" ....jika seseorang pernah berada dalam hatimu dengan terlalu dalam, takkan ada yang benar benar hilang. "
Tidak, hatiku tidak meronta. Telah ku lepaskan segala perasaan yang mendera. Cuma, tika terdengar ayat itu dibaca, seperti menusuk tepat ke dalam kotak hati. Terasa benarnya. Juga pahitnya. Bila mana satu figura asing tanpa ikatan darah dianggap sebagai dunia. Dunia kita. Dunia kita yang penuh dengan cahaya. Cahaya indah. Yang kita bina, atas nama cinta.
Kononnya.
Aku sudah lupa bagaimana rasanya debar bahagia. Sudah tidak tahu cara menyayangi seseorang tanpa perlu sebab yang jelas. Terasa begitu janggal walaupun hanya bercakap sepatah dua dengan lelaki lelaki yang namanya juga aku tidak kenal siapa.
Rindu? Mungkin juga. Tetapi bukan figura itu. Dia sudah bahagia, biarkan saja hikayat kami terhenti di sini walau penyudahnya aku benci. Kesakitan kesakitan lalu hanya mampu ku anggap sebagai pengalaman yang mendewasakan. Yang menghidupkan. Yang memapah aku untuk terus tabah berjalan.
Telah serik aku menulis tentang ketidaksempurnaan kehidupan dalam konteks itu. Yang membaca juga sudah muak, apatah lagi aku.
Tidak mudah untuk menjadi seseorang yang hanya temui keselesaan pabila hanya ada dia, dan aksara. Walau malasnya hendak menulis, hati mendesak dan memaksa. Egonya hati. Hanya tahu mahu lega.
Tapi tidak mengapa, kerana tanpa dia tidaklah aku menulis sekarang. Tanpa dia tidaklah warkah baru terukir di laman sesawang.
Entri ini hanyalah permulaan, kepada segala kusut yang cuba ku rungkaikan.
Permasalahan hati dan seumpamanya, yang seperti mati ditelan perasaan gulana.
Bacalah jika mahu. Jika perlu. Jika kita berkongsi rasa yang sama.
Tidak perlu mengadili. Yang lebih pantas menghukum hanyalah yang di atas.
Biarkan entri sepi ini berbicara sendiri.
Johanne
YOU ARE READING
ESCAPISM
PoetryHanya secebis kata kata yang tak mampu ku ucap dan luahkan. Wujud entah dari mana, mungkin kerana emosi yang datangnya tak bertanda. Maka lebih selesa untuk aku terjemahkan semua melalui aksara aksara. Dan ini, salah satunya.