pemikiranku

11 0 0
                                    


Pernahkah kamu merasa pada satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar mempunyai kesamaan denganmu sehingga kamu merasakan dia bagaikan teman sejiwamu, namun kamu harus merasakan satu penderitaan yang teramat dasyhat kerana dia bukan untukmu?

Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia tahu betapa hancurnya hatimu bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu, bagaimanapun jua kamu tidak boleh lenyapkan dari hati dan fkiranmu?

Pernahkah kamu begitu merindukannya sehingga setiap saat kamu akan memikirkannya dan mengenangkan saat yang paling terindah bersamanya walaupun hampir setiap hari kamu tahu yang kamu tidak boleh berjumpa dengan dia?

Cinta itu seperti kupu-kupu. Tambah dikejar, tambah larinya. Tapi kalau dibiarkan terbang, dia akan datang pada saat yang kamu tidak mengharapkannya. Benar, cinta boleh membuatmu bahagia dan pasti, dalam setiap kebahagiaan itu ada keperitan. Dalam keperitan ini, ia memberikan kesedaran agar kamu tidak akan menggulangi kesilapan yang sama lagi.

Cinta, empat perkataan yang sering dilafaskan oleh sepasang suami isteri atau mereka yang menjalinkan hubungan, yang katanya sangat indah dan menyenangkan? Tetapi, kenapa banyak rumah tangga yang borak-beranda, remaja membunuh diri disebabkan cinta dan sebagainya. Aku pernah mengalami kisah cinta pada satu ketika. Zaman remajalah, dimana aku baru mengenal erti cinta dan banyak perasaan yang ingin serba tahu atas semua hal untuk mencari identiti tersendiri. Benar, aku dapat merasakan satu kebahagiaan yang tiada bandingan seperti pasangan-pasangan yang lain. Tetapi, cinta itu sekadar ungkapan rasa.

Jika anda gemar cerita ini,nantikan sedutan berikut:)


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hajat yang diinginiWhere stories live. Discover now