan durjana neraka ke tujuh.

"nama saya limah makcik"

Bulat mata puan park apabila mendengar nama aku .

"tak lah puan hahah nama saya Ellie Kim puan boleh panggil saya Ellie kalau nak sedap lagi panggil el je.

" hahahahhahaa pandai berguro awak ni ye" puan park menghembus nafas lega.

Jimin melihat kami dari jauh hanya tersenyum kecil *actually tak dela jauh sangat pun lebih kurang dua depa je eleh*

Sedang aku rancak berbual dengan puan park. Angin sengugut segala angin kus kus menyerang perut aku. Aku menahan sakit. 

"kamu okay ke nak? " puan park pelik.

"ehhhh okay okayyyy" aku menafikannya.  Aku tersengih janggal di hadapan puan park bagi menutup kesakitan

Dan..

"pruttttttttttttttotototottototootototobrommmmvroommmmm"

Aku... Terkentut 😐

Riak wajah puan park dan jimin terus berubah ke wajah yang kaget lol dia tidak menyangka anak dara sunti lagi suci macam aku boleh terkentut sebegitu kuat.

Aku hanya tersengih "sakit perut puan"

"ha..ha bau telor sambal basi"perli puan park sambil menghirup secawan coffee.

"saya kena pergi tandas puan" aku segera bangun .

Jimin menarik aku

"biar saya tunjuk kan tandas ye sayang kesian awak sakit perut sampai kentut bunyi motor"

Aku menjeling jimin. Jimin menarik aku jauh dari puan park.

"kau ni tak senonoh sial"

"aku sakit perut lah"

"jaga perangai la doh"

"sukahati aku la bukan aku setuju nak kawin dengan kau pun. Kau culik aku! "aku menunding jari ke arah jimin. Jimin menepis.

"kalau kau taknak kawin dengan aku. Esok aku nak duit ganti rugi aku kalau tak aku dakwa kau kat polis sebab kau curi barang aku dan kau ragut beg kawan perempuan aku semalam" jimin membuat muka poyo sambil tangan nya disilangkan. Muka nya seperti mengejek aku.

Aku rasa nak cekik je dia. Tapi sabar.

Aku menarik nafas dan mengeluh dihujungnya

"okay"

"bagus" jimin tersenyum senget.

Jimin perasan bahawa omma nya asyik terjenguk jenguk mengintai kami.

"dah kau pergi layan mak aku. Layan elok elok"

Aku hanya menurut perintah yang maha mulia firaun jahilliyah.

"maafla puan perangai saya tak senonoh tadi" aku menundukkan sedikit badan ku menunjukkan bahawa aku menghormati puan park.

"eh takpe ellie bukannya salah pun kentut" puan park tersenyum.
.
Jam menunjukkan pukul 8 malam.  Kemain lama sia aku kat rumah dia ni. Dengan baju mengelap mengelip haih melekit badan plus penat.  sabarjela.

"omma jimin nak kena hantar ellie balik dulu" jimin meminta izin sambil mencium pipi puan park.

Ohh depan mak kau bukan main macam malaikat ehh. Kau tunggu jela nanti.

Jimin membuka pintu kereta nya untuk aku. Aku masuk sambil melambai puan park.  Haih puan park sangat baik

Dalam perjalanan pulang jimin menyoal aku beberapa soalan.

"aku nak jumpa mak bapak kau"

"dorang takde"

"apahal pulak"

"dorang buang aku masa aku baby" aku beralih pandangan ke arah tingkap.

Jimin hanya mendiamkan diri.

"kau tinggal dengan siapa"

"sorang"

"kau nak aku gelak ke. Takkan la kau dah kena buang kau besar sorang sorang"

Aku menjeling

"aku tinggal dengan makcik aku tapi dia dah meninggal bulan lepas masa aku ambil result spm" aku menahan air mata. Aku kuatla aku kental.

"lepastu aku struggle cari duit untuk tampung pembiayaan university kalau aku dapat masuk"

"macam macam kerja aku buat tapi macam macam cara aku kena pecat mungkin sebab aku terlampau kasar"

"cuma kerja cuci jamban tu jela aku dapat bertahan lama sikit"

Aku meluahkan perasaan kepada jimin.  Ala apa salahnya manatau dia ada sifat ihsan sikit nak lepaskan aku dari berkahwin dengan firaun macam dia.

"lagi senang kerja aku" jimin bersuara

"Huh" aku agak blur disitu.

"tak yah la aku nak jumpa mak bapak kau nak bincang bincang semua" jimin ketawa kecil.

WHAT PENAT AKU CERITA LIFE SEDIH AKU DIA BOLEH HAPPY DASAR TAKDE HATI PERUT PANKREAS GINJAL. Buang masa je aku acting sial betul.

Sampai sahaja di kawasan perumahan aku jimin berhentikan kereta nya. 

"sini je kau tinggal?"

"Ha sini la"

"teruk gila"

"kau takyah nak kutuk aku la aku penat" aku membuka pintu kereta tapi ditutup semula oleh jimin.

"kau nak apa lagi 😑"

"aku taknak kau tinggal sini. Dah takyah turun ikut aku"

Gulp.  Takkan lah..  Eh jangannnnnnnn selamatkan aku selamatkan akuuuu.

"taknak! Aku-"

Belum sempat aku bersuara jimin menekan minyak membuatkan aku terkejut.

"Jangan la apa apa kan aku tolonglah aku merayu" rayu aku dengan nada seperti hendak menangis.

Jimin memberhentikan kereta secara tiba tiba membuatkan aku terkejut.

"siapa nak apa apa kan kau ni aku tak ingin pun kat kau la"

Aku menarik nafas lega.

"tapi kalau kau nak .. " jimin mendekat kan muka nya ke arah aku.

Semakin aku kebelakang semakin dia mendekat. 

"aku boleh je" sambung jimin sambil memegang dagu aku supaya aku memandang muka nya. 

Aku menolak dada nya.

" kau nampak kasut tumit ni kalau aku tetak kepala kau berlobang tau tak"

Aku memberi amaran.

Jimin ketawa kecil sambil menggeleng kepala kemudian dia menekan minyak.

Fuh aku selamat.

tbc-

21st Century Girl II pjmWhere stories live. Discover now