"Hah angah hampir kena ragut?!!" Puan Ruhaila terkejut.
"Tapi tak apa la mommy, angah okey," jawab Qistina mendatar, peristiwa itu memang ngeri tapi sangat bersyukur Allah menyelamatkannya melalui Nadyan.
"Betul ke okey? Takde cedera kat mana-mana?? Dah report polis Along ??" Bertalu-talu soalan mommynya terlalu risau.
"Tak report polis pun mommy lagipun Angah ni taknak panjangkan kes . Lagipun peragut tu dah kena tumbuk dan sepak terajang dengan orang yang menyelamatkan angah tu," ujar Fareel terasa puas hati dengan tindakan Nadyan berdasarkan adiknya cerita .
"Ouh padan muka, memang patut si peragut tu kena macam tu, ajar sikit! Zaman sekarang dunia tak selamat , sebab tu kita kena hati-hati, angah lain kali jangan keluar sorang diri lagi, kalau nak pergi mana-mana ajak abang kamu teman tau!?" Pesan Puan Ruhaila berbunyi tegas.
" Bosanlah mommy asyik keluar dengan abang je," kata Iris berbunyi bosan. Fareel segera buat muka eh budak ni!
"Mommy sebenarnya kan angah ni dah pandai gatal.." Fareel tahan ketawa! Sempat tengok muka adiknya macam tertengok hantu tu! Hah dah kata bosan sangat keluar dengan aku!
"Angah! Kamu tu masih study!"
"Eiyy mommy jangan percaya, bila masa pulak angah gatal, dia tu mommy yang gatal! Miang nak kahwin," Qistina balas dendam sambil jelir lidah ke arah abangnya.
"Kalau abang kamu mommy tak kisah memang patutpun dia kahwin, usia pun dah mencecah 26, kalau ada perasaan dah nak kahwin tu baguslah, mommy bagi greenlight! Bawak jumpa mommy,"
Fareel ketawa. Ketawa tak ikhlas. Adiknya lah ni yang buka cerita. Adiknya tak habis-habis tunjuk muka puas hati. Budak ni memang nak kena ni!
Xx
Nadya menahan bas. Rutin harian apabila waktu mencecah 7 pagi. Kerja start pukul 8. Dari rumah ke tempat kerja lebih kurang 2 kilometer jugak. Seuasai tambang bas dibayar, dia terus cari tempat duduk.
Seperti biasa, harini dia mengenakan kemeja lengan panjang dan seluar jeans lusuh. Sampai bila lah dia mesti menyamar sebagai seorang lelaki? Nadya mengeluh. Nadya impikan dia menjadi perempuan yang mempunyai kerjaya, matlamat hidup, kereta , rumah dan suaaami! Huh suami? Gatal lah kau Nadya! Nadya ketawa sendirian.
Nadya menekan punat loceng supaya bas berhenti. Bas berhenti tepat dihadapan tempat dia bekerja. Nadya segera turun daripada bas.
Nadya masuk dalam kedai runcit itu. Wajah yang menggeruni itu mencerlung ke arah Nadya. Nadya telan air liur! Kenapa pulak ni? Makcik Leha ada masalah apa? Wajah Makcik Leha memang seram, paling-paling seram ketika dia tak ada mood.
"Nadyan, mulai harini kau tak payah kerja kat sini," ujar Makcik Leha.
Nadya ternganga mendengar kata Makcik Leha itu.
"Kenapa Makcik? Saya buat salah apa?" Terus Nadya menyoal. Apa salahnya?!
"Aku nak tutup dah kedai ni, kedai ni nak kena roboh,"
"Hah? Roboh?"
"Ya, semua rumah, kedai kat sini kena roboh untuk pembangunan apa entah aku pun tak tahu, jadi aku terpaksa tutup, aku pun memang nak pindah kat rumah anak aku kat Pinang, lusa," jelas Makcik Leha panjang.

YOU ARE READING
My SweetHeart Mr Lawyer
RomansaNadya Farahin yang baru berusia 22tahun sangat murung selepas papa dan mamanya bercerai, hidupnya bagai tiada gunanya lagi, dulu dia rasa dialah paling betuah kerana mempunyai keluarga bahagia..kini tidak lagi sudah hancur semuanya. Dia tinggal deng...